“Saya Sanggup Bayar Tiket Mahal Lihat Arif Aiman & Faisal Halim Beraksi” – B. Sathianathan

Bekas ketua jurulatih Selangor FC, B. Sathianathan secara terbuka sanggup membayar harga tiket yang begitu mahal semata-mata mahu melihat bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi beraksi. Beliau yang mengulas lanjut berkenaan kemenangan besar 5-0 Selangor ke atas Kuching City di gelanggang lawan itu menyatakan bahawa Faisal Halim dan juga Arif Aiman merupakan […]
Tan Cheng Hoe Tak Mahu Persiapan Singkat Jadi Alasan

Selangor mencatat kemenangan kedua Liga Super semalam selepas membelasah Kuching City 5-0 di Stadium Negeri Sarawak. Tetapi dengan perlawanan menentang Sri Pahang yang bakal berlangsung dua hari selepas itu, Tan Cheng Hoe mahu anak-anak buahnya kekal konsisten. Perlawanan semalam menyaksikan Noor Al-Rawabdeh menyumbat dua gol (minit keempat, 48). Ayron Del Valle (minit kesembilan), Brendan Gan […]
Choi Moon-sik Puas Hati Kelantan Tetap Turun Menyerang

Perlawanan kedua Liga Super Kelantan semalam menyaksikan The Red Warriors tewas 4-1 kepada Sri Pahang. Walaupun tewas, jurulatih Kelantan, Choi Moon-sik berpuas hati dengan anak-anak buahnya kerana cuba menyerang tuan rumah. Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat dibolosi empat kali menerusi Kpah Sherman (minit ke-12), Kevin Ingreso (minit ke-38), Sergio Aguero (minit ke-43) dan Stefano […]
“Sabah Kini Setanding JDT” – Tomas Trucha

Ketua jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha menyifatkan pasukan Sabah kini berada pada satu tahap yang mampu menyaingi kekuatan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau melihat pasukan yang dibimbing oleh Dato’ Ong Kim Swee berjaya menampilkan persembahan yang amat baik tatkala membenam cabaran pasukannya dengan keputusan 3-1. Katanya, para penyokong sudah tentu […]
Irfan Bakti Anggap Kekalahan Kuching City Memalukan

Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abdul Salim menyifatkan kekalahan yang menimpa pasukannya sebagai satu perkara yang amat memalukan. Beraksi di laman sendiri nyata tidak menjadi satu kelebihan yang diharapkan apabila mereka tumpas dengan kekalahan besar 0-5 kepada Selangor. Dua gol awal yang dijaringkan oleh anak didik Tan Cheng Hoe jelas membunuh semangat para […]
Liga Super: Sri Pahang Mengamuk Di Darulmakmur

Sri Pahang bermula dengan langkah kanan dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Darulmakmur, apabila berpesta gol membelasah seteru pantai timur, Kelantan 4-1. Ia kemenangan pertama buat skuad bimbingan Fandi Ahmad yang terikat 1-1 menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan pembuka tirai musim baru, pada Ahad lalu. Manakala bagi Kelantan pula, mereka mengalami kekalahan kedua berturut-turut […]
Liga Super: Selangor Belasah Kuching City

Selangor mencatat kemenangan kedua dalam Liga Super musim ini. Ini selepas mereka membelasah Kuching City 5-0 di Stadium Negeri Sarawak hari ini. Turun sebagai pasukan pelawat, anak-anak buah Tan Cheng Hoe membuka jaringan menerusi pemain tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh selepas menerima hantaran pemain sayap Myanmar, Hein Htet Aung pada minit keempat. Tersentak, anak-anak buah Irfan […]
Permulaan Sempurna Endrick Dos Santos Di JDT

PETALING JAYA 2 MAC – Berjaya menjaringkan gol pada penampilan sulung ibarat satu impian yang menjadi kenyataan buat pemain terbaharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos. Dia yang mengambil tempat Afiq Fazail di posisi tengah untuk berada dalam kesebelasan utama, berjaya menyempurnakan umpanan dari Fernando Forestieri dengan tandukan menarik pada minit 52. Namun, pemain […]
Sebenarnya Gol Ke-3 JDT Hanya Melibatkan 4 Orang

Pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan KL City semalam mencuri tumpuan ramai para penyokong apabila pasukan pelawat berjaya menang dengan keputusan 3-0. Pasukan Harimau Selatan tidak melepaskan tiga mata berharga apabila jaringan Jordi Akat, Endrick Dos Santos dan juga Arif Aiman meletakkan mereka dalam kedudukan selesa. Walau bagaimanapun, jaringan yang dilakukan oleh pemain sayap […]
“Saya Hanya Bercakap Benar” – Giancarlo Gallifuoco

Pertahanan kental KL City, Giancarlo Gallifuoco menyifatkan kekalahan ke atas Johor Darul Ta’zim semalam oleh kerana kesilapan daripada individu sendiri. Beliau akui selepas jaringan sendiri oleh penyerang KL City, Romel Morales antara punca utama moral pasukan mula jatuh dan tiada arah. Semuanya nampak sempurna di awal permainan, KL City menunjukkan kualiti bertahan yang tinggi. Namun, […]
Tano Solari Akhirnya Buka Mulut Tentang Radamel Falcao Ke JDT

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari akhirnya memberi jawapan mengenai kemungkinan penyerang berbisa Colombia, Radamel Falcao ke kelab tersebut. Berita mengenai perpindahan pemain berusia 37 tahun itu kembali hangat diperkatakan selepas beberapa laporan daripada akhbar Sepanyol seperti Marca dan media Eropah lain yang telah mengesahkan perkara ini. JDT dilihat sedang bersaing untuk mendapatkan […]
Tano Solari Puji Impak Segera Syamer Kutty

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memuji impak segera yang dipamerkan pemain tengah JDT, Syamer Kutty Abba yang diturunkan dalam aksi Liga Super menentang KL City pada semalam. Diturunkan sebagai pemain gantian, Syamer telah memikul tanggungjawab di bahagian tengah dengan sangat baik. Kemampuan yang dimiliki Syamer menjadi tonik tambahan buat JDT dalam aksi […]
Bojan Hodak Kesan Perubahan Mendadak Corak Serangan JDT

Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak melihat terdapat perubahan dalam corak serangan Johor Darul Ta’zim (JDT). Setelah mendapat suntikan pengendali baharu, Tano Solari pada musim ini, wajah serangan skuad Harimau Selatan dilihat lebih berbahaya. Perkara ini terbukti apabila mereka berjaya meledak tiga gol yang cukup bermakna untuk menewaskan The City Boys di laman […]
Liga Super: Kedah Pamer Aksi Bertenaga Tewaskan Terengganu

Hasrat Nafuzi Zain mencipta kemenangan ke atas pasukan lamanya, Terengganu tercapai hari ini. Ini selepas Kedah berjaya menewaskan skuad Peteh 1-0 di Stadium Darul Aman hari ini. Babak pertama menyaksikan tuan rumah banyak menguji pertahanan pelawat menerusi Willian Lira dan Lee Tuck. Bagaimanapun, kecekapan penjaga gol Terengganu Suhaimi Husin menafikan tuan rumah daripada mendapat gol […]
Liga Super: Penang Bergelut Diikat Negeri Sembilan

Hasrat pasukan utara tanah air, Penang melakar kemenangan pertama di gelanggang sendiri tak kesampaian hari ini. Ini selepas Harimau Kumbang diikat Negeri Sembilan tanpa jaringan di Stadium Bandaraya. Babak pertama menyaksikan insiden kecederaan yang dialami penjaga gol pelawat, Sikh Izhan Nazrel. Penjaga gol pinjaman Selangor itu mengalami kecederaan di kepala selepas kaki Rahmat Makasuf terkena […]
Liga Super: JDT Tenang Atasi KL City

Aksi kedua Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan KL City dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras menyaksikan skuad kendalian Esteban Solari menundukkan The City Boys dengan keputusan 3-0. Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan dilihat cuba menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang agak basah. Peluang terbaik buat KL City […]