Lubnan Tarik Diri Sertai Pestabola Merdeka?

Pasukan gergasi Timur Tengah, Lubnan difahamkan akan menarik diri daripada menyertai kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal berlangung tidak lama lagi. Keputusan ini sudah pasti mengejutkan ramai pihak tatkala undian sudah pun dilakukan. Hal ini juga berkemungkinan akan menyebabkan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa mengubah format perlawanan Pestabola Merdeka atau perlu segera mencari lawan […]

Safee Sali Minta Arif Aiman & Faisal Halim Lebih Berhati-Hati

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali menitipkan pesan yang begitu bermakna buat dua pemain bintang negara, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim. Bekas bintang JDT itu memberi panduan berguna kepada dua bakat muda negara dalam merancang perjalanan bola sepak mereka. Katanya, dua pemain ini perlu lebih berhati-hati dan membuat percaturan yang tepat dalam menentukan hala […]

Ubaidullah Shamsul Mahu Beraksi Di Asia

Pemain pertahanan Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili berharap dapat memperaga prestasi mantap dalam Piala AFF B-23 agar dapat beraksi dalam saingan Piala AFC 2023-2024. Musim ini, Ubaidullah merekodkan tiga penampilan dalam semua kejohanan termasuk Piala Malaysia. Dan seperti pemain-pemain lain, beliau juga tidak mahu ketinggalan beraksi di peringkat benua itu. Atas sebab itu, persembahannya untuk […]

Malaysia Tahu Ancaman Sebenar Indonesia

Penyerang muda Kedah Darul Aman FC, Aiman Afif Md Afizul berharap rakan-rakan sepasukannya dalam skuad B-23 Malaysia tidak memandang rendah cabaran Indonesia dalam saingan Piala AFF B-23 2023. Untuk aksi Piala AFF B-23 ini, Timnas Indonesia tempang tanpa kelibat beberapa pemain termasuk orang besi mereka, Rizky Ridho. Ini berlaku sama ada akibat kecederaan atau tidak […]

Calon Naturalisasi Masih Berpeluang Sertai Harimau Malaya

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon melihat pintu skuad kebangsaan masih lagi terbuka buat pemain-pemain import Liga Malaysia (Liga M) yang sedang menjalani proses naturalisasi di kelab masing-masing. Ini kerana sekiranya mereka mampu memberi nilai tambah yang bermanfaat kepada Malaysia, maka peluang harus diberi kepada pemain-pemain ini. Kehadiran pemain-pemain ini bukan saja bakal menambah squad depth […]

TMJ & Hannah Yeoh Bincang Perkembangan Terkini Rumput Zeon Zoysia Di SNBJ

DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim terima mengadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Ibu Pejabat Johor Darul Ta’zim (JDT) FC hari ini. Pertemuan yang dikongsikan baginda di akaun media rasmi baginda ialah bagi membincangkan perkembangan terkini pemasangan rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Ini selepas timbul kebimbangan SNBJ berkemungkinan […]

Venue Pestabola Merdeka Bakal Ditukar?

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mempertimbangkan beberapa venue lain bagi menganjurkan Pestabola Merdeka. Pengajuran edisi ke-42 kejohanan berprestij di Malaysia ini pada awalnya memilih Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue rasmi pertandingan. Namun begitu, stadium tersebut kini sedang diselenggara dengan proses penukaran rumput sedang dijalankan. Menurut kenyataan FAM, mereka mempunyai pelan lain sekiranya […]

Kim Pan-gon Sasar Juarai Pestabola Merdeka

Biarpun sedar berdepan cabaran sukar dalam Pestabola Merdeka 2023, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tetap mensasarkan untuk bergelar juara edisi ke-42 kejohanan itu. Selain Malaysia, Pestabola Merdeka turut disertai oleh India, Palestin dan Lebanon. Atas kertas, Malaysia dilihat pasukan lemah dengan ranking ke-136 dunia jika dibandingkan Palestin, India dan Lebanon masing-masing menduduki tangga ke-96, 99 […]

Kim Pan-gon Mahu Bantu Faisal Halim

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mahu memberikan bantuan sebaiknya kepada pemain sayap sensasi negara, Faisal Halim. Bintang Selangor FC itu kini dalam fasa penggantungan selama sebulan menerusi penetapan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun cakna dengan perkara tersebut tatkala Harimau Malaya kini dalam persiapan untuk membentuk gandingan terbaik menjelang […]

Masa Depan Arif Aiman Bersama Malaysia Telah Diputuskan

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi penjelasan mengenai peranan yang akan dimainkan oleh pemain sayap muda negara, Arif Aiman Hanapi bersama skuad senior negara. Pemain berusia 21 tahun itu menjadi watak penting buat Malaysia apabila membantu kemenangan besar berdepan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea Jun lalu. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun perlu […]

Kim Pan-gon Dah Lama Intip India

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui sudah lama mengkaji kekuatan India sebelum bertemu dalam kejohanan Pestabola Merdeka. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu yakin persiapan berdepan pasukan ke-99 dunia itu perlu dilakukan dengan rapi dengan kekuatan yanh dimiliki. Mengulas lanjut, Pan-gon memberitahu bahawa barisan kejurulatihan Harimau Malaya sudah lama membuat persiapan kerana yakin India merupakan sebuah […]

Malaysia Diundi Berdepan India | Pestabola Merdeka

Malaysia bakal mengharungi kempen di Pestabola Merdeka 2023 berdepan salah sebuah pasukan terbaik di Asia iaitu India. Perlawanan yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah ini bakal menjadi medan ujian terbaik buat pasukan kendalian Kim Pan-gon untuk terus mempersiapkan diri sebelum melangkah ke Piala Asia tahun hadapan. Pestabola Merdeka 2023 disertai empat pasukan dengan format secara […]

Malaysia Mampu Capai Sasaran Piala AFF B-23

Pengurus skuad B-23 Malaysia, Datuk Seri Shahril Mokhtar percaya pasukan itu mampu mara ke peringkat separuh akhir atau final Piala AFF B-23. Pandangan peribadi beliau ini dibuat dengan mengambil kira majoriti pemain yang dipanggil jurulatih E. Elavarasan ialah pemain-pemain yang menjalani latihan pusat di Melaka pada Jun lepas. Justeru, walaupun tanpa kelibat beberapa bintang utama […]

Senarai 25 Pemain E. Elavarasan Ke Piala AFF Curi Perhatian

Senarai pemain muda Malaysia yang bakal membawa cabaran negara ke pentas Piala AFF bawah 23 tahun negara kembali mencuri perhatian. Pasukan bimbingan E. Elavarasan telah membuat keputusan untuk menyenaraikan 25 pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-23. Antara nama yang mencuri tumpuan ialah kelihat beberapa nama besar seperti Fergus Tierney, […]

Bakat Baru: Kim Johan Darah Malaysia-Norway ‘Setinggi’ Haaland

Malaysia berpeluang untuk mencungkil seorang lagi bakat baharu buat skuad kebangsaan apabila pemain kelahiran Malaysia-Norway, Kim Johan kini menjadi perhatian. Tatkala persiapan negara di ratau Asean berjalan rancak untuk mempersiapkan pasukan, Malaysia juga tidak terlepas dikaitkan dengan beberapa orang bakat muda di luar negara. Menerusi perkongsian oleh laman pencari bakat muda, Future Talents, pemain itu […]

Pasukan Ke-73 Dunia Lawan Terakhir Malaysia Sebelum Ke Piala Asia

Malaysia akan menutup perjalanan bagi persiapan ke Piala Asia 2023 dengan bertemu salah sebuah pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon kini dalam persiapan rapi untuk ke kejohanan berprestij tersebut selepas mengesahkan perlawanan berdepan Syria dan China bagi aksi persahabatan September ini. Perlawanan yang berlangsung di Chengdu, China itu menyaksikan Harimau Malaya […]