“Al-Hilal Macam Real Madrid” – Aleksandar Mitrović

Penyerang Serbia, Aleksandar Mitrovic menyifatkan kelab barunya, Al-Hilal setaraf dengan pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid. Ini kerana prestij kelab berkenaan di benua Asia hampir sama dengan prestij yang dimiliki kelab Sepanyol itu di pentas Eropah. Jadi, sukar untuk beliau menolak peluang beraksi untuk Al-Hilal selepas lapan tahun berkelana di England. “Bila saya menerima tawaran dari […]
Bintang Piala AFF Thailand Taruhan Utama Urawa Reds Di ACL

Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC (ACL), Urawa Reds telah menamakan bintang Thailand, Ekanit Panya dalam senarai pemain yang beraksi dalam kejohanan itu. Ini susulan keputusan AFC pada musim lepas yang membenarkan pasukan-pasukan ACL mempunyai enam pemain import. Bagaimanapun, satu kuota mestilah diisi oleh pemain Asia. Justeru, langkah Urawa menyenaraikan Ekanit sebagai satu langkah bijak sekaligus […]
Statistik Corak Jaringan JDT Di ACL Menggerunkan

Debaran aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) semakin terasa apabila wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melayan kunjungan Kawasaki Frontale. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan Harimau Selatan berdepan misi besar di Asia. JDT diundi dalam Kumpulan I bersama Ulsan Hyundai, BG Pathum dan Kawasaki Frontale untuk membawa aksi ulangan […]
Keadaan Padang Bertakung Air Di Korea Curi Perhatian

Keadaan padang yang ditakungi air memberi kesukaran kepada kelab Korea, Jeonbuk Hyundai Motors dalam aksi K-League 1 menentang Gangwon FC semalam. Hujan lebat yang turun sejak minit akhir babak pertama menyaksikan padang Stadium Piala Dunia Jeonju mula ditakungi air sekitar minit ke-70. Keadaan ini memberi kesukaran kepada kedua-dua pasukan pada separuh masa kedua. Ini kerana […]
Barisan Bintang BG Pathum Hantar Ulsan Hyundai Amaran Keras

Pasukan Liga 1 Thailand, BG Pathum United mempamerkan satu persembahan yang mengujakan sebagai tonik ke Liga Juara-Juara AFC (ACL). Pasukan bimbingan Thongchai Sukkoki beraksi di laman sendiri untuk melayan kunjungan Muangthong United. Barisan pemain terbaik yang diketuai oleh Teerasil Dangda dan Igor Segeev memulak rentak terbaik pada babak pertama dengan mendahului 2-1. Jaringan menerusi Jakkapan […]
Kawasaki Frontale Ubah Strategi Saat Akhir Lawan JDT

Pasukan J1 League, Kawasaki Frontale dilihat terdesak untuk mengubah percaturan tatkala bakal memulakan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) tidak lama lagi berdepan JDT. Jaguh Asia itu diundi dalam Kumpulan l bersama Ulsan Hyundai, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab Thailand, BG Pathum United. Sungguhpun pasukan bimbingan Toru Oniki mendapat motivasi tambahan selepas membenam cabaran FC […]
Lautan Biru Iringi Perjuangan Kawasaki Frontale Berdepan JDT

Pasukan J1 League, Kawasaki Frontale menerima sokongan padu daripada para penyokong apabila bakal berdepan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL). Gergasi Asia itu bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi ulangan seperti musim lalu berdepan Harimau Selatan. Pasukan bimbingan Tano Solari memiliki reputasi yang cukup baik apabila tidak tewas […]
Fernando Forestieri Kembali?

Disebalik gelaran juara Piala FA 2023 yang diraih Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Julai lalu, skuad Harimau Selatan terpaksa melupakan sementara khidmat penyerang import dari Argentina, Fernando Forestieri. Forestieri telah mengalami kecederaan selepas diterjah pemain lawan pada babak akhir Final Piala FA tempoh hari. Beliau berehat panjang sejak bulan Julai lalu dan tidak lagi diturunkan […]
JDT Lulus Ujian Akhir Sebelum Berdepan Kawasaki Frontale

Wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) lulus ujian akhir sebelum melangkah ke kejohanan berprestij Asia. Skuad Harimau Selatan kini dalam momentum terbaik apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam semua pertandingan musim ini. Aksi cemerlang ini juga diserikan dengan kepulangan beberapa tonggak utama pasukan menjelang sepak mula ACL. JDT yamg […]
BG Pathum Siarkan Aksi AFC Champions League Secara Percuma

BG Pathum United bakal menyiarkan kesemua aksi yang melibatkan skuad The Rabbit di Liga Juara-Juara Asia (ACL) secara percuma. Perkara itu diumumkan kelab dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka pada semalam. Youtube bakal menjadi platform siaran langsung sepanjang aksi BG Pathum dalam saingan peringkat Kumpulan I. Untuk makluman, siaran langsung secara ekslusif […]
Jepun ‘Hantar’ Pasukan Divisyen Dua Ke ACL

Wakil kelab Jepun ke kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini salah satunya bakal mempertaruhkan kelab divisyen dua untuk melakukan kejutan. Pertandingan berprestij itu menyaksikan JDT menjadi wakil tunggal Malaysia setelah mengharungi aksi yang cukup gemilang tahun lalu. Wakil Jepun bagaimanapun mencuri tumpuan apabila kelibat pasukan gergasi diiringi oleh sebuah pasukan yang tidak dikenali. Kelab […]
Korea Selatan Rayu Jürgen Klinsmann Segera Pulang

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) meminta agar ketua jurulatih pasukan, Jürgen Klinsmann agar pulang bersama pasukan dengan kadar segera. Pengendali kelahiran Jerman itu akhirnya mengecapi kemenangan pertama bersama pasukan baharunya itu apabila menewskan Arab Saudi dengan keputusan 1-0. Beliau bagaimanapun kembali terpalit kontroversi apabila difahamkan tidak pulang bersama pasukan ke Korea Selatan. Menerusi beberapa […]
Kawasaki Frontale Akui Sukar Beraksi Di Stadium Sultan Ibrahim

Pasukan gergasi J1 League, Kawasaki Frontale mengakui berdepan masalah untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim. Aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini menyaksikan skuad Harimau Selatan sekali lagi diundi berdepan dua pasukan yang sama iaitu Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai. Menerusi satu kenyataan oleh Pegawai Media Kawasaki Frontale di AFC House kepada Harimau Malaya iaitu […]
BG Pathum & Ulsan Hyundai Hadapi Ujian Berliku

Wakil Thailand di Liga Juara-Juara AFC (ACL), BG Pathum United dan jaguh Korea Selatan, Ulsan Hyundai menghadapi ujian mencabar menjelang sepak mula kejohanan tersebut. Aksi Kumpulan I menyaksikan pertembungan aksi awal melibatkan BG Pathum dan Ulsan Hyundai Di Stadium Munsu iaitu gelanggang kelab Korea itu. Mereka bagaimanapun perlu mengharungi satu aksi terakhir dalam liga apabila […]
Media Korea Lapor Beberapa Individu Terlibat Dalam Jenayah Bola Sepak

Arena bola sepak Korea Selatan dikejutkan dengan penglibatan beberapa figura dalam jenayah rasuah. Korea Football News melaporkan 12 individu termasuk bekas penolong jurulatih skuad Korea Selatan, Choi Tae-uk disiasat pihak berkuasa atas kesalahan rasuah. Tae-uk didakwa merasuah dua figura utama kelab K-League 2, Ansan Greeners iaitu CEO, Lee Jong-geol dan pengurus, Lim Jong-heon. Suapan tersebut […]
JDT Terima Semula Khidmat Ayam Tambatan Menjelang Saingan Asia

Umum mengetahui bahawa tiga pasukan dari Liga Super akan membawa nama Malaysia ke pentas Asia. Tiga pasukan itu adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi di Liga Juara-Juara AFC, Terengganu FC dan Sabah FC yang mana kedua-duanya bersaing di Piala AFC. JDT sebelum ini telah diuji dengan masalah kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain utama […]