Bintang Korea Selatan Memukau Di Eropah, Ancaman Hebat Buat Malaysia

Bintang Korea Selatan, Lee Kang-in mempamerkan aksi memukau di pentas eropah. Sejak melengkapkan perpindahan ke Ligue 1, sayap kanan Paris Saint Germain (PSG) ini telah melakukan 10 penampilan bersama pasukan. Lee Kang-in berjaya mencipta satu gol dan dua bantuan jaringan sepanjang musim ini. Ketika pertemuan antara PSG dan Metz pada semalam, Lee Kang-in mencuri tumpuan […]

Shin Tae-yong Yakin Indonesia Mampu Layak Ke Pusingan 16 Terbaik Piala Asia

Pasukan kebangsaan Indonesia kendalian Shin Tae-yong telah mensasarkan untuk layak ke pusingan 16 terakhir di Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh jurulatih berasal dari Korea Selatan itu seperti yang dilaporkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI). “Persiapan kita (adalah untuk) 16 terakhir.  Untuk itu saya dan seluruh pemain akan berusaha […]

Syria Gugurkan Penyerang Berbisa, Omar Al-Somah Dari Skuad Piala Asia

Jurulatih Syria, Hector Cuper membuat kejutan dengan tidak menyenaraikan penyerang berbisa mereka, Omar Al Somah dalam skuad Piala Asia 2023. Keputusan mengejut ini diketahui penyokong Helang Qasioun selepas Persatuan Bola Sepak Syria (SFA) mengumumkan senarai pemain yang menyertai kem kebangsaan. Ramai penyokong tidak percaya dengan keputusan yang dibuat Cuper memandangkan Al Somah merupakan peledak berbisa […]

Yazan Al-Arab Ketuai Barisan Bintang Jordan Ke Piala Asia

Bekas bek tengah Selangor, Yazan Al-Arab bakal beraksi untuk Jordan dalam saingan Piala Asia 2023. Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai awal 33 pemain yang menyertai skuad kebangsaan Jordan yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) hari ini. Selain Yazan, pemain tengah Merah Kuning, Noor Al-Rawabdeh dan bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), […]

Selangor Naik Taraf Stadium MBPJ, Persiapan Aksi Asia Tahun Hadapan

Selepas berjaya layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada musim hadapan, ramai penyokong Selangor ingin tahu di mana pasukan itu akan bermain pada musim depan. Persoalan ini timbul kerana ramai penyokong bimbang Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dilabel tidak sesuai dijadikan sebagai gelanggang rasmi Merah Kuning untuk ACL2. Jika situasi ini berlaku, […]

Syafiq Ahmad Dan Stefano Lilipaly Alami Nasib Serupa

Malaysia dan Indonesia baru-baru ini telah mengeluarkan senarai pemain yang akan membawa cabaran negara masing-masing di Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan. Pemilihan yang dibuat oleh jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon dan jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mencuri tumpuan ramai apabila pemain yang mempunyai nama besar turut terpilih seperti Dion Cools (Malaysia) dan Jordi Amat (Indonesia). Nasib […]

Piala Asia Bakal Dilengkapi Teknologi Baru Bertaraf Dunia

Kualiti pengadilan Piala Asia 2023 dijangka berada pada tahap berbeza terima kasih kepada pengenalan teknologi baru bertaraf dunia. Teknologi yang dimaksudkan ialah teknologi separa-automasi ofsaid atau SAOT. Dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bertuah kerana mereka merupakan konfederasi benua bola sepak pertama di dunia menggunakan kejohanan itu. Secara ringkas, SAOT menggunakan 12 kamera khas untuk […]

Era Baru Thailand Bermula, Bawa Skuad Ampuh Lawan Jepun

Jurulatih Jepun, Masatada Ishii mula membentuk pasukan Thailand menjelang saingan Piala Asia 2023 yang berlangsung pada tahun hadapan. Hari ini, Persatuan Bola Sepak Thailand mengumumkan senarai 23 pemain yang dipanggil untuk aksi persahabatan menentang Jepun pada 1 Januari ini. Dua pemain Buriram United, Siwarak Tedsungnoen dan Theerathon Bunmathan dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri di […]

MFL Umum Selangor Ke Asia

Malaysia Football League (MFL) hari ini mengumumkan pasukan Selangor secara sah akan beraksi di pentas Asia. Dalam satu hantaran yang dimuat naik MFL, Selangor akan menjadi wakil dari Liga Malaysia yang akan beraksi di Asia untuk musim 2024/2025. Slot ke Asia ini menjadi milik Selangor selepas skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu menamatkan kempen sebagai […]

Urawa Reds Sasar Bedil Man City

Menjelang aksi separuh akhir Piala Kelab Dunia FIFA membabitkan Urawa Red Diamonds dan Man City awal pagi esok, juara ACL musim 2022 itu berhajat ke final kejohanan berprestij itu. Perkara ini dinyatakan oleh jurulatih Urawa, Maciej Skorza dalam sidang media pra-perlawanan hari ini. Skorza menyifatkan meskipun City berstatus pasukan gergasi England dan Eropah, itu bukan […]

Oman Atur Dua Perlawanan Pemanas Badan

Lawan Harimau Malaya dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia, Oman mula membuat persiapan untuk saingan Piala Asia 2023. Oman mengatur dua aksi persahabatan antarabangsa pra-kejohanan dengan kedua-dua perlawanan diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Oman yang diberi gelaran The Reds bakal menentang China untuk aksi persahabatan pertama pada 29 Disember ini. Setelah itu, […]

Jurgen Klinsmann Panggil Hanya 16 Pemain Ke Kem Latihan Korea Selatan

Dengan Piala Asia 2023 bakal berlangsung tidak lama lagi, Korea Selatan membuat persiapan awal dengan memanggil 16 pemain. Yonhap melaporkan daripada 16 pemain yang dipanggil, 11 daripadanya merupakan pemain K-League. Manakala baki lima lagi ialah pemain yang berpangkalan di luar negara. Bek tengah Ulsan HD dan Pemain Paling Bernilai (MVP) K-League 1, Kim Young-gwon mengetuai […]

Jalil Elias Dipanggil Syria, Bakal Beraksi Lawan Malaysia?

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias difahamkan bakal didaftarkan selaku pemain import dalam kuota Asia oleh JDT bagi musim baharu dengan ura-ura bahawa beliau bakal beraksi buat pasukan kebangsaan Syria. Pemain berusia 27 tahun itu dibawa masuk oleh Harimau Selatan daripada Liga Premiera Argentina setelah melengkapkan perpindahan dari San Lorenzo ke JDT. […]

Shanghai Port Pilih Jurulatih Kelab Jepun Berbanding Kim Pan-gon

Juara Chinese Super League (CSL), Shanghai Port mengumumkan pelantikan jurulatih baharu kelahiran Australia, Kevin Muscat sekaligus memastikan Kim Pan-gon terlepas daripada radar kelab tersebut. Baru-baru ini, tular sebuah khabar angin selepas media China melaporkan bahawa kelab tersebut sedang mencari pengganti susulan pemergian Javier Pereira yang tidak lagi bersama pasukan. Terdapat beberapa nama yang berada dalam […]

Prestasi Man City Merudum, Peluang Urawa Reds Mengganas

Jaguh Asia, Urawa Reds berpeluang membanggakan nama Asia apabila bakal bertemu dengan juara bertahan Eropah, Man City bagi aksi Piala Kelab Dunia FIFA. Aksi cemerlang dalam kejohanan Asia menyaksikan juara bertahan Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu berjaya menumpaskan wakil Mexico, Club Leon pada pusingan kedua dengan keputusan 1-0. Urawa Reds berjaya melangkah ke peringkat separuh […]

Arif Aiman Dinobat Pemain Muda Terbaik ‘Matchday 6’ ACL

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi telah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 untuk perlawanan keenam. Pada aksi keenam, JDT telah dijadual berdepan wakil dari Thailand, BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim. JDT berjaya menamatkan kempen ACL 2023 dengan kemenangan bergaya 4-1 menerusi ledakan Bergson […]