Paulo Josue Dedikasikan ‘Siuu’ Kepada Faisal Halim

Kapten KL City FC, Paulo Josue mencuri tumpuan peminat bola sepak dengan melakukan keraian gol Siuu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Josue mengetuai barisan pemain The City Boys yang turun berentap dengan Kuching City FC untuk aksi pertama Liga Super 2024/25. Meskipun kehilangan Kamal Azizi Mohamad Zabri pada minit awal permainan kerana kecederaan […]

Ong Kim Swee Hampa Sabah Tunaikan Impian Penang

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui kecewa dengan mutu penyudah yang ditampilkan anak buahnya hari ini. Sabah turun menentang Penang FC untuk aksi pertama Liga Super musim 2024/25 dengan barisan terkuat. Ini termasuk trio penyerang terdiri daripada Darren Lok, Ramon Machado dan Saddil Ramdani. Malangnya, barisan penyerang Badak berdepan kesukaran menembusi barisan pertahanan […]

Liga Super: Penang Sekat Hajat Tiga Mata Sabah

Sabah membuka kempen Liga Super musim 2024/25 dengan satu mata apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan utara tanah air, Penang FC. Segar daripada kejayaan bergelar juara Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup), skuad Badak mengekalkan tonggak-tonggak utama seperti Saddil Ramdani, Ramon Machado dan kapten Park Tae-soo dalam kesebelasan utama. Sementara Penang pula menurunkan trio […]

VAR Gagal Berfungsi Dua Kali Kurang 24 Jam

Video Bantuan Pengadil (VAR) dilaporkan gagal berfungsi buat kali kedua kurang 24 jam di Liga Super. Perkara ini disahkan oleh pengulas perlawanan, Wan Khairil Azwa yang bertugas bagi aksi Sabah menentang Penang di Stadium Likas. Hal ini dimaklumkan oleh Match Commisioner mengenai status VAR yang menghadapi masalah teknikal sekaligus menyebabkan ia tidak dapat digunakan. Kejadian […]

Zainal Abidin: Kesalahan Perak Perlu Diterima Sepasukan

Penyerang legenda negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan menyifatkan gol sendiri Perak FC berpunca daripada kesilapan mereka sendiri. Aksi pertama Liga Super membabitkan Terengganu FC dan Perak menyaksikan tuan rumah mendahului menerusi rembatan jarak jauh Nurillo Tukhtasinov pada babak pertama. The Bos Gaurus kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti kapten, Luciano Guaycochea pada minit ke-61. Malangnya, […]

Pertahanan Perak, Luiz Motta Pecah Rekod Kad Merah Liga Super

Pertahanan pasukan Perak FC, Luiz Motta merekodkan kad merah pertama pada aksi sulung Liga Super muism 2024/25. Pemain kelahiran Brazil itu turun dalam kesebelasan utama ketika bertemu pasukan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Beraksi selaku pertahanan tengah, beliau beraksi bersama Shivan Pillay dan juga Kamal Arif swlain dibantu oleh Aiman Yusni dan Tommy […]

“Saya Masih Bereksperimen Dengan Pemain” – Fandi Ahmad

Fandi Ahmad masih lagi mencari kesebelasan utama ideal beliau walaupun Sri Pahang sudah memulakan aksi pertama Liga Super menentang Kelantan Darul Naim. Sri Pahang berjaya meraih kemenangan pertama hasil jaringan pemain lincah, Manuel Hidalgo menerusi situasi sepakan percuma. “Ya saya masih bereksperimen kerana tahun ini kita tak dapat main dengan pasukan-pasukan yang lebih tinggi seperti […]

Tomislav Steinbruckner: Terengganu Sebenarnya Bermain Tanpa 4 Pemain Utama

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui Terengganu bermain di bawah prestasi sebenar walaupun meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. 3 jaringan Terengganu hadir menerusi jaringan Nurillo Tukhtasinov, jaringan sendiri Shivan Pillay serta pemain gantian, Nnaibuke Chukwu manakala Luciano Guaycochea meledak gol tunggal untuk Perak. Tomislav Steinbruckner berpandangan anak […]

Rezal Zambery Puji Semangat Juang Kelantan Darul Naim

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya memuji semangat juang pasukan itu dalam perlawanan pertama Liga Super menentang Sri Pahang FC semalam. Meskipun dianggap pasukan kerdil dalam saingan liga musim ini, Kelantan memberi saingan sengit kepada Tok Gajah sepanjang perlawanan. Kesungguhan semua pemain terutama penjaga gol, Khatul Anuar Jalil, Michal Jerabek […]

Siaran Langsung Liga Super: Sabah vs Penang (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu pertama menyaksikan pertembungan wakil Borneo, Sabah FC melayan kunjungan Penang FC. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menerima tamparan hebat selepas kehilangan khidmat beberapa tonggak utama pada awal permulaan liga. Pemain sayap The Rhinos, Saddil Ramdani terpaksa diketepikan akibat kecederaan sementara nama-nama seperti Ramon Machado, Damien Lim dan juga S.Kumaahran dilaporkan […]

Tendangan Ifedayo Bikin Rizal Ghazali Hilang Sabar

Tindakan pemain PDRM FC, Ifedayo Olusegun menyepak tapak kaki pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rizal Ghazali membuatkan pemain Kedah itu hilang sabar. Insiden yang berlaku pada separuh masa kedua itu telah menimbulkan perdebatan yang hangat di kalangan penyokong setia Sang Kenari. Ifedayo dilihat melepaskan kekecewaan dengan menyepak tapak kaki Rizal selepas gagal memanfaatkan […]

Nafuzi Zain Seronok Dapat Bertemu Nidzam Jamil

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui teruja apabila bertemu Selangor FC dalam aksi liga seterusnya pada minggu hadapan. Ini kerana perlawanan itu bakal menemukannya dengan rakan lama yang juga jurulatih baru Merah Kuning, Nidzam Jamil. Nidzam dilantik sebagai jurulatih Selangor pada pertengahan Mac lalu selepas Tan Cheng Hoe memilih untuk menyertai […]

Liga Super: Magis Pemain Gantian Bantu Terengganu Atasi Perak

Kempen Liga Super 2024/2025 hari ini melibatkan pertemuan antara jaguh dari Pantai Timur, Terengganu menentang pasukan Perak. Perlawanan pertama untuk kedua-dua pasukan bagi saingan musim ini telah dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner memberi kepercayaan kepada Syed Nasrulhaq untuk turun sebagai penjaga gol Skuad Peteh sementara Perak mempertaruhkan Haziq […]

Liga Super: Gol Peluru Hidalgo Pastikan Sri Pahang Benam Kelantan Darul Naim

Sri Pahang bermula langkah kanan apabila berjaya menewaskan Kelantan Darul Naim dalam aksi pertama Liga Super 2024/2025 di Stadium Temerloh. Skuad Tok Gajah menurunkan gandingan pertahanan ampuh yang dibarisi oleh Aleksandar Cvetkovic, Stefano Brundo, Azwan Aripin, Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq manakala Zarif Irfan menjadi benteng terakhir pasukan. Kelantan Darul Naim pula memberikan lilitan kapten […]

Lagenda Australia, Tim Cahill Kunjungi JDT

Lagenda bola sepak Australia, Tim Cahill telah melakukan satu kunjungan ke Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini dikongsikan oleh Johor Southern Tigers mengenai kehadiran bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk melawat sekitar Stadium Sultan Ibrahim. Beliau juga turut berkunjung ke Padang Seri Gelam untuk melihat fasiliti bertaraf antarabangsa yang dimiliki oleh skuad Harimau […]

VAR ‘Lumpuh’ Pada Aksi Sri Pahang & Kelantan DN

Aksi pertama Liga Super 2024/25 antara Sri Pahang dan Kelantan Darul Naim menyaksikan VAR tidak dapat digunakan seperti yang dirancang. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Temerloh, Pahang itu menyaksikan hasrat untuk melihat Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak dapat digunakan. Hal ini susulan terdapat masalah teknikal yang menyebabkan VAR tidak dapat digunakan pada perlawanan ini. Sistem […]