India Mahu Kembali Ke Malaysia Dengan Misi Berbeza

Selepas menyertai Pestabola Merdeka dan tewas di tangan Malaysia, India mahu kembali ke Malaysia sekali lagi namun dengan misi yang berbeza. Difahamkan India akan menghantar skuad bawah 23 tahun mereka ke Malaysia untuk menguji skuad bawah 23 tahun Malaysia yang akan beraksi di Piala Asia Bawah 23 (B23) April depan. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh […]

Anwar Ibrahim Puji Faisal Halim

Kejayaan Faisal Halim di pentas Asia telah mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi satu ciapan di akaun X rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berasa kagum dan memuji pemain sayap negara, Faisal Halim di atas kejayaan meraih Anugerah Gol Terbaik di kejohanan Piala Asia Qatar yang lalu. “Steady @faisalhalim_7 ! Terbaik […]

Qatar & China ‘Tunggu’ Malaysia

Perkhabaran terbaru mengenai perjalanan skuad bawah 23 tahun negara apabila dua negara iaitu Qatar dan China bakal menjadi lawan terbaru negara. Skuad bimbingan Juan Torres Garrido telah mengharungi aksi persahabatan di China tempoh hari yang menyaksikan pasukan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan. Keputusan ini dilihat positif selepas skuad muda negara berdepan lawan yang berada […]

Hamidin: Mereka Bukan Orang Malaysia, Banyak Yang Palsu

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato Hamidin Mohd Amin tampil memberi penjelasan tentang beberapa pemain bola sepak yang disebut-sebut memiliki darah dan berketurunan Malaysia. Ketika ditemui di Hotel Armada, Petaling Jaya pada semalam, Hamidin menegaskan bahawa terdapat beberapa akaun media sosial Instagram bola sepak yang menerbitkan hantaran mengatakan bahawa ada pemain bola sepak yang […]

Gol Tercalon Ke Puskas? Faisal Halim Tak Fikir, Kekal Rendah Diri

Pemain sayap negara, Faisal Halim tidak mahu memikirkan mengenai pencalonan golnya ke Puskas FIFA selepas memenangi gol terbaik di Piala Asia 2023. Pemain berusia 25 tahun itu menjadi watak penting buat Harimau Malaya ketika mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Menerusi pengumuman oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), jaringan pemain yang mesra […]

Kim Pan-gon Ada Sebab Belum Umum Pemain Pilihan Lawan Oman

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memiliki sebab yang kukuh masih belum mengumumkan senarai pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengharungi tempoh yang cukup baik apabila memimpin Malaysia ke Piala Asia 2023 dan berjaya meraih satu mata. Keputusan seri berdepan Korea Selatan itu diserikan lagi apabila gol […]

Fergus Tierney Berterima Kasih Kepada E. Elavarasan

Penyerang muda negara, Fergus Tierney berterima kasih kepada E. Elavarasan kerana telah membuka pintu untuk dirinya menyarung jersi pasukan kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun. Fergus Tierney melakukan debut untuk pasukan junior Malaysia sewaktu berdepan Kemboja yang menyaksikan beliau menjaringkan dua gol dalam debut pertamanya. Beliau menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh E. Elavarasan kepadanya untuk […]

Juan Torres Panggil Arif Aiman?

Hasrat untuk melihat pemain sayap negara, Arif Aiman Hanapi untuk dipanggil oleh ketua jurulatih, Juan Torres masih tergantung. Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin berkenaan perancangan skuad b-23 negara untuk ke Qatar. Anak didik Juan Torres difahamkan akan terbang ke luar negara sekitar Mac atau awal April […]

Rasmi: Gol Faisal Halim Dinobat Jaringan Terbaik Piala Asia 2023

Pemain sayap negara, Faisal Halim sah menggondol anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023. Ini selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi mengumumkan pemenang Gol Terbaik Piala Asia 2023 selepas mengira undian yang diterima daripada peminat bola sepak Asia. Gol yang dijaringkan Faisal membantu Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E. Berdasarkan […]

Hamidin Sebut Dua Venue Alternatif Aksi Malaysia & Oman Jika SNBJ Tak Sempat Siap

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato Hamidin Mohd Amin menyebutkan dua venue alternatif sekiranya padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak dapat digunakan pada menjelang bulan Mac. Beliau yang ditemui dalam sesi sidang media memberitahu bahawa pihaknya sudah memikirkan venue alternatif sekiranya padang SNBJ tidak bersedia. Ketika ini, padang SNBJ digunakan bagi konsert […]

Faisal Halim & Malaysia Dijulang Tinggi Di Asia

FA Malaysia

Pemain sayap pasukan negara, Faisal Halim berjaya memberikan senyuman kepada Malaysia apabila jaringannya dinobatkan sebagai gol terbaik di Piala Asia AFC 2023. Harimau Malaya mengharungi kempen yang cukup baik apabila berjaya meraih satu mata hasil keputusan seri berdepan Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Beliau memainkan peranan yang cukup hebat apabila meledak satu gol cantik yang […]

Kim Pan-gon Penentu Nasib Wan Kuzain

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon bakal menjadi penentu kepada perjalanan pemain muda negara, Wan Kuzain Wan Kamal. Pemain berusia 25 tahun itu kini beraksi di Amerika Syarikat bersama St Louis City SC 2 dan berjaya menjaringkan beberapa gol. Impian sekian lama untuk melihat pemain kelahiran Amerika-Malaysia itu menyarung jersi pasukan kebangsaan bakal ditentukan oleh jurulatih […]

Pemain Malaysia Kongsi Perbezaan Falsafah Elavarasan & Juan Torres

Pemain Malaysia berkongsikan perbeza falsafah yang diterapkan oleh bekas pengendali b-23 negara, E. Elavarasan dan juga Juan Torres Garrido. Menerusi satu perkongsian kepada rancangan Bola Itu Life, penyerang muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fergus Tierney berkongsikan perbezaan antara dua jurulatih yang pernah mengemudi negara. Menurut beliau, E. Elavarasan merupakan jurulatih yang amat baik dengan […]

Penyokong Mula Risau Lihat Keadaan Padang SNBJ

Berbaki sebulan sebelum pertemuan Malaysia menentang Oman untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mula cetus kerisauan penyokong. SNBJ bakal menjadi pentas untuk konsert artis terkenal antarabangsa, Ed Sheeran yang dijadualkan berlangsung pada malam ini (24 Februari). Baru-baru ini telah tular foto yang memaparkan pembinaan […]

“Seri Dengan Korea Selatan, Gol Romel Morales Itu Penyudah KL City” – Khalid Samad

fa malaysia-paulo-romel

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad mengingatkan bahawa kudrat dua tonggak KL City, Romel Morales dan Paulo Josue telah membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia. Beliau menjelaskan perkara ini dalam satu sesi sidang media berkenaan perkembangan pasukan The City Boys bagi musim 2024/25. Mengulas lanjut, Khalid memberitahu bahawa tunggakan gaji KL City […]

Jepun & India Bakal Jadi Lawan Skuad Muda Malaysia

Skuad bawah 23 tahun Malaysia bakal menghadapi ujian sebenar sebagai persiapan menghadapi Piala Asia bawah 23 tahun April nanti. Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin yang berkata persiapan skuad bawah 23 tahun sedang diatur pada bulan Mac ini di Kuala Lumpur ketika skuad senior […]