Liga Super: Jaringan Pantas Syafiq Ahmad Julang Kedah Tumbangkan PDRM

Kedah Darul Aman FC menepati ramalan apabila berjaya mencuri tiga mata berharga selepas menewaskan PDRM FC dalam aksi sulung Liga Super 2024/2025 sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan pemain terkuat dengan Kedah mempertaruhkan duo serangan Syafiq Ahmad dan Milos Gordic manakala PDRM turut mempertaruhkan dua penyerang iaitu Ifedayo Olusegun dan Bruno Suzuki untuk mencari gol. […]

Sabah Hilang Khidmat Saddil Ramdani Saat Akhir

Tonggak utama Sabah FC, Saddil Ramdani memberikan rasa cemas kepada pasukan menjelang sepak mula musim 2024/25. Pemain berusia 26 tahun itu memasuki musim ke-4 bersama The Rhinos dan menjadi tunjang utama di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Pemain kebangsaan Indonesia ini bagaimanapun memiliki rekod kecederaan yang kurang baik sejak musim lalu dan terpaksa diketepikan […]

Faisal Halim Selesai Jalani Pembedahan Implan Kulit

Perkembangan terkini membabitkan bintang bola sepak Selangor, Faisal Halim yang dilaporkan telah selesai menjalani satu lagi pembedahan. Menurut Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Yang Berhormat (YB) Najwan Halimi, pembedahan ketiga menerusi prosedur implan kulit yang dirancang sebelum ini telah selesai dengan jayanya. “Alhamdulillah, Faisal telah selamat menjalani pembedahan ketiga tempoh hari menerusi kaedah […]

Syafiq Ahmad Mengamuk, Jaring Gol Terpantas Musim 2024/25

Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad mencipta sensasi apabila menjaringkan gol terpantas Liga Super musim 2024/25. Syafiq menyertai Kedah secara pinjaman semusim daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dipilih mengetuai serangan pasukan itu untuk aksi pertama liga menentang PDRM FC. Bergandingan bersama penyerang Serbia, Milos Gordic, penyerang berusia 28 tahun itu […]

“KL City Tak Ada Penyerang? Panggil Safee Sali Balik”

Keadaan pasukan KL City menjadi tumpuan apabila difahamkan tidak memiliki penyerang memasuki musim 2024/25. Penghijrahan beberapa tonggak utama seperti Romel Morales ke JDT selain Tchetche Kipre yang kini menyertai Kuching City memberikan kekurangan pilihan kepada The City Boys. Pasukan Ibu Kota itu memilih untuk membawa masuk beberapa tonggak tengah import sekaligus menyaksikan posisi serangan menjadi […]

Sabah Hilang Damien Lim Dalam Tempoh Panjang

Sabah FC menerima tamparan hebat apabila penjaga gol mereka, Damien Lim terpaksa berehat panjang akibat kecederaan. Ini selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi melaporkan penjaga gol berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL). Kecederaan ini dialami semasa beliau turun menentang Hougang United dalam saingan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) baru-baru ini. […]

Sokongan Padu Terhadap Palestine Punca Oday Kharoub Datang Ke Malaysia

Pemain import kelahiran Palestine, Oday Kharoub menjelaskan sebab memilih kelab Malaysia untuk melanjutkan karier sebagai pemain bola sepak. Oday Kharoub yang menyertai pasukan Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC daripada Hilal Al Quds pada Mac lalu tampil dengan rasa bangga melihat sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh peminat bola sepak tempatan. Oday menjelaskan bahawa aura […]

Sergio Aguero ‘Cabar’ Posisi Penjaga Gol Sri Pahang

Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero mempamerkan kebolehan untuk mencabar posisi penjaga gol Sri Pahang. Bintang kelahiran Argentina itu menjadi aset penting buat skuad Tok Gajah sejak tahun 2020/2021. Pemain berusia 30 tahun itu berjaya mencipta kebangkitan bersama pasukan sehingga berjaya menamatkan kedudukan di tangga ke-5. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sri Pahang, kelibat Aguero […]

Penaja Kekal Taja Kedah Kerana Personaliti Hebat Daud Bakar

Salah satu penaja Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim ini iaitu Olive House menjelaskan mengapa masih kekal menaja pasukan itu buat tahun ketiga berturut-turut. Ketua Pegawai Eksekutif Olive House, Ustaz Aidil Azwal Zainudin berkata segala keputusan syarikat untuk terus menaja Kedah adalah berdasarkan keberadaan Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar […]

Andre Onana & Garnacho Doakan Faisal Halim Segera Sembuh

Dua bintang Manchester United, Andre Onana dan Alejandro Garnacho mendoakan kesembuhan segera buat penyerang negara, Faisal Halim.  Penjaga gol Manchester United itu mewakili rakan sepasukannya berharap agar Faisal Halim terus kuat dan cekal hadapi cabaran ini.  “Kami mendapat berita tentang apa yang terjadi. Kami juga merasainya di sini dan kami menegaskan bahawa kami semua bersama […]

Firdaus Saiyadi: Pemain Dah Tak Boleh Berlakon Lagi

Ketua Pasukan Perak FC, Firdaus Saiyadi menyambut baik pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi saingan Liga Super 2024/2025. Bagi Firdaus, sistem VAR adalah bagus untuk dilaksanakan di Liga Malaysia dan selepas ini segala tindakan pemain akan berjaya dikesan dengan lebih terperinci. “Sistem VAR ni bagus untuk dilaksanakan di Liga Malaysia. Pemain pun dah boleh berlakon […]

Perak Bakal Berhijrah Stadium

Perak FC bakal berhijrah stadium pada bulan November ini selepas Stadium Perak dijadualkan akan menjalani kerja-kerja penaiktarafan. Kerajaan Negeri Perak telah menerima tawaran geran daripada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk menaiktaraf sistem saliran dan rumput di Stadium Perak. Oleh disebabkan kerja-kerja penaiktarafan tersebut, Perak kini dalam usaha untuk menjalankan perlawanan pusingan kedua Liga Super […]

“Pemilihan Pemain Baru Perak Mengejutkan” – Zaquan Adha

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha akui terkejut dengan barisan pemain pasukan Perak pada musim baru ini.  Bekas pemain Negeri Sembilan ini percaya pemilihan pemain kali ini memiliki kualiti yang terbaik meskipun bukan bergelar bintang.  “Kalau ikutkan musim lepas, Perak agak tenggelam. Mungkin ada masalah pemain atau sebagainya. Tapi untuk aksi pra-musim kali ini, Saya agak terkejut […]

De Paula Beri Bayangan Tinggalkan Bola Sepak

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula memberi bayangan bakal meninggalkan dunia bola sepak. Nama penyerang berusia 37 tahun itu amat dikenali peminat bola sepak Malaysia kerana beraksi untuk beberapa kelab tempatan. Antara kelab yang pernah diwakili de Paula dalam Liga Malaysia ialah Selangor FC, KL FA (kini KL City FC), Perak FC, Johor Darul Ta’zim […]

Safee Sali Teruja Lihat Terengganu Tanpa Ivan Mamut

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali ingin melihat keupayaan Terengganu FC tanpa peledak utama mereka, Ivan Mamut. Sejak tiba di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada musim 2023, penyerang berusia 27 tahun itu menambat hati penyokong dengan etika kerja kerasnya dan berbisa di depan gol. Musim tersebut menyaksikan Mamut menyumbat 17 gol dalam semua kejohanan […]

JDT Di Stadium Sultan Ibrahim Raikan Piala Ke-27

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di Stadium Sultan Ibrahim untuk meraikan piala ke-27 pasukan. Aksi yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan pertembungan skuad Harimau Selatan dan juga Selangor FC tidak kesampaian. Hal ini susulan The Red Giants membuat keputusan untuk tidak hadir pada perlawanan tersebut atas faktor keselamatan. Keadaan […]