Dion Cools: Saya Harap Dapat Jaringkan Gol Lagi Lawan India

Kapten pasukan Harimau Malaya, Dion Cools melaungkan keinginan untuk membolosi gawang gol India buat kali kedua menjelang aksi persahabatan esok hari. Malaysia bakal turun menentang pasukan tuan rumah India dalam aksi persahabatan di Stadium Gachibowli, Hyderabad pada pukul 10 malam waktu tempatan. Sebelum ini Malaysia berjaya menewaskan India dengan jaringan 4-2 dalam aksi Pestabola Merdeka […]

Pau Marti Anggap Malaysia Perlu Atasi India Di Hyderabad

Pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti melihat aksi berdepan India di Hyderabad sebagai peluang buat Malaysia meraih kemenangan. Skuad kebangsaan terbang ke Hyderabad untuk menentang India dengan momentum selepas mencatat kemenangan ke atas Laos dalam aksi persahabatan pada Khamis lalu. Manakala pasukan India pula turun dengan misi penting bagi memburu kemenangan pertama apabila hanya merekodkan 4 keputusan […]

Senarai Akhir 23 Pemain Malaysia Hadapi India

Malaysia membawa 23 orang pemain bagi menghadapi pasukan ke-125 dunia, India. Skuad kendalian Pau Marti meraih tambahan +2.97 mata FIFA untuk melonjak ke tangga 129 dunia setelah menewaskan Laos. Momentum terbaik dibawa bagi menghadapi pasukan ke-125 dunia, India dalam misi untuk mengekalkan rekod bersih berdepan lawan sama tatkala berjaya mencapai kemenangan 4-2 tempoh hari. Pau […]

India vs Malaysia, Prestasi Semasa, Ranking FIFA & Jangkaan Keputusan Perlawanan

Malaysia bertandang ke Stadium Gachibowli, Hyderabad India untuk aksi ke-5 perlawanan kompetitif di bawah kendalian Pau Marti dengan kedua-dua pasukan dilihat memiliki kekuatan seimbang berdasarkan prestasi semasa dan ranking FIFA. Pertembungan dua DNA Barcelona, Sepanyol dari kedua-dua ketua jurulatih India dan Malaysia ini bakal jadi tumpuan menarik buat para peminat saksikan. Ranking FIFA India kini […]

Pau Marti Sahut Cabaran Pacu Malaysia Di Laman Lawan

Pengendali skuad senior Malaysia, Pau Marti Vicente sedia menyahut cabaran meraih kemenangan di tempat lawan. Harimau Malaya meraih kemenangan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Laos pada 14 November lalu. Harith Haiqal Adam Afkar, Stuart Wilkin dan Sergio Aguero mencetak nama sebagai penjaring. Kemenangan ini sekaligus melebarkan lagi rekod kemenangan Malaysia ke atas Laos sejak tahun […]

3 Calon Pengganti Arif Aiman Hadapi India

3 calon berpotensi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain sayap sensasi, Arif Aiman Hanapi bagi berdepan India. Skuad kendalian Pau Marti berada pada momentuk terbaik selepas menewaskan pasukan ke-187 dunia, Laos dengan keputusan 3-1. Malaysia kini berada di kedudukan ke-129 dengan 1,116.89 mata manakala Indonesia di kedudukan ke-130 dengan 1,115.94 mata. Pada aksi menentant […]

Malaysia Lepaskan 3 Tonggak JDT, Hadapi India Dengan 23 Pemain

Malaysia bakal berdepan cabaran India tanpa kelibat tiga tonggak utama iaitu Arif Aiman Hanapi, Matthew Davies dan Feroz Baharudin. Perkara ini diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi badan induk itu. Ketiadaan tiga tonggak ini berlaku kerana pasukan mereka, Johor Darul Ta’zim (JDT) memohon tiga pemain tersebut diberi […]

Jurang Ranking Malaysia & India Makin Kecil

Jurang ranking antara Malaysia dan juga India semakin kecil menjelang pertemuan kedua-dua pasukan. Skuad kendalian Pau Marti mendapat motivasi tambahan selepas menundukkan pasukan ke-187 dunia, Laos dengan keputusan 3-1. Malaysia bagaimanapun perlu melepasi tentangan satu lagi lawan iaitu semi finalis Pestabola Merdeka 2023, India dalam satu aksi persahabatan antarabangsa FIFA. Berdasarkan kemas kini oleh masa-nyata […]

‘Jelmaan’ Baru Faisal Halim

Skuad Harimau Malaya berpotensi untuk mendapat pengganti kepada peranan pemain sayap, Faisal Halim. Tonggak berusia 26 tahun itu masih mencari rentak terbaik terutamanya dari aspek kecergasan selain telah beraksi beberapa perlawanan bersama Gergasi Merah. Senarai 26 orang pemain yang dipanggil bagi membawa cabaran negara menyaksikan beberapa muka baharu yang diberikan tugas untuk beraksi sebagai pemain […]

Latar Belakang Sam Sherring, Pemain Yang Didakwa Warisan Malaysia

Latar belakang pemain kelahiran England, Sam Sherring yang didakwa memiliki keturunan Malaysia. Tonggak berusia 24 tahun itu beraksi pada posisi pertahanan tengah bersama kelab League Two, MK Dons FC. Beliau merupakan bekas pemain Akademi kelab terkemuka di Liga Perdana Inggeris (EPL), Bournemouth FC pada tahun 2018 sebelum berhijrah ke beberapa kelab lain. Sam melengkapkan perpindahan […]

Selamat Datang Wan Kuzain?

Penantian untuk melihat aksi perancang tengah Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal berpotensi menjadi kenyataan. Tonggai berusia 26 tahun itu sudah lama disebut-sebut untuk menyarung jersi Harimau Malaya setelah sekian lama. Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa tonggak St Louis City 2 itu sudah boleh mewakili […]

Magis 3 Pertukaran Serentak Pau Marti

Tiga pertukaran serentak yang dilakukan pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente pada aksi persahabatan antara Malaysia dan Laos malam semalam telah membuahkan hasil. Kemasukan Daniel Ting, Stuart Wilkin dan Fergus Tierney selepas digantikan dengan Adib Raop, Paulo Josue dan Safawi Rasid telah memberikan kemenangan bergaya buat Malaysia. Gandingan dua pemain dari pasukan Sabah iaitu Daniel […]

Pau Marti Puas Hati, Gembira Beri Debut Kepada 3 Pemain

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente berpuas hati kerana dapat memberi penampilan pertama kepada tiga pemain dalam aksi menentang Laos. Jurulatih Sepanyol itu memberi peluang kepada Zhafri Yahya, Fergus Tierney dan Fazrul Amir Md. Zaman membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa. Zhafri beraksi dalam kesebelasan utama bersama Paulo Josue dan Nooa Laine di bahagian tengah. […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Tewaskan Laos, Malaysia Hampiri Indonesia

Malaysia terus menapak tinggi dalam kedudukan ranking masa-nyata FIFA selepas menundukkan Laos. Skuad kendalian Pau Marti turun dengan kesebelasan berbeza namun masih mampu mengatasi Laos dalam satu aksi persahabatan Tier 1 FIFA di Thailand. Harimau Malaya kembali mengutip mata selepas tewas 0-4 di tangan pasukan ke-95 dunia, New Zealand yang menyaksikan skuad negara turun satu […]

Padang Lecak Tak Halang Malaysia Benam Laos

Malaysia tak berdepan masalah beraksi di padang berlecak apabila menundukkan Laos dengan keputusan 3-1. Skuad kendalian Pau Marti melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama termasuklah memberikan debut kepada perancang tengah, Zhafri Yahya. Malaysia berjaya mendahului permainan apabila sepakan penjuru Arif Aiman berjaya ditanduk masuk oleh pertahanan tengah, Harith Haiqal pada minit ke-6. Keadaan hujan lebat […]

Impak 15 Saat Stuart Wilkin Julang Malaysia

Tonggak tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin membawa impak segera bagi membantu Malaysia menumpaskan Laos. Malaysia turun berdepan Laos pada Khamis sebagai salah satu aksi persahabatan sempena Jelajah Harimau Malaya di Jendela Antarabangsa FIFA bulan November ini. Dalam aksi tersebut, skuad negara tampil cemerlang untuk memimpin perlawanan menerusi tandukan deras oleh Harith Haiqal seawal minit ke-6 […]