JDT Sedia Lepaskan Pemain Lebih Awal Ke Kem Latihan Harimau Malaya

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melepaskan para pemainnya ke kem kebangsaan lebih awal. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Alistair Edwards di media sosial rasmi pasukan bahawa JDT bakal mengikuti dengan melepaskan para pemain ke kem kebangsaan tujuh hari sebelum hari perlawanan. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan mengikuti praktis global berhubung panggilan […]

Haqimi Azim Berkorban Segalanya Demi Kim Pan-gon

Penyerang muda negara, Haqimi Azim melakukan pengorbanan besar buat dirinya sebelum ke kem latihan pusat Harimau Malaya.  Meskipun pasukan KL City masih belum memulakan latihan, pemain berusia 20 tahun itu komited membuat persiapan sendiri untuk mengekalkan kecergasannya.  Beliau antara penyerang muda yang menjadi pilihan Kim Pan-gon kemudi barisan hadapan Harimau Malaya. Kem latihan pusat Harimau […]

Malaysia Bakal Peroleh Seorang Pertahanan Naturalisasi?

Skuad Malaysia yang dibimbing Kim Pan-gon berpotensi mendapat seorang pemain pertahanan berstatus naturalisasi. Ini selepas Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew mendedahkan pasukan itu kini menggerakkan proses naturalisasi untuk kapten dan bek tengah Brazil, Rafael Vitor. Proses pengumpulan dokumen rasmi sedang dijalankan dan Penang berharap dapat mendaftarkan Vitor sebagai pemain tempatan pada tahun depan. “(Rafael […]

Peluang Kedua Suhaimi Husin Bersama Harimau Malaya

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin kembali mendapat tempat bersama skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon. Ini merupakan kali kedua penjaga gawang berusia 29 tahun ini menerima panggilan ke skuad kebangsaan selepas kali pertama ketika kejohanan Pesta Bola Merdeka pada September yang lalu. Selepas itu, namanya tidak tersenarai oleh barisan kejurulatihan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia […]

8 Pemain Selangor Tambat Hati Kim Pan-gon

8 pemain Selangor berjaya menambat hati pengendali negara, Kim Pan-gon untuk bertemu Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu membuat percaturan baharu selepas menggugurkan 5 pemain senior bagi aksi berdepan Oman. Berdasarkan pengumuman 33 pemain oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Pan-gon membuat percaturan baharu dengan membawa gabungan pemain senior […]

Sikh Izhan Sedia Ambil Ilmu Dua Penjaga Gol Senior

Penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman sedia menuntut ilmu bersama dua penjaga gol senior, Ahmad Syihan Hazmi dan Muhammad Azri Ab Ghani. Penjaga gol berusia 21 tahun itu sekali lagi diberi tanggungjawab yang besar oleh jurulatih negara, Kim Pan-gon bagi menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan berlangsung pada 8 Mac ini. […]

Adam Adli: FAM Hentikan Sementara Program Naturalisasi

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim memaklumkan program pemain naturalisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk skuad kebangsaan telah dihentikan buat sementara waktu. Perkara ini dinyatakan beliau dalam Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab persoalan yang diutarakan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) berkenaan isu pemain naturalisasi negara. Meskipun program ini dihentikan di […]

Gol Faisal Halim Ke Puskas? Bapa Minta Doa Rakyat Malaysia

Jaringan cantik pemain sayap negara, Faisal Halim di Piala Asia 2023 telah membuka mata ramai pihak namun bapanya, Encik Halim meminta doa rakyat Malaysia sekiranya tercalon ke Puskas. Pemain berusia 26 tahun itu berjaya membantu Harimau Malaya untuk meraih satu mata berdepan Taeguk Warriors di Qatar. Menerusi satu temu bual bersama bapa Faisal Halim di […]

Pemain JDT & Selangor Terhalang Bantu Malaysia Di Piala AFF 2024?

Pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor berisiko terhalang untuk membantu negara menghadapi Piala AFF 2024 atau dikenali sebagai Asean Mitshubishi Electric Cup 2024. Perkembangan ini sekaligus menyaksikan barisan pemain lain bakal dipertaruhkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi menghadapi pasukan rantau Asia Tenggara. Menerusi satu makluman oleh Asean Football, Asean Mitshubishi Electric Cup […]

“Harimau Malaya Tetap Perlu Bersedia Awal” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yakin pasukannya tetap perlu melakukan persiapan awal menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menghadapi kekangan untuk memanggil pemain bagi aksi kali ini selepas liga masih belum bermula. Beberapa pemain juga masih belum menjalani latihan bersama pasukan masing-masing sekaligus menyukarkan pengendali itu untuk membuat pilihan. […]

Kim Pan-gon Gugur 5 Pemain Senior Hadapi Oman

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk menggugurkan 5 pemain senior bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Harimau Malaya melalui kempen yang amat cemerlang apabila meraih satu mata berharga di pentas Piala Asia AFC 2023 bertemu Korea Selatan. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini berdepan satu lagi tugas sukar apabila perlu membawa skuad […]

Brendan Gan Masih Bergelar Ejen Bebas

Perancang tengah negara, Brendan Gan kini masih berstatus ejen bebas. Pemain berusia 36 tahun itu merupakan watak penting buat Harimau Malaya apabila beraksi di pentas Piala Asia AFC 2023. Aksinya mencuri tumpuan apabila beraksi cemerlang ketika membantu Malaysia untuk mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Menerusi satu pengumuman oleh Selangor FC, kapten The Red Giants […]

Komen Kim Pan-gon Tentang Pilihan Pemain Lawan Oman

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengulas berkenaan senarai 33 orang pemain yang dipanggil menjalani sesi latihan bersama kem kebangsaan. Dalam siaran media yang diterbitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, jurulatih berusia 54 tahun itu yakin persediaan awal buat skuad Harimau Malaya amat penting bagi menghadapi dua siri perlawanan bertemu Oman kelak. “Kita faham […]

12 Watak Baharu Serikan Barisan Ampuh Kim Pan-gon Bertemu Oman

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai 33 pemain yang dipilih ketua jurulatih Kim Pan-gon ke kem latihan skuad Harimau Malaya. Kem latihan pusat kali ini akan bermula pada Jumaat, 8 Mac 2024. Ini sebagai persediaan skuad kendalian Kim Pan-gon bagi menghadapi perlawanan ketiga dan keempat Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia […]

Kim Pan-gon ‘Tabik’ Faisal Halim

Pemain sayap Harimau Malaya, Muhammad Faisal Halim terima pujian daripada pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon. Sebaik sahaja secara rasmi diumum sebagai pemenang bagi anugerah gol terbaik Piala Asia bagi edisi kali ini, kejayaan Faisal itu telah mendapat perhatian daripada Kim Pan-gon. Pengendali asal Korea itu menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dikecali anak buahnya itu. Menerusi […]

Keadaan Padang SSMZA Buktikan Pilihan Kim Pan-gon Tepat

Keadaan padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, Terengganu membuktikan pilihan yang dibuat jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon sebelum ini tepat. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan SSMZA dan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) berpotensi sebagai stadium alternatif untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026. Kenyataan tersebut dibuat […]