Kelab Korea Buat Servis Sewa Jersi Pasukan Serendah RM35

Kelab K-League 2, Seoul E-Land menarik perhatian ramai dengan menawarkan perkhidmatan sewa jersi pada harga 10,000 won (RM35). Korea JoongAng Daily melaporkan perkhidmatan Bilik Persalinan Lenjang ini bertujuan menggalakkan penyokong datang ke stadium dengan memakai jersi pasukan tersebut. Perkhidmatan ini menarik perhatian bukan saja pengunjung kali pertama. Malah, ini bakal menarik perhatian pelancong dan keluarga […]
Majoriti Pemain Jepun Kini Bermain Untuk Kelab Eropah

Keupayaan Jepun menewaskan Jerman dan Turkiye menyaksikan peningkatan kualiti para pemain Jepun. Malah majoriti pemain Jepun iaitu 21 daripada 26 pemain kini bermain di kelab Eropah dengan usia pemain Samurai Biru antara 22 tahun – 32 tahun. Berikut merupakan 21 pemain yang kini sedang bermain untuk kelab-kelab di eropah: 1. Kaoru Mitoma (Brighton) Mitoma mula […]
Pemain China Di ‘Boo’ Penyokong China

Pertembungan antara pasukan China dan Syria pada 12 September 2023 dihiasi dengan insiden yang sudah pasti mahu dilupakan oleh para pemain tuan rumah. Aksi yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill itu menyaksikan pasukan ke-80 dunia itu menerima tamparan hebat selepas sebahagian besar penyokong telah memboikot aksi tersebut. Perkara ini susulan keputusan seri 1-1 yang telah […]
Jurulatih China Buntu Pasukannya Tak Mampu Melawan Syria

Pasukan bola sepak kebangsaan China menamatkan dua aksi persahabatan tanpa sebarang kemenangan selepas ditewaskan Syria 0-1 dalam aksi di Stadium Phoenix Mountain semalam. Gol tunggal Syria telah dijaringkan oleh Thaer Krouma pada minit ke-52 perlawanan sekali gus menghampakan ribuan penyokong China yang hadir ke stadium. Ketika sesi temubual bersama media selepas tamat perlawanan, pengendali China, […]
Kelayakan Piala Asia U23: Thailand Tewaskan Malaysia

Anak buah kendalian E. Elavarasan hari ini turun berdepan pasukan Thailand bagi aksi kelayakan Piala Asia B24 2024. Aksi separuh masa pertama menyaksikan Malaysia ketinggalan 1-0 menerusi jaringan Yotsakon Burapha pada minit ke-20 permainan. Penyerang berusia 18 tahun itu memanfaatkan hantaran lintang rakan sepasukan dengan satu tandukan sekaligus menewaskan penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel. […]
Syria Malukan China

Syria mempamerkan satu persembahan yang amat memberangsangkan untuk menewaskan China. Pertemuan antara dua pasukan ini berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China yang menyaksikan kedua-dua pasukan mahu memburu mata FIFA. Pasukan bimbingan Aleksandar Janković menurunkan kesebelasan terbaik dengan penyerang naturalisasi pasukan, Elkesen kekal mengemudi jentera serangan. China memiliki peluang terbaik menerusi tandukan Wu Lei namun […]
Media China Lapor Tiket Aksi China & Syria Tak Laku

Penyokong China yang berang dengan prestasi pasukan mereka kebelakangan ini memilih untuk tidak membeli tiket aksi persahabatan China-Syria. Akhbar South China Morning Post melaporkan jualan tiket untuk aksi persahabatan itu pada malam ini tidak laku. Daripada enam jenis tiket yang dijual, hanya tiket yang berharga 180 yuan (RM115) saja yang habis dijual. Jualan tiket yang […]
Bali United Kaji Peta Kekuatan Sebenar Terengganu

Pasukan Liga 1 Indonesia, Bali United sudah mula mengkaji taktikal dan corak permainan pasukan Terengganu menjelang pertembungan Piala AFC 2023. Pasukan Terengganu dan Bali United berada bersama 2 lagi pasukan dalam Kumpulan G (Asean Zone) bagi kejohanan AFC Cup 2023 iaitu Stallion Laguna Philippines dan Central Coast Mariners. Pengendali Bali United, Stefano Cugurra mengakui Terengganu […]
Ikhsan Fandi Bersedia Bila-Bila Masa ‘Gegar’ ACL

Penyerang berbisa BG Pathum FC, Ikhsan Fandi pada bila-bila masa sahaja boleh diturunkan dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Pemain berusia 24 tahun itu mengalami detik hitam apabila dilanda kecederaan panjang sekaligus terlepas baki hampir 30 perlawanan dalam tempoh 285 hari. Peledak kebangsaan Singapura itu bagaimanapun kembali mengukir senyuman di wajah penyokong kelab […]
Kapten Turkmenistan Terpesona Dengan Kualiti Liga Indonesia

Kapten pasukan kebangsaan Turkmenistan, Ahmet Atayev memberi bayangan akan menyertai Liga 1 Indonesia dan kagum dengan perkembangannya. Pemain berusia 32 tahun itu masuk selaku pemain gantian ketika pasukannya tewas 0-2 berdepan Indonesia tempoh hari. Beliau yang juga merupakan pemain berpengalaman dalam pasukan merupakan pemain yang tidak asing dalam kancah bola sepak Indonesia. Atayev pernah bersama […]
Rekod Kawasaki Frontale Di Tempat Lawan Cukup Merisaukan

Prestasi pasukan gergasi Jepun, Kawasaki Frontale di tempat lawan agak merisaukan terutamanya buat penyokong pasukan tersebut. Sepak mula Liga Juara-Juara AFC (ACL) bakal berlangsung tidak lama lagi dengan aksi pembukaan pada 19 September 2023 bakal menemukan wakil Malaysia, JDT dan Kawasaki Frontale. Prestasi kurang memberangsangkan anak didik Toru Oniki dalam saingan domestik memberi sedikit kelegaan […]
Bekas Pemain Johor, Abbas Saad Kini Jurulatih Central Coast Mariners

Bekas pemain Johor, Abbad Saad kini bergelar jurulatih untuk kelab A-League, Central Coast Mariners menjelang musim baharu. Beliau pernah berkelana bersama Singapura FA dan Johor pada era 1990an sungguhpun mula mencipta nama di Australia. Abbas merupakan bekas pemain tengah yang cukup berbakat selain pernah menjulang beberapa kejuaraan liga dan piala domestik di Malaysia dan kini […]
Keadaan Terkini Pemain China Lepas Terkulai Layu Berdepan Malaysia

Pemain pertahanan China, Li Shuai kini dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan dalam aksi China-Malaysia pada 9 September lalu. Penyokong di Stadium Phoenix Hill, Chengdu mula resah apabila Shuai tidak sedarkan diri selepas berlaga dengan Syahmi Safari pada minit ke-85. Susulan itu, beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. China Sports Vision 2050 melaporkan […]
Pernah Jadi Gandingan Bintang Arsenal, Bekas Peledak Porto Bakal ‘Gegar’ Terengganu

Kemunculan bekas penyerang Porto, Angel Torres menjadi perkara yang dinanti-nantikan menjelang aksi pembukaan Piala AFC 2023 antara wakil Malaysia, Terengganu FC dan Central Coast Mariners. Persiapan wakil Australia itu kelihatan begitu rapi alabila membawa masuk beberapa muka baharu untuk memantapkan pasukan. Pasukan yang berada di tangga kedua saingan A-League musim lalu itu bagaimanapun serius untuk […]
Jürgen Klinsmann: Kalau Tak Suka Saya, Cari Jurulatih Lain

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann tidak mahu bercakap banyak mengenai kedudukannya bersama pasukan kebangsaan tersebut. Pengendali kelahiran Jerman itu menerima kritikan dari segenap penjuru apabila prestasi kurang memberangsangkan menghantui skuad kendaliannya. Korea Selatan masih tidak mencatatkan sebarang kemenangan selepas 5 aksi di bawah bimbingannya termasuklah seri 0-0 menentang Wales baru-baru ini. Jurulatih berusia 58 […]
Penyokong China Berang Hampir Dimalukan Malaysia, Minta Duit Tiket Dipulangkan

Rata-rata penyokong pasukan China berang apabila pasukan kebangsaan mereka sekadar meraih keputusan seri berdepan Malaysia. Hadir membanjiri stadium bagi menyatakan sokongan penuh buat skuad kebangsaan, penyokong China akhirnya terpaksa akur apabila dirantai Malaysia di laman sendiri. Dengan keputusan 1-1 yang tercatat malam semalam, penyokong China menzahirkan rasa tidak puas hati selepas tamat permainan. Stadium Phoenix […]