Tomislav Steinbruckner Buntu Terengganu Bolos Cara Sama Lagi

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui tiada jawapan tentang gol saat akhir Sri Pahang yang menyaksikan Terengganu terlepas peluang meraih tiga mata berharga. Tandukan Stefano Bruno pada minit ke-95 menjadikan kedudukan seri 1-1 sekaligus memaksa anak buah Tomislav Steinbruckner untuk berkongsi satu mata di gelanggang sendiri. Tomislav Steinbruckner mengakui sedikit kecewa kerana terlepas peluang meraih […]

3 Tonggak JDT Cetus Kerisauan Buat Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah sedar akan kemenjadian prestasi tiga tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang perlawanan Liga Super di antara Perak dan JDT malam ini (17 Ogos). Tiga tonggak yang dimaksudkan Yusri adalah Juan Muniz, Bergson da Silva dan pemain sayap lincah, Oscar Arribas. Bagi Yusri, ketiga-tiga pemain ini sangat merbahaya dan […]

Bajet Kedah Berkurang 40%

Pemegang saham majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mendedahkan pasukan itu tetap berjuang meskipun berdepan pelbagai ujian. Musim 2024/25 menyaksikan Kedah bergelut dengan masalah kewangan. Isu ini juga menyebabkan pasukan itu dikenakan potongan tiga mata pada awal musim ini. Keadaan ini mendorong pasukan itu kreatif dalam mempelbagaikan sumber […]

Suhaimi Husin Terima Pujian Fandi Ahmad

Jurulatih pasukan Sri Pahang FC, Fandi Ahmad akui berpuas hati dengan aksi anak buahnya yang berjaya mendapatkan satu mata berharga di Terengganu. Beliau pada awalnya sangat yakin dengan pasukannya mampu menewaskan pasukan tuan rumah, Terengganu. Namun, Fandi Ahmad tetap bersyukur dengan keputusan ini.  “Alhamdullilah kita datang sini untuk mendapatkan mata, tidak dapat tiga dapat satu […]

Keyakinan Kunci Perak Hadapi JDT

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mahu barisan anak buahnya tampil berkeyakinan menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Keinginan itu dizahirkan beliau selepas melihat The Bos Gaurus kecundang tiga kali di Stadium Perak dalam saingan liga musim 2024/25. Pasukan itu tunduk kepada PDRM FC, Penang FC dan Kuching City FC. Dan kini, Perak bakal […]

Liga Super: PDRM Pastikan KL City ‘Putih Mata’

PDRM FC memastikan kekalahan ketiga diberikan kepada KL City FC malam ini. Skuad kendalian P.Maniam turun dengan usaha untuk menjerat The City Boys di laman sendiri. Usaha itu membuahkan hasil apabila penyerang berbisa pasukan, Ifedayo Olusegun membuka tirai jaringan pada minit ke-9 menewaskan Azri Ghani. Cubaan anak didik Miroslav Kuljanac bangkit disekat untuk menamatkan saingan […]

Liga Super: Sri Pahang Bawa Pulang Satu Mata Berharga Dari Terengganu

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-9 malam ini menyaksikan Derbi Pantai Timur antara Terengganu dan Sri Pahang berakhir dengan keputusan seri. Pasukan pelawat, Sri Pahang pastinya masih memburu kemenangan kedua dalam saingan Liga Super. Manakala, Terengganu pula mahu terus mengejar kedudukan terbaik liga ketika ini.  Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan, […]

Perak Hilang 4 Tonggak Utama Hadapi JDT

Pertembungan antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super menyaksikan 4 tonggak utama The Bos Gaurus tidak dapat diturunkan. Perak dijadualkan menerima kunjungan juara bertahan Liga Super, JDT di Stadium Ipoh bagi perlawanan minggu ke-9 Liga Super 2024/2025 pada Sabtu. Skuad kendalian Yusri Che Lah kini berada dalam prestasi kurang baik setelah […]

Sri Pahang Mahu Kejutkan Terengganu Di SSMZA Sekali Lagi

Kapten Sri Pahang, Stefano Brundo memasang impian untuk mencatatkan kemenangan sekali lagi ke atas Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). Sri Pahang akan turun ke Gong Badak untuk bertemu Terengganu dalam aksi Derbi Pantai Timur bagi saingan Liga Super 2024/2024 minggu ke-9 pada Jumaat. Menurut Stefano Brundo, lawannya nanti merupakan pasukan yang serba […]

KL City Mahu Kembali Daki Carta Liga

Pengendali KL City FC, Miroslav Kuljanac mahu pasukan itu kembali mendaki carta liga selepas berada dalam kelompok terbawah ketika ini. The City Boys berdepan situasi ini selepas dikenakan hukuman potongan enam mata oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Ini susulan kelab itu membuat deklarasi tidak tepat berkenaan maklumat lesen mereka. Situasi KL City tidak dibantu […]

P. Maniam: Semangat Pemain PDRM Membara Setelah Ikat JDT

PDRM semakin meraih momentum positif dalam saingan Liga Super setelah merekodkan 4 mata dalam 2 perlawanan terakhir liga. Anak buah kendalian P. Maniam berjaya mengikat gergasi Liga Super, JDT pada 31 Julai lalu dan seterusnya menewaskan Negeri Sembilan 2-1 untuk mengutip 3 mata penting. Aksi di laman sendiri menentang KL City kini menjadi fokus ketua […]

Negeri Sembilan Buat Rombakan Kejurulatihan

Susulan prestasi buruk yang membelenggu Negeri Sembilan FC sejak dari awal musim 2024/25, pengurusan pasukan itu melakukan rombakan ke atas struktur kejurulatihan. Tujuh aksi awal Liga Super menyaksikan skuad Rusa hanya merekodkan satu kemenangan dan enam kekalahan. Ini termasuk kekalahan terbaru 2-1 di tangan PDRM FC. Selain itu, Negeri Sembilan turut disingkirkan daripada saingan Piala […]

Liga Super: Kedah Dominasi Rekod Berdepan Negeri Sembilan

Menjelang aksi terbaru Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Negeri Sembilan FC, kelebihan tampak memihak pasukan utara tanah air itu. Ini berdasarkan rekod pertemuan lalu membabitkan kedua-dua pasukan dalam 10 perlawanan. Mengikut rekod, Kedah berjaya menewaskan skuad Rusa sebanyak enam kali, dua kali seri dan hanya tewas dua kali. Dua kekalahan […]

Negeri Sembilan Bertandang Ke Kedah Tanpa Azzmi Aziz

Pengendali Negeri Sembilan, Azzmi Aziz tidak akan bersama pasukannya apabila bertandang ke Kedah bagi aksi Liga Super pada Sabtu. Negeri Sembilan kini menduduki tangga ke-12 liga setelah mengutip hanya 3 mata hasil satu kemenangan dan enam kekalahan daripada tujuh perlawanan selain tersingkir awal dari saingan Piala FA. Terbaharu, sang Rusa tunduk 1-2 di laman sendiri […]

Saham Bintang Perak Pernah Cecah RM22 Juta

Saham bintang Perak FC pernah mencecah sehingga RM22 Juta. Pemain yang dimaksudkan itu ialah penyerang berbisa The Rhinos, Clayton Da Silva yang kini menjadi tunjang utama pasukan. Pemain berusia 28 tahun itu menyertai skuad kendalian Yusri Che Lah bagi musim 2024/25 dan sudah melakukan 6 penampilan. Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, bekas pemain Vasco Da […]

Pemain Kedah Ditekan Masalah

Barisan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini sedang menghadapi masalah yang menekan mereka di luar padang. Perkara tersebut disuarakan oleh pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam satu kenyataan rasmi di laman Facebook KDA FC baru-baru ini. Biarpun menghadapi masalah di luar padang barisan pemain Kedah tetap berjuang habis-habisan […]