Duo ‘Arif’ Bukti Malaysia Tidak Ketandusan Bakat di Posisi Pertahanan Kiri

Keputusan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk memanggil dua muka baharu untuk mengetuai bahagian pertahanan kiri pasukan negara dilihat sebagai satu tindakan yang cukup berani dan sekaligus membuktikan bahawa Malaysia masih mempunyai bakat di posisi tersebut. Sebelum ini, Harimau Malaya sering mempertaruhkan khidmat pemain kacukan, La’vere Corbin-Ong yang dilihat memperagakan aksi yang cukup konsisten […]
Malaysia Terpaksa Lupakan Khidmat Dion Cools dan Syahmi Safari

Dua pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools dan Syahmi Safari terpaksa digugurkan daripada senarai 24 orang pemain yang bakal dibawa untuk perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan Oktober ini. Ini susulan kecederaan yang menimpa dua pemain ini menyebabkan mereka terpaksa disisihkan kerana difahamkan tidak sempat pulih sebelum pasukan negara berangkat ke Amman, Jordan pada 3 […]
Irfan Zakaria Buktikan Sedia Galas Tugas Pertahanan Tengah Harimau Malaya

Pemain pertahanan tengah Kuala Lumpur, Muhd Irfan Zakaria mempamerkan aksi yang cukup konsisten pada musim ini sekaligus berjaya membantu pasukan KL City FC mengharungi musim yang amat baik sehingga kini. Pertahanan berusia 26 tahun itu mempamerkan persembahan yang sangat memberangsangkan dengan membentuk gandingan yang cukup ampuh bersama pertahanan import pasukan, Giancarlo Gallifuoco yang menyaksikan pasukan […]
Tan Cheng Hoe Mula Congak Strategi Pertaruhkan Pertahanan Muda

Senarai pemain yang bakal dibawa oleh pasukan negara telah pun diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam yang menyaksikan beberapa muka baharu yang mendapat kepercayaan jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe. Sungguhpun begitu, posisi yang menjadi perhatian para penyokong bola sepak tanah air ialah barisan pertahanan yang memperlihatkan pemain-pemain baharu yang diketengahkan pada pemilihan kali […]
Ya Betul, Mereka Memang Tak Reti Penat

Perlawanan Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 yang melibatkan pertembungan antara pasukan wanita negara menentang Palestin berkesudahan penuh dramatik dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia dengan jaringan 2-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Faisal Al-husseini itu benar-benar menjadi titik kebangkitan pasukan Jacop Joseph bermula dari saat pertama perlawanan. Kekalahan kepada pasukan Thailand nyata membangkitkan semangat para pemain […]
Ketiadaan Arif Aiman Dalam Skuad Harimau Malaya Jadi Tanda Tanya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 24 orang pemain yang menjadi taruhan terbaik negara bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan pada 6 dan 9 Oktober ini. Sungguhpun begitu, kelibat pemain sayap utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi yang tidak mendapat panggilan bagi perlawanan kali ini mengundang tanda tanya para penyokong. […]
Luqman Hakim Dan Dion Cools Bawa Cabaran Negara ke Jordan

Pasukan Harimau Malaya dijangka bakal menghantar barisan terbaiknya untuk menghadapi cabaran oleh pasukan Jordan. Menurut laporan yang disampaikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, terdapat beberapa muka baharu yang bakal dipanggil bagi mengetuai cabaran negara. Sebelum ini, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah mengesahkan bahawa barisan kejurulatihan negara telah membuat pemantauan mengenai prestasi […]
Aksi Tak Reti Penat Skuad Wanita Malaysia Musnahkan Impian Palestin Raih 3 Mata

MakanBola.com, Petaling Jaya, 22 Sept – Pasukan bola sepak wanita negara berjaya memberikan saingan yang cukup sengit kepada tuan rumah, Palestin dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2022 yang berlangsung di Stadium Faisal Al-Husseini sebentar tadi. Perlawanan yang berlangsung dengan cukup sengit apabila kedua-dua pasukan saling mengatur gerak untuk mencari gol awal. Namun begitu, Malaysia kelihatan […]
Fandi Ahmad Akui Malaysia Beruntung Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman

Bekas penyerang berbisa pasukan Singapura, Fandi Ahmad memberitahu bahawa Malaysia amat beruntung kerana memiliki beberapa bintang muda yang amat berbakat di rantau Asia Tenggara ketika ini. Beliau ketika dalam satu temubual ketika siaran langsung undian Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Singapura pada petang tadi menjelaskan bahawa Malaysia sememangnya memiliki beberapa pemain yang amat berpotensi […]
Malaysia Diundi Bersama Musuh Tradisi, Indonesia Dalam Kumpulan B

Undian Piala AFF Suzuki 2020 telah berlangsung sebentar tadi sekaligus bakal menyaksikan pasukan Harimau Malaya bersaing bersama beberapa lagi negara dalam usaha merangkul kejohanan berprestij itu kembali ke tanah air tercinta. Kali terakhir Malaysia berjaya memasuki pentas akhir adalah pada Edisi 2018 ketika perjalanan penuh dramatik pasukan negara dihentikan oleh pasukan Vietnam dengan agregat 3-2. […]
Bintang AS Roma Perkuat Cabaran Uzbekistan Berdepan Malaysia

MakanBola.com, Petaling Jaya, 20 Sept – Seorang pemain bintang pasukan kebangsaan Uzbekistan dijangka menjadi tunjang utama pasukan ketika berhadapan dengan pasukan negara dalam siri perlawanan persahabatan yang dijadualkan bakal berlangsung bulan Oktober ini. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan dua pasukan yang menjadi piihan untuk dijadikan medan ujian terbaik ialah pasukan Jordan dan Uzbekistan. Kedua-dua pasukan […]
Skuad Wanita Malaysia Kekang ‘Amukan’ Thailand

Perlawanan kelayakan Piala Asia Wanita yang berlangsung di Stadium Faisal Al-Husseini, Tebing Barat, Palestin sebentar tadi, skuad wanita Malaysia berjaya mengekang amukan Thailand selepas perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Thailand dengan keputusan 4-0. Pasukan Thailand yang mempunyai rekod yang baik dalam peringkat kelayakan ini tidak mampu menyerap kekuatan aksi pasukan negara sungguhpun bermula […]
Sumandak Perkuat Cabaran Harimau Malaya Wanita Di Palestin

Pasukan bola sepak wanita kebangsaan mendapat tonik terbaik apabila pemain yang diberi peluang untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan kali ini terdiri daripada beberapa pemain muda kelahiran negeri di bawah bayu iaitu Sabah. Daripada senarai 23 pemain yang dibawa oleh jurulatih, Jacob Joseph, terdapat beberapa pemain yang diberi kepercayaan untuk membarisi skuad berdasarkan penialaian penuh yang […]
Owen Teo Utamakan Malaysia Sungguhpun Peluangnya Belum Tiba

Bekas pemain muda pasukan Penang FC, Owen Teo sudah pun menjelaskan bahawa keutamaan beliau adalah untuk menyarung jersi Harimau Malaya setelah baru-baru ini beliau telah dikaitkan untuk beraksi buat pasukan kebangsaan China. Pemain muda ini turut memberitahu bahawa telah berlakunya proses risikan daripada negara tembok besar memang berlaku namun mengakui ia hanya sekadar untuk mengetahui […]
Tan Cheng Hoe Jelaskan Ada Muka Baharu Bakal Diberi Peluang

MakanBola.com, Petaling Jaya, 16 Sept – Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah mengesahkan bahawa ada beberapa muka baharu yang bakal dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat yang dijangka berlangsung pada 4-12 Oktober ini. Seperti yang telah dimaklumkan, skuad negara akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan sungguhpun pada awalnya, perlawana tersebut dijadualkan berlangsung pada […]
Undian Piala AFF Suzuki 2020 Dijadualkan Penghujung September

MakanBola.com, Petaling Jaya, 12 Sept – Penantian para penyokong untuk melihat aksi Harimau Malaya kembali bersinar apabila undian Piala AFF Suzuki dijadualkan bakal berlangsung hujung September ini. Kejohanan berprestji ini sepatutnya berlangsung pada penghujung tahun lepas. Namun begitu, wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia terutamanya negara asia tenggara menyebabkan harapan para penyokong terpaksa ditangguhkan. Oleh […]