Liga Super: Terengganu Tumpul Lagi, Diikat KL City

Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh Terengganu. Ini selepas anak-anak buah Tomislav Steinbruckner diikat tanpa jaringan oleh KL City di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Babak pertama menyaksikan tuan rumah berusaha memburu gol pembukaan. Dua peluang terbaik mereka hadir menerusi penyerang Thailand, Adisak Kraisorn tetapi kedua-dua percubaannya dinafikan penjaga gol City Boys, […]
Gol Debut Ismaheel Akinade Gegar Stadium Sultan Muhammad IV

Penyerang kebangsaan Nigeria, Ismaheel Akinade terus memberikan impak segera buat pasukan Kelantan FC apabila menjaringkan gol debutnya malam ini. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamed IV itu menyaksikan pertembungan antara The Red Warriors menentang Penang FC dalam misi mendapatkan tiga mata. Perlawanan ini mencuri tumpuan tatkala pemain berusia 29 tahun ini melakukan debut apabila […]
Liga Super: Gol Brendan Gan Selamatkan Maruah Selangor Dikejutkan Sri Pahang

Hasrat Selangor FC untuk meneruskan rentak cemerlang bagi permulaan musim 2023 terhalang apabila diikat Sri Pahang. Aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ petang ini menyaksikan pasukan tuan rumah terus melakukan asakan seawal minit pertama permainan. Anak buah Tan Cheng Hoe jelas menguasai sebahagian besar perlawanan sambil Sri Pahang menanti peluang untuk melakukan serangan balas pantas. […]
Daud Bakar Buka Mulut Susulan Kekalahan Kedah Di Laman Sendiri

Kekalahan Kedah di tangan PDRM semalam mencetuskan rasa marah para penyokong dengan dakwaan mutu pengadilan yang meragukan. Tetapi bagi pemilik pasukan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, beliau melihat kekalahan tersebut disebabkan oleh banyak faktor. Selain dua layangan kad merah terhadap kapten Manuel Ott dan jurulatih Nafuzi Zain, Kedah gagal memanfaatkan banyak peluang menjaringkan gol. […]
Jaringan Bruno Suzuki Jadikan Terengganu Kini Pasukan Paling Tumpul

Selepas melalui dua perlawanan tanpa gol, akhirnya Kelab Bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) berjaya menoktahkan ketandusan gol pada perlawanan ketiga menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam tadi. Jaringan tunggal yang dijaringkan pemain import mereka, Bruno Suzuki berjaya menghadiahkan kemenangan berharga buat pasukan ‘The Cops’ menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) […]
Lim Teong Kim Anggap Padang Tak Rata & Bola Seperti Katak Sukarkan Perak Main Bola

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim tampil memberi penjelasan sebaik sahaja pasukannya terikat 0-0 dengan Kelantan United. Pengendali berusia 55 tahun itu masih gagal menemui rentak kemenangan semenjak mengambil alih pasukan yang kini hanya berjaya mencatatkan dua keputusan seri dan satu kekalahan. Beliau menganggap bahawa keadaan permukaan padang di Stadium Sultan Muhamad IV yang […]
Pemain Import Terengganu, Ivan Mamut Dihina Depan-Depan Oleh Pekerja Giant

Normal bagi pemain bola sepak belum menunjukkan prestasi baik dalam dua perlawanan awal Liga Super. Pada masa sama, itu bukan lesen buat penyokong bola sepak menghina mereka. Tetapi itulah yang terjadi kepada penyerang import Terengganu, Ivan Mamut. Dalam satu video yang tular di media sosial, Mamut diperlekeh seorang pekerja rangkaian pasaraya Giant semasa membeli barang […]
Safee Sali Yakin Ada Cubaan Nafuzi Zain Berhubung Dengan Pengadil Dalam Padang

Perlawanan ketiga saingan Liga Super 2023 melibatkan pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman dan PDRM berakhir dengan kemenangan dicatat The Cops, 1-0. Tercetusnya beberapa insiden dan dua layangan kad merah menghiasi aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam semalam. Hasrat skuad Sang Kenari untuk mencetak jaringan demi memastikan kemenangan tercatat di laman sendiri tidak […]
Penyokong Kedah Tunggu Pengadil Luar Stadium?

Kekalahan 0-1 Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kepada pasukan Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC) semalam jelas sekali sukar untuk ditelan sebahagian penyokong Kedah yang menjangkakan kemenangan buat pasukan kesayangan mereka. Rata-rata daripada mereka kurang berpuas hati dengan mutu pengadilan daripada pengadil utama perlawanan, Mohd Azizan Saat Ariffin. Dua layangan kad merah kepada Manuel […]
Liga Super: Kedah Tewas Mengejut Kepada PDRM

Hasrat Kedah mencatat kemenangan ketiga dalam Liga Super tidak kesampaian. Ini selepas PDRM mencipta kejutan dengan mengalahkan tuan rumah 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman hari ini. Babak pertama menyaksikan dalam tempoh 10 minit terawal perlawanan, PDRM mengancam pertahanan Kedah yang diterajui Bojan Ciger menerusi Fadi Awad dan Bruno Suzuki. Bagaimanapun, kedua-dua […]
Liga Super: Perak Bergelut, Seri Dengan Kelantan United

Ketumpulan barisan serangan Perak terus memeningkan kepala jurulatih mereka, Datuk Lim Teong Kim. The Bos Gaurus hanya meraih satu mata selepas diikat 0-0 oleh Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan gagal mencipta sebarang peluang yang menguji penjaga gol masing-masing iaitu Bryan See Tian Keat (Perak) dan Asyraaf […]
Tomislav Steinbruckner Siapkan Pelan Rapi Berdepan Trio Serangan KL City

Dengan Terengganu kini menduduki tangga ke-13 Liga Super, tekanan mula dirasai pengendali skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner. Dengan perlawanan menentang KL City merupakan misi wajib menang, beliau perlu menggarap pelan bagi merantai trio penyerang berbisa City Boys sekiranya mahu menang. Terengganu tewas dalam dua perlawanan awal Liga Super. Mereka tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) […]
“Selepas Kesusahan Akan Datang Kesenangan” – Zamsaham

Selepas dua kali diaibkan dalam dua perlawanan awal Liga Super, Kelantan berada di tangga tercorot liga. Tetapi bagi pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau mesra dikenali sebagai Zamsaham, beliau percaya pasukan ini dapat bangkit semula dan membuktikan keupayaan mereka. Dua perlawanan awal Liga Super menyaksikan The Red Warriors tunduk 2-1 kepada Kuching City dan dibelasah Sri […]
“Falsafah Nafuzi Zain Macam Pep Guardiola” – Bruno Suzuki

Pemain import PDRM FC, Bruno Suzuki teruja untuk bertemu semula dengan bekas jurulatiunya, Nafuzi Zain dalam satu aksi di Terengganu. Bintang berusia 32 tahun itu pernha beraksi sebelum ini dengan beberapa pasukan sebelum ke Thailand dan kini beraksi bersama PDRM. Jelasnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah buat pasukannya dalam usaha untuk mencuri sekurang-kurangnya satu […]
Fandi Ahmad: “Kita Akan Bermasalah Jika Jumpa Pasukan Lebih Baik”

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pasukannya meskipun berjaya meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas Kelantan pada Khamis lalu. Menganggap ia kemenangan penting, jurulatih kelahiran Singapura itu bagaimanapun berkata dia cuma berpuas hati dengan aksi ditunjukkan di separuh masa pertama, yang mana kesemua empat gol dijaringkan menerusi Kpah […]
PDRM Sedia Kejutkan Kedah

Walaupun sudah mencatat dua kemenangan dalam Liga Super musim ini, ini bukan bermakna Kedah patut leka. Ini kerana PDRM sudah pasti mahu menggunakan perlawanan ketiga menentang Kenari sebagai peluang mengutip kemenangan pertama musim ini. Ini kerana menurut jurulatih Kedah, Nafuzi Zain, rekod dua perlawanan awal Sang Saka Biru tidak boleh dijadikan sebagai ukuran. Selepas tewas […]