Penaja Utama Kedah Hadapi Masalah Besar Saat Akhir

Kedah Darul Aman berdepan kekangan untuk memulakan saingan Liga Super musim 2024/25 apabila penaja utama pasukan menghadapi kekangan saat akhir. Perkara ini disahkan oleh Kedah Darul Aman menerusi satu kenyataan rasmi hari ini yang memaklumkan mengenai status penaja utama Sang Kenari dan juga perlawanan pembukaan Liga Super. “Untuk makluman, selepas KDA FC menyelesaikan permasalahan utama […]

Aksi Piala Sumbangsih Batal, MFL Bakal Bincang Tindakan Susulan

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan aksi Piala Sumbangsih membabitkan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Jumaat ini dibatalkan. Pengumuman ini dibuat susulan keputusan Selangor menarik diri daripada menyertai aksi Piala Sumbangsih musim 2024/25 semalam atas alasan keselamatan. Sebelum ini, pengurusan Merah Kuning telah membuat permohonan kepada MFL untuk menangguhkan perlawanan […]

Akhyar Rashid Diberikan Tempoh Bertenang

Pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid bakal diberikan rehat dan tempoh bertenang oleh pasukannya selepas pemain itu menjadi mangsa samun minggu lalu. Dengan tempoh rehat yang diberikan disebabkan kecederaan dan bertenang, aksi Akhyar tidak akan dapat disaksikan dalam perlawanan sulung Liga Super Terengganu yang bakal bertemu Perak pada Sabtu ini (11 Mei). Selain Akhyar, Terengganu […]

Sultan Selangor Sokong Keputusan Selangor Tarik Diri

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan sokongan kepada Selangor FC menarik diri daripada menyertai aksi Piala Sumbangsih musim 2023/24. Sebelum ini, Selangor bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Jumaat ini. Kebimbangan terhadap tahap keselamatan […]

Hamidin Seru Semua Pihak Bantu Pulihkan Imej Bola Sepak Malaysia

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyeru semua pihak untuk saling membantu dalam memulihkan imej bola sepak negara. Sejak minggu lepas, arena bola sepak negara dikejutkan dengan beberapa insiden jenayah membabitkan pemain bola sepak. Minggu lalu menyaksikan pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid menjadi mangsa kes samun berhampiran kediamannya di Tanjung, […]

JDT Mohon Selangor Pertimbang Keputusan Tarik Diri

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meminta agar Selangor mempertimbang semula keputusan yang dibuat berkenaan penarikan diri daripada aksi Piala Sumbangsih Jumaat ini. Menerusi satu hantaran pada tengah malam Rabu, JDT melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alistair Edwards mengulang pendirian sama mengenai insiden hitam yang menimpa beberapa pemain kebangsaan termasuklah pemain sayap utama Selangor, […]

Piala Sumbangsih: Selangor Tarik Diri, JDT Raih Kemenangan Percuma

Pasukan Liga Super 2024, Selangor FC membuat keputusan untuk menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih kali ini. Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah membuat keputusan untuk meneruskan aksi tersebut sungguhpun dengan pelbagai insiden yang melanda. “Jaminan keselamatan kepada pemain dan penyokong bagi Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium […]

“Renungan Mata Faisal Halim Masih Sama” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh memberitahu bahawa renungan mata pemain Harimau Malaya, Faisal Halim masih sama. Beliau ketika ditemui media hari ini memberi gambaran positif tentang perkembangan terbaru pemain berusia 26 tahun itu yang kini memdapatkan rawatan di salah sebuah hospital di Shah Alam. Tonggak penting gergasi Merah Kuning itu mengalami kelecuran […]

MFL Umum Jadual Liga Malaysia Kekal Berserta Jaminan Keselamatan Polis

MFL

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan bahawa jadual Liga Malaysia akan kekal mengikut perancangan asal bersama-sama dengan jaminan keselamatan daripada pihak polis. Tiga kes besar yang melibatkan tiga pemain bola sepak Malaysia baru-baru ini telah menggemparkan arena bola sepak tempatan sekaligus menambah kerisauan dalam kalangan penyokong bola sepak. MFL pada hari ini telah mengumumkan bahawa […]

Permintaan Besar Selangor Ditolak

Permintaan besar pasukan Selangor FC untuk menangguhkan aksi Piala Sumbangsih 2024 telah ditolak. The Red Giants bakal berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024 bagi satu aksi menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). Kebimbangan terhadap tahap keselamatan kedua-dua pasukan mula timbul apabila berlakunya serangan terhadap pemain sayap Selangor, Faisal Halim yang disimbah […]

Faisal Halim Bakal Jalani Prosedur Implan Kulit

Pemain sayap Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim dilaporkan bakal menjalani prosedur implan kulit dalam memastikan kecederaan yang dialami selepas disimbah asid berjaya dipulihkan. Perkara tersebut dikongsikan oleh Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dalam satu video yang dimuatnaik di laman X sebentar tadi. “Prosedur seterusnya implant kulit atau lebih tepat ‘skin allograft’ akan dilakukan […]

Azam Azmi Kembali Perkuat Terengganu

Penyokong Terengganu FC ceria apabila mendapat tahu bek kanan utama mereka, Azam Azmi Murad kembali cergas sepenuhnya. Ini selepas pengendali skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner mendedahkan status terkini masalah kecederaan pemain menjelang sepak mula liga pada 11 Mei ini. Sebelum ini, bek kanan berusia 23 tahun itu terpaksa berehat lama selepas mengalami kecederaan buku lali dalam […]

Aksi Liga Malaysia Bakal Disiarkan Secara Langsung Di RTM

Peminat bola sepak negara menerima berita gembira kerana aksi Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 bakal disiarkan secara langsung di RTM. Perkara ini dikongsikan oleh RTM menerusi satu kenyataan yang disiarkan di Berita RTM semalam. RTM bakal menyiarkan 61 perlawanan Liga Malaysia iaitu 52 perlawanan Liga Super termasuk Piala Sumbangsih, lapan perlawanan Piala FA dan […]

Faisal Halim Sudah Mula Makan, Tunjuk Kemajuan Positif

Pemain sayap Selangor dan Harimau Malaya, Faisal Halim sudah menunjukkan tanda-tanda positif setelah menjalani beberapa siri pembedahan. Faisal dilaporkan menjalani beberapa pembedahan dan kini ditempatkan di bawah seliaan Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta bagi memastikan keadaannya kembali stabil. Pemain berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali […]

“Saya Tunggu Awak Mickey”

Pemain Selangor mula menzahirkan rasa kerinduan terhadap watak Faisal Halim atau lebih mesra disapa Mickey. Tragedi yang melanda pemain berusia 26 tahun iru menggemparkan Malaysia apabila beliau diserang dengan menggunakan cecair yang dipercayai asid. Kejadian yang berlaku di salah sebuah pusat membeli-belah di Damansara kira-kira tiga hari yang lalu telah menyebabkan tonggak kebangsaan itu mengalami […]

Penjenayah Tunjuk Tukul Besi Kepada Safiq Rahim

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim telah diserang oleh individu tak dikenali dalam satu insiden di Johor Bahru pada semalam. Safiq menyatakan bahawa terdapat dua orang lelaki yang bermotosikal meluru kearahnya dan terus bertindak menyerang kereta yang sedang dipandu. Dalam laporan polis yang telah dibuat, pemain berusia 36 tahun itu melaporkan bahawa penjenayah […]