Tan Cheng Hoe Pantau Situasi Penyerang Negara

Pengendali pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengingatkan para pemain tempatan untuk kekal bersedia dan bersaing dengan para pemain import untuk memperoleh minit permainan di kelab. Bukan itu sahaja, beliau ingin melihat para pemain negara berusaha sehabis mungkin untuk menjaringkan gol meskipun rata-rata penyerang yang digunakan oleh pasukan adalah pemain asing. Tambah pengendali berusia 53 tahun […]

Ong Kim Swee Letak Jawatan, Kini Jurulatih Baharu Sabah FC

Menurut penjelasan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee kini secara rasminya melepaskan jawatannya setelah beliau dilaporkan bersetuju untuk menjadi jurulatih baharu Sabah FC. Pihak pengurusan FAM telah memaklumkan penerimaan surat peletakan jawatan daripada beliau menerusi Setiausaha Agung FAM. Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat untuk membenakan beliau menerima jawatan baharunya […]

Posisi Pertahanan Kanan Harimau Malaya Jadi Rebutan

Ketika saingan Liga Super musim ini sudah hampir menutup tirainya, persembahan para pemain telah boleh dirumuskan secara keseluruhannya dalam membantu pasukan masing-masing menghabiskan kempen dengan cemerlang. Oleh yang demikian, terdapat beberapa pemain yang beraksi di posisi pertahanan kanan menunjukkan persembahan yang konsisten untuk membuka peluang buat mereka ke dalam skuad negara. Sebelum ini, sejak jurulatih […]

Bagaimana Tan Cheng Hoe Boleh Contohi 3 Tindakan Roberto Mancini Dalam Membentuk Skuad Juara

Kisah kebangkitan pasukan kebangsaan Itali untuk bergelar juara EURO 2020 walaupun pernah terlepas peluang melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 telah menjadi sebutan ramai. Reformasi yang dilakukan oleh Roberto Mancini bukan sekadar mengubah taktikal dalam membentuk skuad Itali yang baru, tetapi pelbagai cara telah digunakan dalam menghasilkan skuad Itali generasi baru yang berkualiti. Jurulatih skuad […]

Dion Cools Ingin Berbakti di Malaysia Dengan Akademi Bola Sepak Sendiri

Pemain pasukan kebangsaan, Dion Johan Cools baru-baru ini ada menyatakan impiannya untuk menubuhkan akademi bola sepaknya di Malaysia bagi mengembangkan potensi anak muda di negara ini. Menurut perkongsian di laman Instagram rasminya, beliau kelihatan amat menyayangi Malaysia sungguhpun baru sahaja membuat penampilan bersama Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Emeriah Arab […]

Dion Cools Tak Sabar Beraksi Depan Penyokong Malaysia

Pemain pertahanan FC Midtjylland, Dion Johan Cools meluahkan perasaan bercampur-baur yang dirasainya ketika ini setelah peluang untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan akhirnya menjadi kenyataan. Pemain berusia 25 tahun itu telah melengkapkan kehadiran beliau sebagai pemain Harimau Malaya ketika membantu pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 di Emeriah Arab Bersatu (UAE) […]

Hafizal Hamad: Beri Mereka Peluang Sarung Jersi Harimau Malaya

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wartawan dan pengacara terkenal, Hafizal Hamad, beliau menegaskan bahawa tiga pemain yang mengetuai jentera tengah pasukan Penang FC ini sememangnya konsisten untuk memperagakan aksi terbaik pada musim ini. Beliau juga turut menyatakan bahawa gandingan antara Endrick Dos Santos, David Rowley dan juga Khairu Azrin menjadi tunjang kepada kemenjadian taktikal […]

Brad Maloney: Pemain Akan Diberi Peluang Buktikan Kemampuan

Jurulatih pasukan bawah 20 tahun negara, Brad Maloney optimis untuk memberi pelaung kepada muka-muka baharu yang dipanggil untuk menyertai latihan pusat ketika ini. Jurulatih yang berasal dari Australia ini menegaskan, beberapa pemain sedia ada telah dipantau sejak 12-18 bulan yang lalu, kini telah diberi peluang untuk membuktikan kemampuan masing-masing sepanjang tempoh 7-8 hari latihan. “Kita […]

Eva Olivianie: Kalau Dari Awal Tiada Keyakinan, Keputusannya Pun Tidak Bagus

Pemain Skuad Kebangsaan Wanita Malaysia, Eva Olivianie Antinus menuntut rakan sepasukannya untuk bermain dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh. Pemain pertahanan berumur 20 tahun itu merupakan anak kelahiran Tambunan Sabah. Beliau merupakan antara tonggak utama dalam pasukan Harimau Malaya Wanita. Dalam satu temubual oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain senior pasukan kebangsaan, Steffi Sarge Kaur […]

Pemain Kacukan Malaysia, Kobe Jae Chong Bakal Beraksi Di EFL Championship

Pemain muda yang mempunyai darah campuran Malaysia-Jamaica, Kobe Jae Chong sah menyertai kelab Peterborough United yang beraksi di EFL Championship iaitu liga divisyen kedua England. Kobe bermain di posisi pemain tengah dan baru berusia 20 tahun. Kobe yang sebelum ini menjalani trial bersama Peterborough berjaya menambat hati pengurusan kelab dan telah ditawarkan kontrak profesional. Peterborough […]

Kegigihan Harimau Malaya Wanita Berlatih Terima Pujian Penyokong

Pasukan bola sepak wanita kebangsaan mencuri tumpuan peminat tanah air apabila telah pun menjalani latihan bagi persiapan skuad negara bermula sejak hari Sabtu yang lalu. Kem latihan pusat itu dijalankan secara kuarantin bagi memastikan para pemain yang dipanggil dapat membuat persiapan yang secukupnya di samping mengelakkan penularan wabak COVID-19 berlaku dalam kem tersebut. Menurut kenyataan […]

5 Prospek Naturalisasi Berisiko Tidak Dinaturalisasikan

Berdasarkan berita mengenai program naturalisasi yang dijalankan oleh FAM akan dinilai semula, perkara ini dilihat bakal memberi kesan kepada beberapa nama yang berpotensi untuk disenarai pendek bagi proses naturalisasi dijalankan. Hal ini disebabkan, pastinya terdapat beberapa perkara yang perlu dinilai dan dibincangkan semula hasil daripada persembahan yang kurang memberangsangkan ketika pasukan negara menjalani kempen Kelayakan […]

Khalid Jamlus: Penyerang Negara Perlukan Lebih Minit Permainan Liga

Bekas penyerang lagenda pasukan kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus menegaskan dalam satu sesi soal jawab di Facebook MakanBola mengenai situasi yang membelenggu barisan penyerang negara. Bekas pemenang kasut emas itu berkata, pemain penyerang yang dipilih oleh jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe perlulah merebut lebih banyak minit permainan bersama kelab masing-masing untuk menampilkan aksi terbaik bersama […]

Program Naturalisasi FAM Akan Dinilai Semula

Program naturalisasi pemain import dalam Liga Super oleh badan induk yang dipertanggungjawabkan iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan dinilai semula. Menurut seorang jurnalis iaitu T. Avineshwaran, program ini akan dinilai semula keperluannya untuk memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Sungguhpun begitu, jika program ini diteruskan, ia bertujuan untuk membantu mempersiapkan skuad kebangsaan bagi menghadapi kelayakan […]

Jentera Serangan Malaysia Dipenuhi Prospek Muda Berkualiti Walaupun Tanpa Pemain Naturalisasi

Skuad kebangsaan Malaysia menggunakan barisan serangan 3 serangkai sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia Jun yang lalu dimana skuad Malaysia dimantapkan lagi dengan kehadiran 2 pemain naturalisasi baharu iaitu De Paula dan Liridon Krashniqi. Namun Malaysia sebenarnya sudah mempunyai beberapa prospek muda yang mampu mengemudi jentera serangan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Artikel ini lebih […]

Trio ‘Masa Depan’ Harimau Malaya Catat Kemajuan Mendadak

Sungguhpun hasrat skuad kebangsaan untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan tidak kesampaian disebabkan tidak mendapat kelulusan oleh pihak berkuasa, namun perkembangan mengenai tiga pemain tengah yang berpotensi untuk mengetuai jentera tengah pasukan dilihat cukup memberangsangkan. Jeneral tengah pasukan negara, Brendan Gan cukup sinonim dengan penampilannya bersama Harimau Malaya beraksi dengan cemerlang pada musim ini. Sungguhpun […]