Ranking FIFA Malaysia Naik 7 Anak Tangga, Kini 147

Ranking skuad kebangsaan Malaysia kini berada di kedudukan ke-147 dunia, kedudukan terbaik sejak 8 tahun yang lalu. Malaysia memperoleh penambahan 22.48 mata untuk tempoh 1 April hingga 22 Julai 2022 sekaligus mengumpul 1057.54 mata berbanding kemas kini terdahulu, 1035 mata. Kemenangan terhadap Brunei, Hong Kong, Turkmenistan dan Bangladesh membantu pasukan negara meraih 22.48 mata sekaligus […]

Jaami Qureshi Akui Tiada Perancangan Beraksi Di Liga Malaysia

Pemain warisan Harimau Malaya, Jaami Qureshi secara terbuka menyatakan bahawa beliau kini tidak mempunyai perancangan untuk pulang beraksi di Liga Malaysia. Beliau merupakan antara salah seorang prospek muda yang sedang meningkat naik di Eropah bersama Brighton FC bawah 18 tahun. Nama pemain ini menjadi bualan hangat susulan beliau dijemput untuk menghadiri wisma FAM sekaligus menguatkan […]

Jurulatih Ini Mahu Anak Muda Jadikan Syafiq Ahmad Dan Darren Lok Sebagai Contoh

Malaysia sudah pun layak ke Piala Asia 2023 yang sekali gus menamatkan penantian selama 42 tahun untuk ke kejohanan berprestij Asia itu secara merit. Disebalik kejayaan Malaysia itu, pujian harus diberikan kepada para pemain dan jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon yang membawa kelainan dalam corak permainan sepanjang aksi kelayakan yang tamat tempoh hari. Kesungguhan dua penyerang […]

Khalid Ali Teruja Dengan Taktikal Kim Pan-gon Dan Aksi Harimau Malaya

Walaupun beliau kerap memberikan kritikan kepada pasukan bola sepak negara namun bekas pemain kebangsaan. Khalid Ali akui bahawa corak permainan yang dimainkan skuad negara dibawah kendalian Kim Pan-gon sudah banyak berubah. Khalid yang turut turun ke stadium untuk menyaksikan aksi Harimau Malaya tempoh hari mengakui dapat merasakan aura dari setiap pemain dan berharap agar tiada […]

Kerajaan Kaji Sumbangan Khas Buat Harimau Malaya

Kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang mengkaji untuk memberikan dana sumbangan khas kepada skuad kebangsaan kerana berjaya membawa Malaysia mara ke Piala Asia 2023. “Insya-Allah saya akan bincangkan perkara tersebut dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja) serta akan turut berbincang bersama FAM (Persatuan Bolasepak […]

Rakyat Malaysia Serang Kim Pan-gon

Kecemerlangan aksi pasukan negara di bawah kendalian jurulatih baharu Kim Pan-gon mendapat reaksi pelbagai oleh seluruh warganegara Malaysia baru-baru ini. Malah, laman sosial rasmi Instagram jurulatih kelahiran Korea Selatan ini diserang oleh ribuan komen oleh penyokong tegar Harimau Malaya susulan aksi luar biasa yang ditampilkan oleh anak buahnya. Pada hantaran terbaru Pan-gon kira-kira 3 bulan […]

Malaysia Dijangka Kekal Dalam Pot 4 Undian Peringkat Kumpulan Piala Asia 2023

Selepas mengesahkan tempat sebagai salah sebuah pasukan yang mara ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia 2023, skuad Harimau Malaya sudah boleh melihat bagaimana kedudukan dalam pot atau balang undian peringkat kumpulan nanti. Berdasarkan kedudukan semasa, Malaysia berada pada tanggan ke 147 dunia (pengiraan tidak rasmi) dan berada dalam pot 4 bersama 5 lagi pasukan lain […]

FAM Mula Langkah Awal Persiapkan Pasukan Hadapi Piala Asia 2023

Susulan pencapaian bersejarah Malaysia berjaya menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia 2023, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menaikkan lagi martabat bola sepak Malaysia. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata walaupun pelbagai halangan yang akan tiba, pihak FAM akan menghadapinya satu persatu dalam usaha […]

Kim Pan-gon Hargai Jasa TMJ Kepada Harimau Malaya

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menghargai setiap usaha dan penat lelah semua pihak telah membawa kepada kejayaan Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2023. Jurulatih kelahiran Korea Selatan ini tidak memerlukan masa yang lama untuk terus mencetus impak dan membawa kejayaan yang cukup bermakna untuk menamatkan penantian selama 42 tahun warga Malaysia. […]

Safawi Rasid Pacu Perjuangan Malaysia Ke Piala Asia

Pemain sayap pasukan negara, Safawi Rasid kembali menemui sentuhan berbisanya apabila menjadi pencetus kepada permulaan cemerlang Harimau Malaya. Beliau turun dalam kesebelasan utama menentang Bangladesh dan memainkan peranan selaku pemain tengah menyerang. Safawi membentuk gandingan yang cukup baik bersama-sama barisan pemain serangan negara yang diketuai oleh Syafiq Ahmad, Faisal Halim dan juga Arif Aiman. Kemampuan […]

Hadiah Terbaik Dion Cools Julang Malaysia Ke Piala Asia

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools menjulang Malaysia ke pentas Piala Asia  selepas menjaringkan gol kemenangbuat negara. Pertahanan kental Zulte Waregem itu turun dalam kesebelasan utama pasukan sebagai pertahanan tengah dan membentuk gandingan mantap bersama Shahrul Saad. Cools beraksi dengan cukup tenaga dan juga bijak mengawal tempo permainan untuk membentuk permainan dari bawah. Ketenangan beliau untuk […]

Kim Pan-gon Gesa Naik Taraf Infrastruktur Jika Mahu Bola Sepak Malaysia Maju

Sungguhpun Kim Pan-gon hari ini melaungkan keyakinan bahawa anak buahnya mampu untuk memberikan yang terbaik menjelang pertemuan dengan Bangladesh malam esok. Beliau dalam sesi temubual pra perlawanan itu menjelaskan, mereka sentiasa peka dengan kemampuan lawannya itu dan yakin pasukan itu bakal hadir dengan pelbagai bentuk ancaman. Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mahu mengambil […]

Syafiq Ahmad: Kita Hanya Mahu Menang

Penyerang tengah Harimau Malaya, Syafiq Ahmad yakin pasukan negara sudah bersedia untuk memberi saingan yang sewajarnya kepada Bangladesh dalam aksi terakhir malam esok. Pasukan kendalian Kim Pan-gon turun dalam misi penting untuk meraih 3 mata sekaligus membuka peluang yang cerah untuk mara ke Piala Asia. Malah, pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) optimis para pemain […]

Javier Cabrera: Pemain Malaysia Bakal Turun Dalam Tekanan

Jurulatih pasukan kebangsaan Bangladesh, Javier Cabrera sudah pun mula untuk melancarkan perang psikologi menjelang sepak mula menentang Malaysia esok. Beliau yang hadir ketika sesi temubual pra perlawanan menentang Malaysia pagi ini yakin anak buahnya bakal memberikan yang terbaik dalam usaha untuk menyukarkan misi Harimau Malaya memperoleh 3 mata. Malah, Cabrera optimis mereka sudah pun mempunyai […]

Jawapan Spontan Kim Pan-gon Mengenai Kesebelasan Utama Berdepan Bangladesh

Jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon memberi maklum balas spontan mengenai perancangan beliau berdepan Bangladesh esok. Malaysia bakal turun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dalam usaha untuk meraih 3 mata berharga bagi memastikan pasukan layak ke Piala Asia. Walau bagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan ini sudah mempunyai perancangan sendiri dalam usaha untuk mematahkan kemaraan pasukan kendalian […]