Siaran Sesi Latihan Harimau Malaya: Venue, Barisan Pemain & Perkembangan Terkini

Latihan pasukan Harimau Malaya telah berlangsung pada 26 Disember 2023 (Selasa) menyaksikan barisan pemain tiba dengan penuh semangat pada hari pertama latihan. Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk memanggil seramai 26 orang pemain ke kem latihan pusat dengan kelibat penyerang naturalisasi negara, Romel Morales mencuri tumpuan. Senyuman kelihatan di wajah barisan pemain terutamanya […]

Malaysia Boleh Bawa Tambahan Pemain Ke Piala Asia?

Malaysia mendapat perkhabaran gembira ke Piala Asia 2023 selepas difahamkan badan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membenarkan tambahan pemain dibawa oleh skuad negara ke Qatar. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini berada dalam momentum terbaik selepas meraih tambahan +26.1 mata FIFA untuk melonjak 7 tangga ke kedudukan 130 dunia. Harimau Malaya juga mempamerkan persembahan cemerlang ketika […]

Juan Torres Risau Lihat Aksi Pemain Muda Malaysia

Pengendali skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido mengakui bimbang melihat aksi anak buahnya hari ini. Aksi persahabatan kedua menentang skuad B-23 China hari ini berakhir dengan kekalahan tipis 2-1 buat Harimau Muda. Kesilapan penjaga gol Rahadiazli Rahalim memberi peluang kepada tuan rumah mendahului menerusi Du Yuesheng. Walaupun Aliff Izwan Yuslan menyamakan kedudukan […]

“Taktikal Jurulatih Baru Malaysia Mudah Difahami” – Harith Haiqal

Kapten skuad bawah 23 tahun negara, Harith Haiqal menyifatkan taktikal yang digunakan oleh barisan kejurulatihan mudah untuk diadaptasi oleh pasukan ketika dua aksi persahabatan menentang China. Beliau yang ditemui selepas perlawanan berpuas hati dengan kemasukan ketua jurulatih, Juan Torres Garrido dan pembantu jurulatih, Shukor Adan yang banyak mengubah corak permainan pasukan. ”Sejujurnya saya berpuas hati […]

Kim Pan-gon Jawab Sebab Feroz Baharudin Terlepas Panggilan Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memberi sebab berkenaan ketiadaan pertahanan muda negara, Feroz Baharudin dalam senarai 26 pemain ke kem latihan kebangsaan. Skuad negara memulakan persiapan latihan kem kebangsaan hari ini (26 Disember) sebagai langkah awal sebelum terbang ke Qatar tidak lama lagi. Harimau Malaya berada dalam detik terbaik selepas memungut tambahan +26.1 mata untuk […]

Kim Pan-gon: Kami Amat Teruja Kerana Sudah Lama Tunggu Saat Ini

Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui teruja kerana dapat membawa skuad negara ke saingan Piala Asia 2023. Malaysia berjaya layak ke Piala Asia 2023 selepas muncul naib juara Kumpulan E dan mengiringi Bahrain ke pusingan akhir kejohanan itu. Ini sekaligus mengakhiri penantian negara untuk layak secara merit sejak 1980. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia […]

China Tewaskan Skuad Muda Malaysia

China bangkit membalas dendam dengan mengalahkan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) dalam aksi persahabatan kedua B-23 antarabangsa di Shanghai hari ini. Selepas tewas tipis 1-0 di tangan anak buah Juan Torres Garrido pada 23 Disember lalu, tuan rumah yang dibimbing Cheng Yaodong mahu bangkit dan membalas dendam atas apa yang berlaku. Sementara Harimau Muda pula […]

Juan Torres Garrido Terpaksa Sisihkan Luqman Hakim

Kelibat penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsuddin masih tidak kelihatan apabila beliau masih belum diturunkan jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Juan Torres Garrido dalam aksi pershabatan menentang China. Difahamkan, Luqman tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan otot dan tidak mencapai tahap kecergasan yang diinginkan. Perkara tersebut dikongsikan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk, Amin […]

Netizen Malaysia Bangga Dengan Aksi Cekap Azim Al-Amin Lawan China

Kejayaan skuad muda Malaysia mengalahkan China dalam aksi persahabatan bawah 23 tahun (B-23) antarabangsa pada 23 Disember lalu buat penyokong negara bangga. Ini kerana anak buah Juan Torres Garrido itu bukan saja berjaya meleburkan rekod tanpa kalah China ke atas Harimau Muda yang bertahan sejak 1991. Malah, mereka juga kagum dengan persembahan yang ditampilkan penjaga […]

Mereka Mula Takutkan Malaysia?

Keputusan beberapa buah negara menolak pelawaan Malaysia untuk mengadakan aksi persahabatan seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka mula takut untuk bertemu skuad negara. Kemajuan mendadak yang dipamerkan oleh anak buah Kim Pan-gon bermula sejak September lalu selepas berjaya mengikat China dan Syria yang berada dalam kelompok pasukan 100 terbaik dunia. Aksi di Pestabola Merdeka 2023 telah […]

“Malaysia Tidak Boleh Terbuai Dengan Kemenangan Pertama” – Juan Garrido

Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido mahu anak buahnya tidak dibuai dengan memori kemenangan pertama bila bertemu China hari ini. Perlawanan persahabatan pertama kedua-dua pasukan yang diadakan di Shanghai itu menyaksikan Malaysia meraih kemenangan 1-0 menerusi gol minit akhir Harith Haiqal Adam Afkar. Gol tersebut meleburkan rekod tanpa kalah China ke […]

Faisal Halim Sedar Saingan Bersama Malaysia Makin Susah

Pemain sayap lincah Malaysia, Faisal Halim percaya persaingan di dalam kem kebangsaan menjelang Piala Asia 2023 bulan hadapan semakin sengit. Persaingan sengit itu ditambah dengan kehadiran pemain naturalisasi baharu negara, Romel Morales yang merupakan pemain tengah menyerang Kuala Lumpur City FC (KL City). “Dalam senarai ada 26 pemain dan sudah tentu semuanya berkualiti dan ada […]

Malaysia & Thailand Terima Nasib Berbeza Lawan Pasukan Ke-91 Dunia

Malaysia dan Thailand menerima nasib berbeza ketika berdepan pasukan ke-91 dunia, Syria bagi aksi persahabatan tahun 2023. Skusd bimbingan Kim Pan-gon berada dalam momentum cemerlang susulan dua kemenangan terakhir di pentas Kelayakan Piala Dunia 2023 menewaskan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Harimau Malaya juga memperoleh tambahan +26.1 mata sekaligus membantu pasukan kebangsaan melonjak 7 tangga […]

Romel Morales Tawarkan Kualiti Penyudah Buat Harimau Malaya

Pemain naturalisasi terbaru Malaysia, Romel Morales semakin hampir membuat penampilan pertama bersama pasukan Harimau Malaya. Romel antara 26 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya sebagai persediaan terakhir untuk kejohanan Piala Asia bulan hadapan. Penyerang KL City ini menjadi tunjang utama pasukan dibahagian serangan apabila menjaringkan 8 gol dan mencatat 2 bantuan jaringan […]

Hong Wan & Syafiq Ahmad Kekal Bermakna Buat Kim Pan-gon

Duo pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan dan juga Syafiq Ahmad kekal bermakna dalam perancangan Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini sudah pun mengumumkan senarai 25 orang pemain Harimau Malaya yang bakal dibawanya ke kem latihan pusat sebagai persediaan awal ke Piala Asia. Skuad yang menjadi bayangan bagi membawa cabaran […]

FIFA Luluskan Hampir RM40 Juta Buat Bola Sepak Malaysia

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah pun meluluskan kira-kira hampir RM40 Juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai menerusi Program Pembangunan FIFA Foward antara tahun 2016-2022. Menerusi satu laporan oleh FIFA Foward Global, badan induk tersebut telah meluluskan kira-kira 78.6 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu sekitar 9.9 Juta USD (RM45 Juta) kepada Malaysia. “FAM […]