Selangor Mula Langkah Kanan Benam Sri Pahang

Selangor berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pertama saingan Liga Super 2021 apabila berjaya membenam Sri Pahang 3-1 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Serangan bertali arus Selangor akhirnya membuahkan hasil apabila Oliver Buff berjaya menjaringkan gol dari luar kotak penalti Sri Pahang pada minit ke-46 separuh masa pertama perlawanan. Bersambung babak kedua perlawanan kedua-duakan pasukan kelihatan […]
JDT Pertahan Kejuaraan Piala Sumbangsih Empat Kali Berturut-Turut

Johor Darul Ta’zim (JDT) menjaringkan dua gol menentang Kedah Darul Aman sekaligus mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Jaringan menerusi sepakan cantik Safawi Rasid pada minit ke-34 dan Natxo Insa pada minit ke-67 sudah cukup buat Harimau Selatan mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih 2021. Kemenangan ini juga sekaligus memberikan JDT tiga mata […]
Penyokong Perak Berang Jualan Jersi Tercalit ‘Politik’

Penyokong pasukan Perak FC berang apabila mendapati penjualan jersi pasukan tercalit adegan politik. Menurut satu hantaran di laman sosial Facebook The Supporters dalam dialek Perak; “Kesian kome ya bersesak-sesak masuk dalam website bukak katup bukak katup tapi orang Bota dapat jersey secara mudah sahaja. Siap dapat discount lagi cuma perlu wasap sahaja tak perlu beria […]
Dua Syarikat Automatif Bakal Miliki 80% Pegangan Saham Kedah Darul Aman

Gabungan dua syarikat automotif tempatan dijangka membeli 80 peratus saham Darulaman FC Sdn Bhd (DFC) yang kini dimiliki syarikat negeri Kedah, Menteri Besar Incorporated (MBI) dengan nilai dianggarkan sebanyak RM24 juta. Pelaburan dan peralihan 80% milikan saham ini sekali gus menjadikan mereka sebagai pemilik pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Presiden Persatuan Bolasepak Kedah […]
Isaac Angking Bersedia Wakili Malaysia, Tolak Tawaran Daripada Sarawak United

Pemain kacukan Malaysia-Amerika Syarikat, Isaac Angking bersedia sekiranya dipanggil untuk mewakili Malaysia.Ejen kepada pemain tersebut iaitu Nicco Roffo berkata Isaac sedia untuk pulang mewakili skuad kebangsaan Malaysia dalam perlawanan antarabangsa namun sehingga kini tiada komunikasi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). “Isaac berbangga mempunyai pertalian darah Malaysia dan terbuka untuk menyarung jersi Malaysia.Buat masa sekarang […]
CIMB Liga Super 2020 ‘Best XI’ Pilihan Editor MakanBola : Minggu 1

CIMB Liga Super 2020 telah membuka tirainya pada Jumaat lalu dengan Johor Darul Ta’zim muncul juara Piala Sumbangsih 2020. Perak, Melaka United dan Selangor juga berjaya mencuri 3 mata penuh untuk dibawa pulang. Pemain tumpuan minggu pertama CIMB Liga Super 2020 sudah semestinya terarah kepada Brendan Gan dan Guilherme de Paula. Mereka berjaya membantu pasukan […]
Liga Super 2020 : Dua Jaringan De Paula Bantu Perak Bangkit di Gong Badak

Penyokong Terengganu pulang hampa selepas menyaksikan Perak bangkit selepas ketinggalan pada awal separuh masa pertama perlawanan. Shahrul Saad dan Guilherme de Paula muncul wira Perak menerusi 3 jaringan yang berjaya dihasilkan menewaskan penjaga gol muda Terengganu, Rahadiazli. Terengganu kendalian Nafuzi Zain bermain dengan formasi 4-3-3 manakala Perak mengekalkan formasi asas mereka; 4-4-2. Seperti kebiasaan, Perak […]
Previu : Pertemuan Semula Dua Jeneral Tengah di Gong Badak

Setelah Liga Malaysia 2020 membuka tirainya semalam, 5 perlawanan Liga Super turut akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad dengan tumpuan lebih terarah kepada perlawanan Terengganu-Perak dan Pahang-Selangor. Perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak lebih menarik dengan kehadiran dua bekas pemain kedua-dua pasukan. Kedua-dua pemain tersebut ialah Nasir Basharuddin (Terengganu) dan Theirry Chanta […]
Piala Sumbangsih 2020 : Kemenangan Pertama Johor DT di Stadium Sultan Ibrahim

Musim baharu bola sepak Malaysia secara rasminya bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim dan Kedah sebagai perlawanan pembuka tirai. Perlawanan tersebut berlangsung di gelanggang baharu Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri. Menariknya, perlawanan ini merupakan penampilan sulung Matthew Davies bersama Johor Darul Ta’zim sejak diperkenalkan pada 17 Februari […]
Pahang FA Lancar Aplikasi Mobile, Mudahkan Peminat Membuat Pembelian Tiket

Aplikasi mobile Pahang FA boleh dimuat turun menggunakan peranti Android di Play Store. Pahang FA yang sebelum ini seolah-olah menyepi dengan pelancaran jersi yang lewat, masalah kewangan dan masalah laman sosial Twitter yang digodam, akhirnya melancarkan aplikasi rasmi bagi memudahkan peminat mendapatkan berita kelab dan membuat pembelian tiket. Aplikasi Pahang FA boleh dimuat turun di […]
Matthew Davies Sah Tinggalkan Pahang

Berbaki dua minggu sebelum saingan Liga Super membuka tirai, skuad Pahang menerima berita kurang enak apabila bakal kehilangan pemain pertahanan berpengalaman Matthew Davies. Seperti yang dilaporkan Berita Harian, pemain kelahiran Australia itu sah tidak lagi bersama Pahang dan kini sedang berurusan bersama pasukan barunya nanti. “Segala yang ditularkan di laman sosial berkaitan Davies meninggalkan Pahang […]
Stadium Sultan Ibrahim ‘Masih’ Boleh Digunakan Untuk ACL

Sebelum ini timbul kerisauan bahawa stadium baru pasukan Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim tidak dapat digunakan untuk saingan Liga Juara-Juara Asia. Hal ini berikutan status stadium ini yang masih belum disahkan status penggunaannya. Walaubagaimanapun Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi laman Facebooknya menyatakan bahawa Stadium Sultan Ibrahim masih boleh digunakan untuk saingan Liga […]
Konsep Rekabentuk Stadium Baru Terengganu Diperkenalkan

Seiring dengan revolusi yang melanda dalam bola sepak tanahair, konsep rekabentuk stadium baru Terengganu telah diperkenalkan dan dicadangkan oleh pihak Bola Sepak Terengganu seperti di laman Facebooknya. Antara cadangan yang diberikan adalah seperti berikut: Pengambil alihan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) sebanyak 50-50% atau 60-40% daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) oleh Terengganu FC. […]
Selangor Mungkin Tidak Dapat Beraksi Di Gelanggang Keramat Akibat Bumbung Rosak

Pasukan Gergasi Merah, Selangor berdepan risiko besar tidak dapat beraksi di gelanggang sendiri akibat kerosakan yang terdapat pada bumbung Stadium Shah Alam. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd yang memberi cadangan penambahbaikan selepas hasil pemeriksaan sebelum ini sudah pun dimaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk melakukan […]
MFL Menafikan Liga Bermula Lewat Bukan Sebab Stadium JDT, Tapi Kerana ECP

Malaysia Football League (MFL) menafikan dakwaan mengenai pembinaan Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi faktor utama saingan Liga Malaysia musim 2020 bermula lewat pada akhir Februari seperti yang berlegar di laman media sosial sejak akhir-akhir ini. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata demikian ketika majlis menandatangani perjanjian antara MFL dan TM yang […]
“Saya Ingin Jadi Diri Saya Sendiri” – Safawi Rasid

Redknapp sebelum ini menyamakan corak permainan Safawi sepertimana penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah yang mempunyai kemahiran menggelecek pemain pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan padu menerusi kaki kiri. “Saya ucapkan terima kasih sebab beliau (Redknapp) cakap macam itu (gaya permainan seperti Salah). Saya macam terharu dia samakan saya macam Salah, tapi sejujurnya saya tidaklah sehebat Salah.” […]