Pemain Ulsan Tak Gentar Berdepan JDT

Penyerang Ulsan Hyundai, Kim Ji-hyun tidak gentar berdepan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) biarpun beraksi di gelanggang lawan. Perlawanan keempat Kumpulan I ACL ini dianggap medan balas dendam buat tuan rumah. Ini selepas mereka tewas 3-1 kepada The Tigers dalam aksi ACL lepas. Justeru, dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, kelebihan ini mahu dimanfaatkan […]

Ulsan Hyundai Tangguh Keraian Juara Liga Kerana JDT

Aksi Liga Juara-Juara AFC akan diteruskan dengan beberapa lagi perlawanan hangat. Antara yang menjadi tumpuan ramai sudah tentu pertemuan dua juara liga iaitu juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Liga 1 Korea, Ulsan Hyundai. Dalam satu sidang media pra perlawanan, jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo menjelaskan bahawa segala keraian menjulang kejuaraan […]

Palestin Pilih Kuwait Sebagai Gelanggang Berkecuali

Palestin boleh menghela nafas lega kerana sudah mempunyai gelanggang berkecuali untuk aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Australia pada 21 November ini. Football Palestin mendedahkan Singa Kanaan telah bersetuju memilih Kuwait sebagai gelanggang berkecuali mereka pada tarikh tersebut. Pemilihan ini memberi kelegaan kepada pasukan itu selepas cubaan beraksi di gelanggang berkecuali yang ditawarkan […]

Rezal Zambery Pastikan Kelantan United Gegarkan Jepun

Selepas dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi bagi kelab Kelantan United, kini Rezal Zambery Yahya menggalas tugasan yang berbeza iaitu membimbing skuad bawah 16 tahun Kelantan United. Baru-baru ini, Kelantan United telah menghantar pasukan bawah 16 tahun mereka ke Jepun bagi menyertai Kejohanan Antarabangsa Kasaoka Bawah 16. Antara akademi yang turut menyertai kejohanan tersebut adalah […]

Central Coast Mariners Dalam Prestasi Buruk Ke AFC

Kelab Australia, Central Coast Mariners bakal mengharungi aksi keempat Piala AFC dengan dua kekalahan berturut-turut dalam A-League. Selepas tewas kepada satu lagi wakil Australia dalam Piala AFC, Macarthur pada minggu lepas, CCM kali ini tewas kepada Perth Glory 2-0. Walaupun beraksi di gelanggang sendiri, The Glory tidak memandang rendah The Mariners yang berstatus juara A-League […]

Jurulatih Ini Diperli Lawan Kerana Taktikalnya Tak Sepadan Dengan Gaji

Kadangkala kita dapat melihat jurulatih menerapkan taktikal yang berbeza dalam perlawanan-perlawanan yang dikendalikan. Begitu juga yang terjadi kepada jurulatih Jeobuk Hyundai, Dan Petrescu. Pada aksi Jeonbuk Hyundai menentang Gwangju FC, Dan Petrescu dikatakan menerapkan taktikal bertahan yang menyaksikan mereka memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0. Penerapan taktikal bertahan yang digunakan Petrescu itu jelas sekali tidak […]

Arab Saudi Terima Sentuhan Bekas Bintang Barcelona

Arab Saudi mendapat suntikan moral menjelang kelayakan Piala Dunia 2026 dengan membawa masuk legenda Barcelona, Yaya Toure. Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan Toure telah meletak jawatan sebagai penolong pengurus Standard Liege selepas mendapat tawaran berkenaan. Toure bakal menyertai bos lamanya di Manchester City, Roberto Mancini dengan mengisi jawatan sebagai penolong jurulatih. Bekas pemain tengah […]

Aksi ACL Batal, Kelab Iran Terima Hukuman Berat AFC

Kelab gergasi Iran, Sepahan terpaksa membayar harga mahal susulan pembatalan perlawanan ACL antara mereka dengan Al-Ittihad pada awal Oktober lalu. Perlawanan yang dijangka meriah dan dihadiri 60,000 penonton itu diselubungi polemik gara-gara patung Jeneral Qasem Soleimani yang ditempatkan di Stadium Naghsh-e-Jahan. Apabila perkara itu diketahui pasukan pelawat, Al-Ittihad enggan turun ke padang selagi mana patung […]

Ranking FIFA: Indonesia Berpeluang Lonjak 13 Tangga, Pintas Malaysia Selepas 11 Tahun

Pasukan kebangsaan Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Malaysia dan melonjak kira-kira 13 anak tangga menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 November ini. Skuad kendalian Shin Tae-yong berada pada momentum terbaik ketika ini selepas membenam cabaran Brunei dengan agregat 12-0 pada pusingan pertama kelayakan. Sang Garuda berjaya mengisi slot terakhir Kumpulan F dan bakal bersaing bersama […]

Pernah Dibenci Satu Malaysia, Pengadil Ini Terima Penghargaan AFC

Pengadil dari Australia, Christopher Beath telah menerima pengiktirafan dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam Anugerah AFC 2022 bagi kategori Anugerah Khas Pengadil. Selain Beath, anugerah tersebut juga diberikan kepada dua lagi pembantu pengadil dari Australia iaitu Ashley Beecham dan Anton Shchetinin. Manakala bagi video bantuan pengadil (VAR) diberikan kepada pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), […]

Keampuhan JDT Diuji Dalam Tiga Tugas Besar

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menempuhi satu lagi tempoh yang cukup padat apabil bakal beraksi dalam tiga kejohanan berbeza dalam tempoh yang cukup singkat. Semi finalis Piala Malaysia ini bakal melayan kunjungan Perak FC berbekalkan kelebihan jaringan setelah merekodkan kemenangan besar 4-1 di Ipoh tempoh hari. Situasi ini juga membolehkan skuad […]

Kim Min-jae Kini Bek Tengah Asia Paling Ideal

Pertahanan Korea Selatan dan Bayern Munich, Kim Min-jae kini semakin mengukuhkan nama dalam senarai pemain pertahanan tengah terbaik dunia ketika ini. Kim Min-jae menampilkan aksi yang cemerlang pada musim lalu bersama Napoli dimana pasukan tersebut berjaya menjuarai Scudetto setelah 33 tahun menanti. Kim Min-jae yang kini bermain untuk gergasi Jerman, Bayern Munich telah melakukan 13 […]

Giliran Kemboja Uji Pasukan Piala Dunia

Pasukan kebangsaan Kemboja menerima perkhabaran yang amat besar apabila difahamkan akan berdepan dengan sebuah pasukan Piala Dunia tahun 2022. Menerusi satu perkongsian oleh laman Asean Football, Kemboja yang menghuni tangga ke-178 dunia itu bakal berdepan sebuah ujian hebat untuk menentang lawan yang bukan calang-calang. Pasukan bimbingan Félix Dalmás juga berada dalam momentum terbaik sungguhpun dikecewakan […]

Bintang ‘RM4 Juta’ JDT Tidak Kelihatan Di ACL

Ketiadaan bintang sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Takahiro Kunimoto bagi memacu cabaran pasukan di Liga Juara-Juara AFC (ACL) menjadi perhatian ramai. Pemain kelahiran Jepun itu dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim ini dan sudah pun beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan domestik. Bintang berusia 26 tahun itu bagaimanpun masih tidak membuat kemunculan di pentas […]

TMJ Buka Mulut Tentang Kekalahan JDT Kepada Ulsan Hyundai

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi jawapan positif mengenai kekalahan pasukannya di tangan juara K League 1, Ulsan Hyundai. Pasukan bimbingan Tano Solari tewas dengan keputusan 3-1 namun kekal mempamerkan persembahan cemerlang dalam tiga aksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL). Bercakap dalam sesi audio siar di Keluar Sekejap, […]

Dua Juara Bakal Berentap Di Stadium Sultan Ibrahim

Pertembungan dua juara bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim sekaligus merancakkan lagi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Aksi keempat ACL itu bakal mempertemukan juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal melayan kunjungan Ulsan Hyundai. Perlawanan ini dihangatkan lagi apabila pasukan gergasi Korea Selatan itu baru sahaja dinobatkan selaku juara […]