Terkini: Chong Yee Fatt di Rehatkan Perak FC

Ketua Jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt di rehatkan selama dua minggu oleh Perak FC sebelum keputusan akhir dimuktamatkan kelak. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Arena, Shahril Khalil bakal mengambil alih tugas selaku Ketua Jurulatih Perak FC sementara menunggu keputusan akhir pihak pengurusan dan akan dibantu oleh Shamsul Saad. Selain dari itu, Perak FC […]

Taktik ‘Scam’ Terlalu Sempurna, Amri Yahyah Punca Lawan Hilang Mata

Perlawanan Liga Super ke-16 melibatkan pertembungan pasukan di tangga kedua iaitu Terengganu FC dan Sabah FC berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0 sekaligus berkongsi mata di Gong Badak. Kedua-dua pasukan mempunyai percaturan tersendiri dalam usaha untuk meraih kemenangan dengan serangan bertali arus dilancarkan dalam usaha untuk menembusi gawang gol yang dikawal rapi oleh penjaga gol […]

Percaturan Bidan Terjun Sabah ‘Menjadi’ Berjaya Ikat Terengganu di Gong Badak

Pasukan Terengganu FC kecewa apabila tuan rumah sekadar memungut satu mata pada aksi Liga Super ke-16 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menentang Sabah FC. Terengganu bermula garang seawal minit pertama permainan apabila David Da Silva melakukan asakan terhadap penjaga gol Sabah FC. Selang beberapa minit selepas itu, pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim berjaya […]

Liga Super: Johor Darul Ta’zim Kukuhkan Cengkaman, Perak Terkulai Tidak Melawan

Pendahulu Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah di persada liga apabila mencatat kemenangan ke-12 pada musim ini apabila berjaya menghentikan cabaran perak menerusi kemenangan selesa 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim malam ini. JDT tidak melengahkan masa apabila terus bermula garang seawal minit kedua apabila lorongan awal mencari Bergson Da Silva tidak berjaya […]

Perlawanan Ditunda, Pemain Kedah Resah Persiapan Terganggu

Pasukan Kedah Darul Aman FC terpaksa akur dengan keputusan MFL untuk menangguhkan perlawanan ke-14 Liga Super (LS14) yang melibatkan pertemuan mereka menentang Penang FC yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Sabtu lalu, 24 Julai 2021. Ini selaras dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh laman rasmi KDA FC bahawa terdapat dua pemain yang positif Covid-19. Keputusan itu […]

Nafuzi Zain: Penyerang Gagal Berfungsi, Tidak Konsisten Punca Terengganu Tewas

Hasrat pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain melihat pasukan kendaliannya mencatat kemenangan kedua berturut-turut musnah apabila skuadnya tewas mengejut 2-0 kepada pasukan tuan rumah, Melaka United FC. Dalam perlawanan itu, Terengganu dilihat mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan mengatur serangan ke arah kubu lawan melalui gerakan duo lincahnya iaitu Faiz Nasir dan juga Faisal Halim. Sungguhpun begitu, […]

Trio Afrika Gagal Bantu Terengganu Atasi Cabaran Melaka United

Terengganu FC terus diberikan tekanan oleh pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di takhta liga susulan gagal mencatatkan kemenangan menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat apabila tewas 2-0 malam tadi. Pasukan kendalian Nafuzi Zain itu turun dengan barisan utamanya sambil mempertaruhkan 3 pemain import untuk menggerakkan jentera tengah pasukan itu. Melaka United juga […]

Liga Super: Johor Darul Ta’zim Kecewakan Selangor Di Halaman Sendiri

Kedua-dua pasukan bermula baik dengan beberapa gerakan berbahaya dengan pasukan Selangor berjaya mengimbangi kekuatan bahagian serangan Johor Darul Ta’zim. Gerakan satu-dua Syahmi Safari dan Ifadayo hampir menghukum barisan pertahanan Johor Darul Ta’zim namun tendakan Syahmi sedikit tersasar pada minit ke-16. Gerakan cantik yang dimulakan Matthew Davies dari sebelah kanan membuahkan hasil apabila hantarannya berjaya disudahkan […]

TMJ Akui Selangor Dalam Kelas Tersendiri, DNA Jerman Bakal Teruji

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berkunjung ke Stadium MBPJ pada Rabu ini untuk menentang pasukan gergasi Merah Kuning pada jam 9 malam. Ini merupakan perlawanan ke-15 buat kedua-dua pasukan ketika JDT berusaha untuk menjarakkan kedudukan mereka dengan pasukan di tangga kedua iaitu Terengganu FC. Selangor pula tekad untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga yang […]

Falsafah Bola Sepak Tersendiri, Nafuzi Zain Optimis Pacu Terengganu

Jurulatih pasukan Terengganu, Mohd Nafuzi bin Mohd Zain yakin dengan kemampuan barisan kejurulatihan dan juga para pemainnya untuk terus memperagakan aksi yang cemerlang dalam baki saingan Liga Super musim ini. Skuad kendalian jurulatih yang berasal dari Kelantan ini telah berjaya mengharungi 14 perlawanan liga dengan sangat konsisten apabila berjaya mencatatkan 9 kemenangan, 3 seri dan […]

Liga Super: Kebangkitan Luar Biasa JDT Benam Cabaran Hebat UiTM

Perlawanan ini menemukan pendahulu liga Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan yang menghuni tangga tercorot liga iaitu UiTM FC. Johor Darul Ta’zim yang beraksi sebagai tuan rumah turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Corbin Ong, Aidil Zafuan dan Mauricio manakala UiTM yang dibimbing Frank Benhardt turun dengan barisan pemain-pemain yang baru termasuk Zamir Selamat dan […]

Safawi Rasid Rantai Mulut Pengkritik

Kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh peminat bola sepak tanah air terhadap bintang muda negara, Mohd Safawi Rasid reda apabila beliau kembali menemui rentaknya untuk membantu pasukan Johor Darul Ta’zim mengatasi UITM FC dengan jaringan 3-1. Sungguhpun pasukan tuan rumah tersentak dengan jaringan penyerang import baru UITM FC, Joel Vinicius yang meletakkan pasukan pelawat di […]

Penyokong Perak Desak Chong Yee Fat Undur Diri

Masalah demi masalah terus menghantui Ketua Jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt dan yang terkini anak-anak buahnya kelihatan lesu dan mudah dijinakkan oleh Terengganu FC dengan jaringan 5-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Gong Badak malam tadi. Dengan kekalahan itu, Perak FC kekal berada di tangga ke-10 liga dan berpotensi dipintas Melaka United yang […]

Kemenangan Selangor Ditangguhkan, Berkongsi 1 Mata Dengan Kuala Lumpur City

Selangor FC hanya berjaya mengutip satu mata selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Kuala Lumpur City dalam saingan Liga Super 2021, di Stadium Cheras, Kuala Lumpur. Ia merupakan keputusan seri yang keenam bagi skuad gergasi merah itu, selepas hanya mencatat lima kemenangan dan empat kekalahan sepanjang kempen Liga Super 2021. Skuad bimbingan Karsten Neitzel, […]

Sentuhan ‘Nafuzi Ball’, Duo Cilik Kunci Terengganu Lenyapkan Impian Perak

Impian pasukan Perak untuk meraih kemenangan ketika berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin musnah apabila tewas 5-0 dengan pasukan tuan rumah malam ini. Pasukan pelawat bermula garang di awal permainan apabila percubaan kencang Danish berjaya menyentak kelekaan barisan pertahanan pasukan tuan rumah. Ini membuatkan Terengganu terus melancarkan serangan bertali arus menerusi duo ciliknya yang […]

Sentuhan Halimunan Quentin Cheng

Ubi muda Harimau Malaya yang beraksi di posisi bek kanan, Quentin Cheng Jiun-ho sudah mula menunjukkan kualitinya sebagai salah seorang bek kanan masa hadapan negara apabila cemerlang dalam beberapa aksi perlawanan persahabatan bersama pasukan yang diwakilinya iaitu Penang Fc. Baru-baru ini, tumpuan mula terarah kepada pemain kacukan Australia-Malaysia yang dipinjamkan oleh pasukan Selangor ini apabila […]