Ifedayo Olusegun Tak Berhenti Meledak

Sejak menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Super, Ifedayo Olusegun tetap berbisa di hadapan gol. Ini dapat dilihat berdasarkan statistik permainan beliau selepas tiga perlawanan. Ifedayo bukan saja menjaringkan empat gol daripada semua perlawanan yang dinyatakan. Malah, beliau juga berjaya melengkapkan 90 minit permainan termasuk perlawanan terbaru menentang Kuching City […]

Medik JDT & Selangor Berganding Bahu Rawat Kecederaan Richmond Boakye

Aksi Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dan Selangor FC semalam menyaksikan pasukan perubatan kedua-dua pasukan bekerjasama merawat kecederaan penyerang pelawat, Richmond Boakye. Suasana cemas di Stadium Sultan Ibrahim timbul apabila penyerang Ghana itu tidak sedarkan diri. Ini selepas beliau terhantuk kepala dengan rakan sepasukan Samuel Somerville pada minit kesembilan. Sebaik menyedari situasi kecederaan […]

Aksi JDT, Selangor Diwarnai Dengan Kemunculan Robot

Perlawanan tumpuan Liga Super yang menemukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor berakhir dengan kemenangan 2-0 berpihak kepada JDT. Namun ada sesuatu yang menarik berlaku ketika perlawanan tersebut dilangsungkan. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu, ramai di kalangan penyokong yang ternampak aksi sebuah robot sedang berjalan di atas padang. Penampakan […]

Selangor Pamer Aksi Luar Biasa Sebelum Kecundang Kepada JDT

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super 2023 apabila berjaya menundukkan Selangor dengan keputusan 2-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim jelas tidak menjadi laluan mudah buat JDT apabila tentangan sengit berjaya diberikan pasukan lawan. Babak separuh masa pertama berakhir dengan tiada jaringan dihasilkan. Kedua-dua pasukan saling bertukar asakan […]

Liga Super: Kedah Mandi Peluh Tewaskan Kuching City

Gol tunggal penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ifedayo Olusegun sudah cukup untuk membantu mereka menewaskan Kuching City FC 1-0 di Stadium Negeri Sarawak hari ini. Menyedari kekuatan pasukan pelawat, jurulatih sementara Firdaus Morshidi menggunakan taktik bertahan menerusi formasi 5-4-1 pada babak pertama. Strategi tersebut menyukarkan KDA FC yang dibimbing Nafuzi Zain mencari ruang kosong […]

Insiden Richmond Boakye Tak Sedarkan Diri Cetus Kebimbangan

Situasi cemas berlaku ketika pertembungan antara JDT dan Selangor untuk aksi Liga Super malam ini. Perlawanan tumpuan antara dua pasukan teratas liga ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim. Pemain import Selangor, Richmond Boakye tidak menyedarkan diri seketika pada minit ke-10 permainan. Insiden tersebut terjadi ketika pasukan JDT sedang mengatur serangan ke kubu Selangor. Penjaga gol […]

Jaringan Gol J. Partiban Bantu Lonjak Keyakinan Dirinya

Jaringan gol pertama J. Partiban bagi musim ini sewaktu menentang Kelantan membantu pasukan The City Boys menang besar dengan jaringan 5-1. J. Partiban mengakui jaringan tersebut membantu melonjakkan lagi keyakinan dirinya setelah lama tidak bermain ekoran ditimpa kecederaan. “Saya berasa gembira kerana sudah lama tidak bermain ekoran kecederaan dan jaringan gol ini membantu saya mendapatkan […]

Penyerang Sepanyol Bakal Ketuai Jentera Serangan Kelantan?

Kelantan dilaporkan bakal membawa masuk seorang penyerang import kelahiran Sepanyol setelah sekatan perpindahan ke atas kelab tersebut telah ditarik balik. Menurut satu kenyataan oleh wartawan MakanBola, Nik Faris, perkara tersebut dikongsikan oleh ketua jurulatih Kelantan selepas perlawanan menentang KL City. Beliau memberi bayangan bahawa seorang penyerang kelahiran Sepanyol bakal memperkuatkan jentera serangan pasukan. Walau bagaimanapun, […]

“Kami Tak Pernah Jumpa Pasukan Sebaik KL City” – Jurulatih Kelantan FC

Ketua jurulatih Kelantan FC, Alfredo Vera menyifatkan KL City FC merupakan pasukan terbaik yang pernah ditentangnya sepanjang bersama pasukan. The Red Warriors terpaksa menelan duka sekali lagi apabila tewas besar kepada The City Boys dengan keputusan 5-1 di Cheras. Dalam satu sesi temubual selepas perlawanan, bekas pengendali Persita Tangerang itu tetap berpuas hati dengan perjuangan […]

Siaran Langsung: JDT vs Selangor, Kesebelasan Utama & Info Live Streaming Liga Super

Aksi ke-18 Liga Super menyaksikan pendahulu liga, JDT akan melayan kunjungan Selangor di laman sendiri. Pertembungan penting ini menyaksikan The Red Giants kini mneghambat kedudukan Harimau Selatan apabila dipisahkan dengan 11 mata. Selangor juga sudah pasti mahu menebus semula kedukaan selepas tunduk 4-0 kepada JDT ketika aksi separuh akhir Piala FA tempoh hari. Anak buah […]

Liga Super: KL City Berpesta Gol Tewaskan Kelantan

Aksi ke-18 Liga Super 2023 menyaksikan finalis Piala FA, KL City FC tidak berdepan masalah untuk membenam Kelantan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras, KL menyaksikan pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi percubaan pemain import, Leonardo Rolon seawal minit ke-3. Tersentak dengan jaringan tersebut, The City Boys menggandakan asakan untuk menembusi gawang gol […]

Kelibat Dua Import Tidak Kelihatan Bersama JDT

Pertemuan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal melayan kunjungan Selangor FC bagi aksi minggu ini dihiasi dengan ketiadaan kelibat dua orang pemain import pasukan. Anak didik Tano Solari kini dalam momentum terbaik untuk meneruskan rentak cemerlang selepas menjulang Piala FA tempoh hari. Skuad Harimau Selatan juga berpeluang untuk melebarkan kedudukan di puncak […]

Jaringan Negeri Sembilan Berdepan Terengganu Dipersoal

Keputusan seri 1-1 Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC diselubungi kontroversi susulan gol penyamaan yang dijaringkan pemain import pelawat, Herold Goulon diterima. Tatkala tuan rumah sudah bersedia meraikan kemenangan kelapan dalam liga, Goulon memastikan Hoben Jang Hoben pulang dengan satu mata pada minit ke-88. Bagaimanapun, ramai pemain Terengganu FC membantah keputusan pengadil Khairulsyahmi Ahmad Khalidi […]

Liga Super: Terengganu Bergelut Diikat Negeri Sembilan

Keinginan Nor Hakim Hassan melakar kemenangan sulung bersama Terengganu FC terus tidak kesampaian apabila diikat 1-1 dengan Negeri Sembilan FC hari ini. Pasukan pelawat berpeluang meraih gol awal apabila dianugerahkan sepakan penalti pada minit keenam. Begitupun, sepakan penalti Herold Goulon berjaya dinafikan Suhaimi Hussin dengan sepakan susulannya berjaya dikeluarkan kapten skuad Penyu, Habib Haroon. Percubaan […]

“Nak Bercakap Kena Ada Pendidikan” – Safee Sali

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menyifatkan penggantungan yang diberikan kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim bakal menjadi pengajaran berguna buat pemain bola sepak di Malaysia. Beliau mengingatkan para pemain bola sepak profesional di Malaysia agar lebih matang dalam mengendalikan soalan yang diajukan oleh pihak media dan tidak mengabaikan senitiviti yang […]

Nor Hakim Ada Misi Besar Bersama Terengganu

Pemain sayap Terengganu FC, Nor Hakim Hassan berharap dapat membantu pasukan barunya itu meraih kemenangan selepas gagal melakukannya dalam dua perlawanan. Dua aksi Liga Super skuad Penyu menyaksikan mereka masing-masing seri dengan KL City FC pada 7 Julai dan PDRM FC pada 16 Julai. Dua perlawanan sama turut menyaksikan Nor Hakim diturunkan dalam kesebelasan utama. […]