Ulsan Hyundai Muncul Juara K1 League

Pasukan K1 League, Ulsan Hyundai mengesahkan kejuaraan liga pada musim 2023 selepas memperagakan aksi yang cukup memukau untuk menundukkan Daegu. Perlawanan yang berlangsung di laman sendiri iaitu Stadium Ulsan Munsu menyaksikan pasukan itu dalam motivasi terbaik selepas membenam cabaran wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Anak didik Hong Myung-bo bagaimanapun menghadapi kebuntuan untuk memecahkan tembok […]
Al-Nassr Cemerlang Benam Cabaran Al-Fayha

Al-Nassr terus menghambat pendahulu Saudi Pro League, Al-Hilal dengan mencipta kemenangan ke atas Al-Fayha awal pagi ini. Al-Alami tahu hanya kemenangan saja yang dapat merapatkan jurang mereka dengan Al-Hilal yang dibimbing bekas pengurus Benfica, Jorge Jesus. Manakala Al-Fayha pula mahu bangkit selepas dikecewakan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain dalam saingan ACL baru-baru ini. Babak […]
J1 League: Cerezo Osaka Catat Kemenangan Berharga Benam Gamba Osaka

Aksi tumpuan J1 League minggu ini menyaksikan Cerezo Osaka mengatasi Gamba Osaka 1-0 dalam aksi derby Osaka di Stadium Yodoko Sakura. Perlawanan derby Osaka sentiasa menjadi tumpuan kerana sejarah silam membabitkan Gamba dan Cerezo dalam Japan Soccer League (JSL) dan kemudiannya, J1 League. Gamba pada asalnya merupakan pasukan simpanan Yanmar Diesel (nama lama Cerezo) pada […]
Lautan Penyokong Urawa Reds Di Gelanggang Lawan Menggerunkan

Kelab Jepun, Urawa Reds mendapat sokongan padu penyokong mereka biarpun beraksi di gelanggang lawan hari ini. Urawa yang juga juara ACL musim 2022 itu turun menentang Kashima Antlers di Stadium Bola Sepak Kashima. Biarpun beraksi di gelanggang lawan, penyokong The Red Devils memastikan kehadiran mereka disedari oleh penyokong Kashima. Sebelum perlawanan bermula, mereka membuat tifo […]
Ranking MA AFC: Malaysia Dipintas Australia

Kegagalan tiga wakil Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah FC dan Terengganu FC mencatatkan kemenangan di pentas asia baru-baru ini telah meninggalkan kesan apabila kedudukan ranking MA AFC Malaysia kini sudah dipintas. Negara yang memintas Malaysia adalah Australia. Biarpun berjaya menambah 0.11 mata, ianya masih belum cukup membantu Malaysia untuk mengekalkan kedudukan kelima dalam […]
Indonesia Bakal Uji Sebuah Lagi Pasukan Piala Dunia

Pasukan kebangsaan Indonesia difahamkan sedang mengatur perbincangan untuk mengadakan aksi persahabatan berdepan pasukan di Piala Dunia 2022. Perkara ini dikongsikan oleh laman Asean Football yang memberitahu mengenai perancangan rapi skuad kendalian Shin Tae-yong menjelang sepak mula Piala Asia tahun hadapan. Indonesia yang kini memiliki skuad terbaik dengan prestasi yang cukup memukau sedang mengatur langkah bagi […]
3 Pemain Korea Selatan Makin Mengganas Menjelang Piala Asia

Menjelang Piala Asia tahun hadapan, beberapa pemain Korea Selatan yang beraksi dipentas eropah kini semakin mengganas dan menampilkan persembahan cemerlang diperingkat kelab. Berikut merupakan 3 pemain Korea Selatan yang mencuri tumpuan ketika ini: 1. Hwang Hee-chan (Wolves) Penyerang Korea Selatan ini memulakan musim dengan cemerlang apabila telah menjaringkan 5 gol dan mencetak 1 bantuan jaringan […]
Penjaga Gol Korea Sepak Dada Pemain Singapura

Penjaga gol Jepun menjadi bualan ramai selepas tindakannya untuk melutut dada pemain kebangsaan Singapura, Ryhan Stewart tular di laman sosial. Aksi itu berlaku ketika pertembungan antara pasukan Kawasaki Frontale dan juga wakil Thailand, BG Pathum United yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada wakil Jepun. Ketika aksi memasuki hujung permainan, penjaga gol Kawasaki Frontale, Sung Ryong-jung bertindak […]
ACL: Bangkok United Bangkit Tewaskan Kitchee

Gergasi Thailand, Bangkok United meneruskan rentak kemenangan apabila bangkit menewaskan Kitchee SC dengan jaringan 2-1 Bangkok United mempertaruhkan penyerang sensasi mereka, Willen Mota selaku penyerang utama manakala Kitchee pula menagih kudrat Jakob Jantscher dalam perlawanan ini. Kitchee bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit ke-7 permainan menerusi penyerang Jakob Jantscher. Separuh masa pertama seakan-akan menjadi […]
ACL: Jeonbuk Tumpaskan Lion City Sailors

Kelab K-League 1, Jeonbuk Hyundai Motors mengikut rentak cemerlang Ulsan Hyundai dan Pohang Steelers dalam ACL dengan membelasah Lion City Sailors 3-0 hari ini. Jeonbuk berharap dapat bangkit selepas tewas tipis 3-2 kepada Bangkok United. Manakala The Sailors pula berharap dapat mencipta kejutan ke atas pasukan Korea itu selepas menewaskan Kitchee. Bagaimanapun, kejutan yang dicari […]
ACL: Dion Cools Ditentang Hebat Saat Buriram United Tewas Kepada Kelab Australia

Wakil Thailand di Liga Juara-Juara AFC (ACL), Buriram United dan bintang Malaysia, Dion Cools menerima kejutan apabila tewas kepada kelab Australia, Melbourne City dengan keputusan 2-0. Perlawanan getir yang berlangsung di Stadium Chang Arena menyaksikan pasukan pelawat melakukan tentangan sengit bermula minit pertama permainan. Melbourne City bagaimanapun mendahulu permainan hasil tolakan mudah Alessandro Lopane pada […]
3 Pemain Tempatan JDT Terima Penghargaan Tertinggi

Tiga pemain tempatan JDT berjaya memperagakan aksi terbaik sungguhpun pasukan tidak mencatatkan kemenangan berdepan Ulsan Hyundai semalam. Aksi yang berlangsung di Stadium Ulsan Munsu itu menyaksikan pasukan kendalian Tano Solari tewas dengan keputusan 3-1. Harimau Selatan bagaimanapun mendapat perkembangan positif apabila tiga pemain tempatan pasukan dapat memperagakan aksi terbaik. 1-La’Vere Corbin Ong Pertahanan kiri pasukan […]
Tomislav Steinbruckner: Stallion Laguna Bukan Lawan Mudah

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah keupayaan kelab Filipina, Stallion Laguna. Dalam dua perlawanan Kumpulan G Piala AFC, The Stallions sudah tewas dua kali berturut-turut. Selepas tewas 5-2 kepada Bali United, mereka kemudiannya dibelasah 9-1 oleh juara A-League musim 2022-2023, Central Coast Mariners. Biarpun tewas dengan jumlah jaringan yang […]
Jurulatih Melbourne City Dah Intip Buriram Sejak 7 Tahun Lalu

Jurulatih Melbourne City, Rado Vidosic mengakui amat mengagumi kelab Thai League 1, Buriram United menjelang aksi ketiga Kumpulan H malam ini. Malah, beliau juga turut mengintai kekuatan yang dimiliki pasukan itu semasa menjadi penolong jurulatih di kelab lamanya, Brisbane Roar untuk kempen ACL musim 2015. Melihat prestasi yang dipamerkan pasukan itu dalam ACL setakat ini, […]
“Sukar Bila JDT Dibolosi Gol Awal” – Tano Solari

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari mengakui pasukannya berdepan tugas sukar untuk bangkit apabila dibolosi tiga gol awal oleh Ulsan Hyundai semalam. The Tigers membolosi gawang Harimau Selatan menerusi Jeong Seung-hyeon pada minit kelima dan dua gol Gustav Ludwigson pada minit ke-12 dan ke-18. Selepas Kim Tae-hwan dibuang padang pada minit ke-36, […]
ACL: Ronaldo Pimpin Al-Nassr Tundukkan AL-Duhail

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr terus menerajui Kumpulan E ACL apabila menundukkan kelab Qatar, Al-Duhail dalam aksi ketiga kumpulan awal pagi ini. Al-Duhail turun dengan misi mengutip kemenangan pertama dalam ACL musim ini. Pasukan ini bukan saja diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain perancang Liverpool, Philippe Coutinho. Malah, mereka turut mendapat sentuhan bekas jurulatih PSG dari […]