Kelantan FC Dapat Khabar Gembira

Malaysia Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa sekatan perpindahan pemain terhadap kelab Kelantan FC telah ditarik balik. Khabar gembira ini telah diumumkan dalam satu kenyataan di laman rasmi media sosial MFL. Ini bermakna pasukan Kelantan boleh mendaftarkan pemain pada jendela perpindahan kedua.  “Badan bebas, “First Instance Body” (FIB) memaklumkan sekatan perpindahan pemain Kelantan FC […]

Aidil Sharin Sertai Kuching City

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak bakal dilantik sebagai jurulatih Kuching City FC yang baru. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi satu ciapan di Twitter yang berbunyi, “Selamat kembali Coach Aidil.” Bila ditanya seorang pengguna tentang destinasi bekas jurulatih Home United itu, Zulhelmi mendedahkan nama Il […]

Heberty Fernandes Sudah Saksikan Banyak Perlawanan JDT Sebelum Ini

KUALA LUMPUR, 27 Julai : Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes tidak mudah berasa selesa dan tetap perlu bekerja keras memburu tempat dalam kesebelasan utama pasukan selepas ini. Penyerang dari Brazil ini menyifatkan JDT adalah satu pasukan yang memiliki ramai pemain berkualiti dan sedar ia adalah tugas yang besar apabila hadir ke pasukan […]

Dua Pasukan Tercorot Liga Super Bakal Terima Padah

Dua pasukan yang menduduki tangga tercorot Liga Super musim ini berdepan risiko tersingkir ke Liga M3 musim hadapan. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam. Sekiranya itu berlaku, juara Liga M3 akan layak secara automatik dengan naib juara liga bakal berdepan pasukan kedua tercorot Liga Super dalam perlawanan […]

Bojan Hodak Jawab Punca Tinggalkan KL City

Berita mengenai peletakan jawatan Bojan Hodak selaku ketua jurulatih KL City pastinya mengejutkan ramai pihak terutamanya dalam kalangan para penyokong The City Boys. Bojan Hodak memaklumkan bahawa beliau telah menerima 3 tawaran pada Disember tahun lepas dan telah berbincang perkara tersebut dengan Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard. Namun menurutnya ketika itu beliau masih belum […]

Faisal Halim Digantung 4 Bulan

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menerima tamparan hebat apabila beliau digantung selama 4 bulan. Menerusi satu kenyataan oleh pihak Selangor, pemain berusia 25 tahun itu akan digantung untuk beraksi selama 4 bulan berkuat kuas 25 Julai. Bekas bintang Terengganu ini menerima padah susulan kenyataan media yang telah dibuat olehnya selepas menentang Sabah pada […]

Lee Tuck Tinggalkan Kedah

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck membuat keputusan mengejutkan apabila mengucapkan selamat tinggal kepada pasukannya, Kedah Darul Aman. Bintang kelahiran England ini membuat satu keputusan yang berat untuk meninggalkan Sang Kenari sungguhpun beliau memainkan peranan yang penting pada musim ini. Menerusi satu makluman oleh Kedah Darul Aman, pemain berusia 35 tahun ini telah memutuskan haluan baharunya […]

Seorang Bintang Ternama Liga Super Bakal Digantung?

Khabar mengejutkan buat kancah bola sepak tempatan apabila seorang bintang ternama Liga Super dikatakan bakal digantung perlawanan. Desas-desus mula bertiup kencang apabila pemain ini difahamkan telah melakukan kesalahan yang menyebabkan khidmat beliau tidak dapat digunakan oleh pasukan. Menerusi satu laporan oleh wartawan TV3, Syakirah Zulkifly, tonggak utama yang beraksi buat pasukan Liga Super ini berdepan […]

Pengganti Bojan Hodak Di KL City Akhirnya Terjawab

Teka-teki mengenai pengganti posisi Bojan Hodak selaku ketua jurulatih KL City akhirnya mencapai kata putus. Pengendali kelahiran Croatia itu telah membuat satu keputusan yang mengejutkan apabila memutuskan untuk membawa haluan baharu dalam kariernya. Jurulatih berusia 52 tahun itu akan mengemudi pasukan Liga 1 Indonesia, Persib Bandung yang juga telah memecat pengendali terdahulu. Perpindahan ini menyaksikan […]

Bojan Hodak Letak Jawatan Jurulatih KL City

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak secara rasminya tidak lagi bersama pasukan apabila membuat keputusan untuk meletak jawatan. Keputusan mengejut dibuat oleh pengendali kelahiran Croatia itu apabila memutuskan untuk tidak meneruskan perjuangan bersama The City Boys. “Bojan Hodak letak jawatan. Jurulatih dari Croatia itu buat keputusan undur diri pada musim ketiga bersama KL City. […]

Dipadam Secara Tiba-tiba, Bintang Borussia Dortmund Bakal Sertai Kelantan?

Hasrat penyokong Kelantan untuk melihat kebangkitan pasukan kesayangan mereka mungkin menjadi kenyataan tidak lama lagi. The Red Warrior yang kehilangan ramai tonggak utama pada musim ini difahamkan akan mendapat suntikan baharu apabila beberapa muka baharu dikaitkan bakal tiba. Hal ini susulan kenyataan oleh pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham yang […]

Penang Teliti Pilih Penyerang Import Baru

Penang FC kini dalam proses mendapatkan penyerang import baru bagi menggantikan Giovane Gomes yang meninggalkan Harimau Kumbang secara persetujuan bersama baru-baru ini. Ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkuatkan pasukan selepas Haria Penang Haria berjaya mendapatkan bekas pemain sayap Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran dan Al-Hafiz Harun dari Kedah. Begitupun, penolong jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abdul […]

Minit Permainan Keutamaan Stuart Wilkin Menjelang Piala Asia

Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin kini fokus untuk mendapatkan minit permainan agar dapat memberikan aksi terbaik beliau di atas padang. Beliau mahu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan bersama pasukan Sabah. “Saya mahu terlibat dalam semua perlawanan, setiap pemain bola sepak mahukannya. Ya, membina minit permainan itu bagus, ini membantu saya mengekalkan tahap kecergasan […]

Zainal Abidin: Bermain Di Liga Malaysia Bukan Mudah

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan kegagalan sesetengah pemain import menyesuaikan diri di Liga Malaysia (Liga M) membuktikan liga ini bukan calang-calang. Musim 2023 menyaksikan beberapa pasukan mengucapkan selamat tinggal kepada awang import mereka akibat prestasi kurang memberangsangkan. Antara awang import yang tidak lagi beraksi di Liga M disebabkan hal ini ialah […]

“Stuart & Dominic Perlu Rehat” – Ong Kim Swee

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee melihat dua tonggak utama pasukan itu iaitu Stuart Wilkin dan Dominic Tan perlukan rehat selepas bermain bola sepak tanpa henti sejak akhir tahun lepas. Selepas dipanggil menyertai Harimau Malaya untuk kempen Piala AFF 2022, Stuart dan Dominic bermain tanpa henti selama beberapa bulan. Ini bukan saja menjadikan mereka […]

Safuwan Baharudin: KL City ‘Ajar’ Cara Berdepan JDT

Pemain pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin akui pasukan KL City berjaya berikan tentangan sengit kepada juara Piala FA 2023, Johor Daruk Ta’zim (JDT) ketika aksi final tempoh hari. Ketika ditanya mengenai persiapan pasukan Selangor yang bakal berdepan JDT kelak, Safuwan tidak meletakkan satu sasaran yang tinggi sebaliknya menagih semangat dan momentum kemenangan dalam pasukan The Red […]