“Bertemu Kali Kedua Dengan China Tak Mudah” – Juan Torres

Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido percaya skuad negara bakal berdepan kesukaran menentang China esok. Harimau Muda meraih kemenangan pertama ke atas ubi muda China sejak 1991 pada perlawanan yang berlangsung pada 23 Disember lalu. Bek tengah Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar muncul wira dengan menanduk gol kemenangan pada minit […]

Afiq Fazail: Saya Ikut Arahan Kim Pan-gon

Pemain tengah Harimau Malaya, Afiq Fazail hanya mahu memberikan yang terbaik dan mengikuti arahan serta perancangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon bersama Malaysia. Bintang berusia 29 tahun itu kembali menyarung jersi Harimau Malaya setelah hampir 4 tahun tidak mendapat panggilan. Beliau mengakui merasai perasaan yang amat teruja setelah kembali mendapat tempat bersama Malaysia. “Bagi saya semuanya […]

“Untung Siapa Dapat Budak Ini” – Akram Mahinan

Pemain tengah KL City FC, Akram Mahinan percaya mana-mana pasukan yang mendapat khidmat rakan sepasukannya, Azim Al Amin Kamaruddin sebagai pasukan yang bertuah. Pemain tengah berusia 30 tahun itu berpandangan sedemikian kerana yakin dengan kemampuan beliau sebagai penjaga gol yang boleh diharap. Ini selepas Azim mempamerkan prestasi cemerlang dalam perlawanan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) […]

Malaysia Terima Amaran Awal Jordan

Malaysia bakal menghadapi tentangan yang lebih hebat daripada Jordan di Piala Asia selepas pasukan itu bakal mengasah taring dengan bertemu dua pasukan Piala Dunia. Pasukan kendalian Kim Pan-gon menghadapi cabaran hebat di pentas berprestij Asia tersebut apabila diundi berdepan Korea Selatan, Bahrain dan Jordan dalam misi memburu tempat ke pusingan kalah mati kejohanan tersebut. Persediaan […]

Syihan Hazmi Jalani Latihan Intensif Sebelum Ke Piala Asia

Syihan Hazmi kini dikesan menjalani latihan intensif sebelum menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada 26 Disember ini. Penjaga gol berusia 27 tahun itu tampil komited melakukan latihan sendiri sebagai persediaan ke Piala Asia Qatar pada Januari tahun hadapan. Kejohanan besar Piala Asia sememangnya menuntut para pemain agar lebih bersedia menghadapi cabaran hebat pasukan […]

“Taktikal Dah Jadi, Pemain Perlu Lebih Tenang” – Mukhairi Ajmal

Kapten skuad Malaysia B-23, Mukhairi Ajmal percaya rakan sepasukannya semakin memahami taktikal yang ingin diterapkan oleh Juan Torres Garrido. Malaysia berjaya menewaskan China hasil jaringan tunggal pertahanan kental, Harith Haiqal pada minit terakhir perlawanan. “Alhamdulillah setakat ini saya lihat semua pemain bersemangat walaupun cuaca sejuk. Kita dapat sesuaikan diri dengan cuaca disini.” “Syukur kami jaringkan […]

Juan Torres: Masih Banyak Yang Perlu Diperbaiki

Juan Torres Garrido bermula langkah kanan apabila Malaysia B-23 menewaskan China 1-0 namun jurulatih baharu itu tidak mahu cepat berpuas hati. “Saya gembira. Secara keseluruhannya, para jurulatih tidak sepenuhnya gembira, kami sentiasa mencari aspek mana yang patut ditambahbaik.” “Tapi dengan mengambil kira tempoh yang singkat ini, para pemain memberikan persembahan yang bagus. Kami cuba perbaiki, […]

Penyokong China Bengang, Tak Mampu Kalahkan Malaysia Sekali Lagi

Sebilangan penyokong China menzahirkan perasaan malu selepas melihat pasukan mereka gagal menandingi kekuatan Malaysia sekali lagi. Aksi persahabatan antara pasukan China dan Malaysia B-23 berlangsung di Shanghai, China sebagai persediaan menuju aksi Piala Asia di Qatar pada April tahun hadapan. Perlawanan itu menjadi detik penting buat kedua-dua pasukan selepas aksi pasukan senior pada bulan September […]

Malaysia B-23 ‘Baham’ China B-23

Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) mempamerkan aksi terpuji apabila berjaya menewaskan tuan rumah, skuad China B-23 1-0 di Stadium Pusat Sukan Jinshan, Shanghai hari ini. Perlawanan persahabatan hari ini merupakan perlawanan pertama Juan Torres Garrido sebagai jurulatih Harimau Muda menggantikan E. Elavarasan. Dengan rekod 14 kali kalah dan tiga kali seri dengan China, skuad […]

Harimau Muda Tempang Tanpa Ubaidullah Shamsul

Cabaran skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia di China tempang tanpa kelibat bek tengah Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili Skuad yang dibimbing Juan Torres Garrido itu terpaksa melupakan khidmat beliau selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) Tahap 1 dalam aksi final Piala Malaysia 2023. Biarpun kecederaan tersebut tidak memerlukan Ubaidullah menjalani pembedahan, bek tengah […]

Qatar Tak ‘Layan’ Malaysia, Pilih Kemboja

Hasrat Malaysia untuk berdepan tuan rumah Piala Asia, Qatar lebur apabila pasukan tersebut memilih Kemboja dan Jordan bagi aksi persahabatan. Skuad kendalian Kim Pan-gon sebelum ini merancang untuk berdepan Arab Saudi namun ketua jurulatih lawan, Roberto Mancini membuat keputusan untuk tidak bertemu Harimau Malaya. Hal ini susulan beliau menjangkakan akan bertemu Malaysia pada pusingan 16 […]

Juan Torres Pilih 8 Pemain Selangor Berdepan China

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Juan Torres Garrido memanggil seramai 8 orang pemain dari pasukan Selangor untuk aksi persahabatan di China. Daripada senarai 24 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor mempunyai jumlah pemain yang paling ramai dipanggil iaitu seramai 8 orang diikuti pasukan Johor Darul Ta’zim (5 orang). Daripada lapan […]

Ranking FIFA: Malaysia Kukuhkan Langkah Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia

Ranking FIFA Malaysia: Kemas kini kedudukan ranking FIFA menyaksikan Malaysia kekal berada pada kedudukan ke-130 terbaik dunia menjelang sepak mula Piala Asia di Qatar tahun hadapan. Harimau Malaya mencatatkan perkembangan memberangsangkan selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Anak didik Kim Pan-gon juga mencatatkan kejayaan membanggakan […]

Skuad Muda Malaysia Buru Kemenangan Sulung Berdepan China

Menjelang aksi persahabatan pertama skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia dan China pada 23 Disember ini, skuad Harimau Muda berharap dapat meraih kemenangan sulung ke atas tuan rumah. Ini kerana mengikut rekod pertemuan membabitkan kedua-dua pasukan yang dikongsikan HarimauMYstats di X, Malaysia gagal meraih sebarang kemenangan ke atas China. Dalam 17 perlawanan sebelum ini dari […]

Luqman Hakim Beri Bayangan Tinggalkan KV Kortrijk, Pulang Ke Malaysia?

Pemain lincah Malaysia, Luqman Hakim memberi bayangan bahawa beliau akan membuat keputusan mengenai masa depannya di Eropah seawal bulan Januari. Pemain berusia 22 tahun itu kembali bersama pasukan kebangsaan bawah 23 tahun negara apabila mendapat kepercayaan oleh ketua jurulatih, Juan Torres dalam senarai panggilan ke kem latihan kebangsaan. Skuad muda negara berlepas ke Shanghai, China […]

Dua Penjaga Gol KL City Jadi Pilihan Utama Malaysia

Dua penjaga gol KL City menjadi bualan penyokong bola sepak kerana menjadi pilihan utama Malaysia untuk dua pasukan berbeza. Penjaga gol utama The City Boys, Azri Ghani terus mendapat kepercayaan Kim Pan-gon apabila menjadi sebahagian daripada tiga penjaga gol untuk skuad awal ke Piala Asia 2023. Azri bakal bersaing dengan penjaga gol utama negara, Syihan […]