“Malaysia Miliki Skuad Terbaik” – Paulo Josue

Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue optimis dengan barisan pemain sedia ada untuk membawa cabaran negara ke China. Beliau ketika ditemui di Wisma FAM memberitahu bahawa persiapan pasukan kini berada pada landasan terbaik untjk berdepan lawan yang berada pada kedudukan yang lebih tinggi. Katanya, Harimau Malaya membawa barisan pemain terbaik dalam negara sambil mengetahui kekuatan yang […]
Syihan Hazmi Anggap Pengalaman Berdepan Pasukan Gergasi Untungkan Malaysia

Penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi yakin dengan kemampuan kem Harimau Malaya yang bakal berdepan tentangan pasukan Syria dan China kelak. Pemain berusia 27 tahun ini menganggap banyak kebaikan yang bakal diraih kem kebangsaan menerusi dua siri persahabatan kali ini. Beliau yakin pemain kini begitu teruja untuk menentang lawan yang berada di ranking yang lebih […]
Zainal Abidin: Pestabola Merdeka Ibarat Piala Dunia Di Asia

Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan melabel Pestabola Merdeka setaraf Piala Dunia bagi kalangan penyokong di Asia. Pengendali berusia 60 tahun itu menyatakan keterujaan apabila kembalinya Pestabola Merdeka selepas 10 tahun tidak diadakan. Mengulas lanjut, beliau sempat berkongsi detik manis ketika mula-mula mewakili Malaysia dan beraksi di Stadium Merdeka. Katanya, beliau yakin bahawa Pestabola […]
“Saya Kembali Lebih Kuat” – Faisal Halim

Pemain sayap pasukan Malaysia, Faisal Halim sedia bangkit untuk kembali membantu Harimau Malaya tampil lebih baik kali ini. Pemain berusia 25 tahun itu menjalani penggantungan selama satu bulan yang menyaksikan beliau hanya beraksi 45 minit selepas 5 perlawanan. Beliau bagaimanapun tetap optimis untuk terus membantu pasukan bimbingan Kim Pan-gon lebih cemerlang. Faisal ketika ditemui pada […]
Sergio Aguero Mahu Pastikan Kim Pan-gon Bawanya Ke Piala Asia

Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero mahu memastikan namanya tersenarai dalam skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi dalam Piala Asia 2023. Selepas membuat penampilan bersama skuad senior Malaysia dalam Piala AFF 2022, pemain naturalisasi negara itu terlepas panggilan skuad kebangsaan susulan masalah kecederaan. Kini, selepas kembali cergas dan menunjukkan prestasi bagus bersama Tok Gajah, Aguero […]
Kim Pan-gon Tak Mahu Ambil Risiko

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu menekankan teras DNA Harimau Malaya dalam pemilihan pemain ke skuad kebangsaan dan mereka yang dipanggil merupakan pemain yang telah menepati ciri-ciri tersebut. “Kami telah menilai dan menguji para pemain setahun lebih, mereka sudah tahu tentang filosofi dan DNA pasukan. Jadi terlalu banyak perubahan mampu beri risiko. Ini bukan […]
Dion Cools Teruja Lihat Pilihan Kim Pan-gon Ke China

Pemain pertahanan Buriram United, Dion Johan Cools menganggap senarai panggilan pemain kali ini sebagai satu skuad yang lengkap. Beliau ketika ditemu bual dalam sesi latihan di Wisma FAM akui rindu untuk kembali beraksi bersama Harimau Malaya. Pemain berusia 26 tahun ini yakin gabungan pemain yang dipanggil kali ini bakal mempersembahkan kualiti permainan yang baik buat […]
E. Elavarasan Minta Bersabar & Percaya Kepada Proses

Ketua jurulatih B-23 negara, E. Elavarasan berharap agar para penyokong percaya kepada proses yang sedang dilalui pasukan muda negara. Beliau ketika ditemu bual di Stadium Cheras ketika sesi latihan pasukan muda negara sedang berusaha gigih bagi mempersiapkan pasukan. Katanya, seluruh fokus kini terarah kepada persembahan skuad muda Malaysia yang bakal bersaing di Kelayakan Piala Asia […]
“Kita Kena Biasakan Diri Di Tempat Lawan” – Kim Pan-gon

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon melihat dua aksi persahabatan menentang Syria dan China di Chengdu, China pada 6 dan 9 September ini sebagai medan menyesuaikan diri di gelanggang lawan. Sejak mengambil alih skuad kebangsaan 18 bulan yang lalu, Pan-gon mendapati skuad negara bergelut setiap kali beraksi di luar Malaysia. Ini dibuktikan dengan statistik empat kekalahan […]
Kim Pan-gon Pilih Azri Ghani

Susulan kecederaan yang dialami penjaga gol Sabah FC, Damien Lim, jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon telah memanggil Azri Ghani untuk menyertai kem Harimau Malaya. Keputusan ini diumumkan di laman media sosial rasmi FAM hari ini. Azri sebelum ini sebahagian daripada 20 pemain dalam senarai bersedia sekiranya ada situasi luar jangka menimpa 26 pemain yang […]
Hong Wan Terpaksa Digugurkan Dari Skuad Kebangsaan

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nataniel Shio Hong Wan terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam dua aksi persahabatan Tier 1 bersama kem Harimau Malaya. Malaysia bakal berdepan cabaran pasukan Syria pada 6 September dan pasukan China yang dijadualkan berlangsung pada 9 September di Chengdu, China kelak. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik Persatuan Bolasepak […]
Luqman Hakim & Nooa Laine Ketuai Skuad Berbakat Malaysia Ke Kelayakan Piala Asia B-23

Senarai 25 orang pemain yang bakal mengetuai cabaran negara di Kelayakan Piala Asia B-23 di Thailand sudah pun terjawab. Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-23. Kem latihan yang bermula Rabu, 30 […]
3 Tonggak Harimau Malaya Mampu Tambat Semula Hati Kim Pan-gon

Senarai 26 pemain Harimau Malaya untuk perlawanan persahabatan September ini meraih perhatian ramai apabila terdapat 3 muka yang tidak dijangka telah berjaya menambat hati Kim Pan-gon. Antaranya ialah: Nur Shamie Iszuan (pemain sayap kanan) Pemain sayap kanan ini kembali mendapat kepercayaan Kim Pan-gon setelah kali terakhir beliau menyarung jersi Harimau Malaya sewaktu kejohanan Piala AFF […]
Pemilihan Junior Eldstal Ke Kem Kebangsaan Cetus Persoalan

Pengendali skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon telah pun mengeluarkan senarai 26 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1. Perlawanan persahabatan menentang Syria dan China itu bakal dilangsungkan pada 6 dan 9 September 2023 ini. Kedua-dua perlawanan itu akan diadakan di Chengdu, China. Antara pemain […]
Hong Wan & Faisal Halim Lengkapkan Barisan Pemain Unik Kim Pan-gon Ke China

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumumkan barisan 26 orang pemain terbaik yang bakal memperkuat cabaran Malaysia ke China September ini. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terdapat beberapa muka baharu yang kembali dipanggil semula untuk memperkuat skuad negara. Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, pengendali kelahiran Korea itu telah mengekalkan seramai 15 daripada […]
Tajikistan Gantikan Lubnan Sertai Pestabola Merdeka

Susulan tindakan Lubnan menarik diri daripada saingan Pestabola Merdeka 2023, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak pantas dengan menjemput Tajikistan sebagai pasukan keempat untuk edisi kejohanan ke-42 itu. Dan hari ini, pasukan yang diberi jolokan The Crowns mengesahkan penyertaan mereka untuk kejohanan itu. Berdasarkan ranking terbaru FIFA, Tajikistan ketika ini menduduki ranking ke-110 dunia. Dengan […]