Tunku Ismail & Anwar Ibrahim Bincang Langkah Kukuhkan Bola Sepak Malaysia

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di istana Johor hari ini. Pertemuan Tunku Ismail dan Anwar dikongsikan menerusi satu hantaran di platform media sosial rasminya. Dalam pertemuan tersebut, kedua-duanya bukan saja membincangkan pelbagai isu semasa termasuk pembangunan ekonomi negeri Johor. Malah, Tunku Ismail turut menyentuh aspek-aspek […]
Fahmi Fadzil Tawar Diri Calon Presiden KLFA

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjadi individu kedua yang menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA). Perkara itu dinyatakan dalam satu hantaran video di akaun TikTok peribadi miliknya pada 22 Ogos lalu. Fahmi berbuat demikian kerana percaya bukan saja dapat membantu tadbir urus KLFA menjadi lebih baik. Malah, beliau melihat ini […]
Penyerang Belum Tendang Bola Tapi Penyokong Sabah Dah Mula Risau

Penyokong Sabah FC mula meluahkan kerisauan dengan kehadiran penyerang import baharu pasukan itu iaitu Joao Pedro Boeira dari Brazil. Joao Pedro yang berusia 24 tahun sebelum ini diumumkan sebagai penyerang baharu Sabah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas penyerang berbisa Sabah, Ramon Machado yang meninggalkan pasukan. Namun kehadiran Joao Pedro dilihat merisaukan segelintir penyokong Sabah […]
Makan Malam Keluarga JDT Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengadakan Majlis Makan Malam Keluarga JDT buat para pemain, staf kejurulatihan dan ahli keluarga mereka di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Majlis ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan pengurusan Harimau Selatan bagi meraikan para pemain dan staf kejurulatihan. Kebiasaannya, acara ini diadakan sebelum perlawanan penting sesebuah kejohanan yang disertai JDT. […]
Kelantan Bakal Berubah Wajah

Skuad Kelantan dijangka bakal berubah wajah menjelang jendela perpindahan kedua musim ini. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Presiden Kelantan Darul Naim, Rozi Muhamad mengenai usaha gigih pihak pengurusan yang bertindak untuk memperbaiki skuad Liga Super. Menerusi satu kenyataan pada majlis santai meraikan penaja dan wakil penyokong di restoran Nasi Lemak Kopi O di Kota Bharu, […]
Penyudah Tajam Kunci Sri Pahang Daki Carta Liga

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan penyudah tajam sebagai kunci buat Sri Pahang FC mendaki carta liga. Pandangan ini dinyatakan beliau selepas melihat jumlah jaringan yang direkodkan pasukan itu dalam liga setakat ini. Berdasarkan statistik liga, Sri Pahang hanya menjaringkan tujuh gol. Jumlah ini meletakkan mereka di belakang lapan pasukan lain termasuk pendahulu liga, […]
Penang Kecam Tindakan Penyokong ‘Buli’ Pemain Muda

Pengurusan Penang FC mengecam tindakan segelintir penyokong yang membuli pemain-pemain muda yang mewakili pasukan itu. Langkah ini diambil selepas sesetengah penyokong bertindak mengutuk barisan pemain Penang yang beraksi dalam saingan Piala Presiden dan Piala Belia 2024. Kutukan sentiasa timbul terutama apabila pasukan muda Harimau Kumbang merekodkan keputusan seri atau kalah dalam sesebuah perlawanan. Perkara ini […]
Tunku Ismail: FIFA Iktiraf Tak Piala Ni? Kalau Ya Nak Sertai

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memberi respon terhadap 3 trofi yang dimenangi Selangor musim ini. Umum mengetahui bahawa Gergasi Merah baru sahaja menjulang Piala Sultan Selangor 2024 selepas menundukkan Pilihan Singapura dengan keputusan 2-1. Kemenangan di Stadium Merdeka itu menyaksikan anak […]
Peguam Ini Jelaskan Mengapa Aksi Perak & JDT Tak Perlu Ditangguh

Peguam sukan, Zhafri Aminurashid menjelaskan mengapa aksi Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu tidak perlu ditangguhkan ke tarikh yang lain. Aksi di antara Perak dan JDT itu ditangguhkan ke tarikh lain selepas hujan turun dengan lebat dan menyebabkan keadaan padang ditakungi air. Dalam manual pertandingan yang dikeluarkan Malaysian […]
“Skrip Bertemu Kuching City Berulang” – Nafuzi Zain

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui skrip ketika bertemu Kuching City iaitu kelekaan hujung permainan telah menafikan tiga mata berharga di gelanggang sendiri. Ini selepas Kedah mencatatkan seri 2-2 bertemu Negeri Sembilan FC pada Sabtu dan kelekaan tersebut juga berlaku ketika bertemu Kuching City pada 26 Julai lalu yang mana menyaksikan […]
Selangor Julang Trofi Ke-3 Era Nidzam Jamil

Selangor FC membuktikan pencapaian musim 2024/25 terus dilebarkan apabila menjulang trofi ketiga di bawah era Nidzam Jamil. Pengendali muda itu mengambil alih tambuk kejurulatihan daripada bekas rakan sejawat, Tan Cheng Hoe pada awal musim ini. Beliau tidak menunggu lama untuk memberi impak segera kepada Gergasi Merah apabila membantu pasukan menjulang trofi Selangor Asia Challenge. Kemenangan […]
Yusri Che Lah Mahu Manfaatkan Tempoh 7 Minggu Sebaik Mungkin

Pengendali Perak, Yusri Che Lah mahu memanfaatkan tempoh rehat 7 minggu sebaik mungkin setelah aksi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) ditunda pada Sabtu. Perak turun ke gelanggang sendiri setelah mencatatkan 3 kekalahan berturut-turut bagi saingan liga dan dijadualkan menentang jaguh dari selatan tanah air, JDT di Ipoh. Ketika permainan baru memasuki minit ketiga, pengadil terpaksa […]
Nidzam Jamil: Prestasi Faisal Halim Akan Datang Balik

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil percaya pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim bakal mengecapi prestasi terbaiknya tidak lama lagi. Faisal membuat kemunculan pertama untuk Selangor dalam Liga Super musim 2024/25 dalam aksi menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 10 Ogos lalu. Itu aksi pertamanya dalam tempoh tiga bulan selepas pulih daripada kecederaan melecur tahap […]
K. Nanthakumar Puas Hati Dengan Prestasi Pemain Negeri Sembilan

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K, Nanthakumar berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pemain Negeri Sembilan apabila berjaya mengikat Kedah Darul Aman 2-2. Jacque Faye muncul watak penting dalam aksi sengit ini apabila meledak dua gol untuk membantu Negeri Sembilan berkongsi 1 mata bersama Kedah. K. Nanthakumar memuji semangat yang ditonjolkan para pemain Negeri Sembilan […]
Liga Super: Aksi Perak-JDT Ditunda

Perlawanan Liga Super melibatkan Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu terpaksa ditunda. Setelah mencatat kemenangan tiga kali berturut-turut ke atas Kedah, JDT hadir dengan momentum positif untuk berdepan Perak yang tewas dalam tiga aksi terakhir liga. Kesebelasan utama JDT diketuai oleh pemain kebangsaan, Matt Davies di benteng pertahanan manakala Perak turun tanpa Lee […]
Liga Super: 4 Gol Dramatik Hiasi Aksi Negeri Sembilan vs Kedah

Aksi Liga Super minggu 9 menyaksikan Kedah Darul Aman diikat oleh Negeri Sembilan dengan keputusan 2-2. Skuad kendalian Nafuzi Zain turun dengan motivasi terbaik menerusi jentera 4 serangkai iaitu Milos Gordic, Sony Norde. Assifuah dan Syafiq Ahmad. Asakan bertali-arus oleh Sang Kenari dikejutkan dengan jaringan Jaque Faye pada masa kecederaan babak pertama. Aksi babak pertama […]