Pertahanan Sabah Dalam Pantauan Kim Pan-gon

Pertahanan pasukan Sabah FC dikatakan merupakan salah satu calon terbaik untuk mengisi slot ke kem latihan kebangsaan bulan ini. Umum mengetahui bahawa prestasi pasukan sedang berada pada tahap yang memberangsangkan setelah diambil alih oleh Dato’ Ong Kim Swee. Kini, mereka kekal bersaing untuk merebut slot kedua terbaik selepas kemampuan JDT agak sukar untuk ditandingi. Hal […]
Haziq Nadzli Dalam Radar Kim Pan-gon

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli disebut-sebut sebagai salah satu calon yang kini berada dalam radar Kim Pan-gon. Pemain muda berusia 24 tahun itu merupakan antara penjaga gol berbakat yang dimiliki oleh Malaysia sungguhpun jarang diturunkan. Walau bagaimanapun, bekas penjaga gol bawah 23 tahun negara itu membuktikan beliau mampu kekal pada tahap […]
4 Calon Pengganti Syamer Kutty Di Skuad Kebangsaan

Umum mengetahui berita Syamer Kutty Abba menjalani rawatan lutut di Barcelona dan kita juga sedar bahawa kecederaan lutut adalah salah satu kecederaan yang mengambil masa lama untuk pulih. Setakat ini tiada jangkaan tempoh masa – bilakah Syamer dapat kembali beraksi. King’s Cup 2022 Harimau Malaya sudah mengesahkan bakal bertanding pada kejohanan 4 penjuru King’s Cup […]
Malaysia Berpeluang Hadapi Saingan Trinidad & Tobago

Desas-desus mengenai 3 pasukan yang bakal menjadi lawan Malaysia bagi saingan King’s Cup September nanti sudah pun terjawab hari ini. Menerusi satu kenyataan rasmi oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT), kejohanan 4 penjuru itu bakal menyajikan pertembungan antara pasukan yang cukup sensasi. Sebelum ini, terdapat pelbagai ura-ura dan juga desas-desus pasukan gergasi di dunia termasuklah bekas […]
Hamidin Buat Tindakan Bijak

Tindakan yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin dilihat sangat efisien dan teliti dalam usaha untuk membangunkan bola sepak Malaysia. Menerusi satu kenyataan pada Kongres Tahunan FAM ke-58, beliau mendedahkan bahawa sebelum Kelayakan Piala Asia 2023 berlangsung, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-Gon ada meminta badan induk itu merancang perlawanan […]
Bekas Skuad Piala Dunia Bakal Uji Kekuatan Harimau Malaya

Pasukan Harimau Malaya dikhabarkan bakal beradu kekuatan dengan pasukan Amerika Latin pada bulan September ini. Skuad kebangsaan difahamkan akan beraksi di Thailand bagi menyertai kejohanan King’s Cup. Kejohanan ini juga bakal melibatkan pertembungan 4 Penjuru sekaligus dapat menguji taring Harimau Malaya setelah sekian lama berehat panjang. Pertembungan hangat yang bakal berlangsung di Chiangmai, Thailand itu […]
Pau Marti Calon ‘Panas’ Jurulatih Bawah 23 Tahun Negara?

Pembantu jurulatih pasukan senior negara, Pau Marti Vicente antara yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ketua jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara, Brad Maloney. Sebelum ini, Brad dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) difahamkan telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan khidmat jurulatih kelahiran Australia tersebut. Oleh itu, persoalan mengenai individu yang bakal mengisi kekosongan […]
Kim Hak-bum Ganti Peranan Brad Maloney?

Pengunduran Brad Maloney yang mengendalikan skuad bawah 23 tahun bukanlah satu berita yang mengejutkan dan kini satu sumber menghubungi MakanBola mengatakan bahawa jurulatih daripada Korea Selatan, Kim Hak-bum dikatakan akan menggantikan posisi ditinggalkan pengendali Australia tersebut. Beliau turut bakal membawa barisan kejurulatihan tersendiri menggantikan barisan kejurulatihan sekarang. Nama beliau bukanlah asing dalam gosip pertukaran jurulatih […]
TERKINI: FAM ‘Lepaskan’ Brad Maloney Menerusi Persetujuan Bersama

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah melepaskan ketua jurulatih B-23 kebangsaan, Brad Maloney secara persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak. Ia dicapai selepas Maloney, 50, hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi bagi membentangkan laporan […]
Selamat Tinggal Brad Maloney?

Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Brad Maloney dijangka akan dipecat dalam waktu terdekat walaupun kontrak pengendali dari Australia hanya akan tamat pada Disember 2023. Perkara ini disahkan oleh satu sumber yang mengatakan kontrak Maloney hampir pasti ditamatkan susulan prestasi kurang memuaskan skuad bawah 23 tahun dalam pertandingan yang disertai. “Jika diikutkan, memang Maloney akan […]
Kim Pan-gon Rangka Pelan Strategik Buat Harimau Malaya Ke Piala AFF

Jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon kini sedang melakukan persediaan yang cukup teliti bagi memastikan skuad negara berada dalam keadaan terbaik menjelang Piala AFF hujung tahun nanti. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar, beliau menjelaskan berkenaan perancangan skuad kebangsaan ketika ini. Mengulas lanjut, Saifuddin memaklumkan bahawa […]
3 Pemain Yang Buat Harimau Malaya ‘Untung Besar’

Nilai para pemain Harimau Malaya kini ibarat pisang goreng panas tatkala kemenjadian prestasi pasukan telah memberi impak kepada nilai pasaran mereka. Hal ini menyebabkan kebanyakan nilai para pemain utama skuad kebangsaan mencanak naik sekaligus meletakkan mereka pada posisi yang selayaknya. Berikut merupakan senarai tiga orang pemain yang paling bernilai Malaysia ketika ini. 3. Matthew Davies […]
Malaysia Laku Keras, Terima Jemputan Banyak Negara

Kejayaan skuad negara mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 membuka ruang seluas-luasnya buat skuad Kim Pan-gon mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara dengan ranking FIFA lebih baik. Sebelum ini Malaysia menerima anjakan ranking terbaik sejak 8 tahun lalu apabila berjaya melonjak 7 anak tangga ke kedudukan ke-147 dunia selepas berjaya menewaskan Brunei, Hong Kong, Turkmenistan […]
Warga Bangladesh Puas Hati Dapat Benam Malaysia

Kemenangan pasukan wanita Bangladesh ke atas Malaysia dengan keputusan besar 6-0 telah membawa kegembiraan yang cukup bermakna kepada mereka. Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Twitter, salah seorang warga Bangladesh kelihatan cukup berpuas hati apabila skuad wanita mereka mampu untuk mengukir senyuman kembali pada wajah mereka. Dalam video tersebut, beliau sedang berbual […]
Rumput Baharu Stadium Rajamangala Memang Padu, Sedia Untuk Pertembungan Liverpool Dan Manchester United

Beberapa hari yang lalu, media-media terkenal Thailand telah mendedahkan keadaan terkini padang Stadium Rajamangala yang telah melalui satu transformasi dan kini siap sedia untuk digunakan terutama untuk sukan bola sepak. Dari gambar-gambar yang dimuatnaik dipelbagai platform itu, jelas keadaan rumput dan padang Stadium Rajamangala memang padu dan ramai yang berpuas hati melihat hasil selepas proses […]
Darren Lok Rungkai Arahan Khas Kim Pan-gon Tentang Peranannya Di Atas Padang

Penyerang utama Harimau Malaya, Darren Lok mendedahkan peranan khas yang diberikan oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon yang membawa kepada kejayaan Malaysia ke Piala Asia. Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pilihan utama jurulatih kelahiran Korea Selatan itu apabila tampil dalam dua daripada tiga perlawanan dalam pusingan kelayakan itu. Beliau jelas berpuas hati dengan peluang […]