Selangor Berpotensi Lawan Gergasi Korea, Jeonbuk Hyundai Di Asia

Pasukan Liga Super, Selangor FC berpotensi untuk bertemu dengan jaguh Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) tahun hadapan. The Red Giants mengesahkan slot ke Asia untuk mengiringi JDT selaku juara bertahan Liga Super dengan skuad Harimau Selatan bakal beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Cabaran hebat menanti anak didik […]

Steven Gerrard Makin Tertekan Urus Kelab Arab Saudi

Selepas berhijrah ke Arab Saudi untuk menjadi pengurus pasukan Al-Ettifaq, Steven Gerrard kini berdepan tekanan. Ini kerana kelab tersebut berdepan kemarau kemenangan dalam semua kejohanan ketika ini. Kali terakhir The Commandos meraih kemenangan ialah pada Oktober lalu. Pada ketika itu, Al-Ettifaq berjaya mengalahkan Al-Wehda 3-2. Sejak itu, The Commandos mengalami empat kekalahan dan tiga kali […]

Kyrgyzstan Atur 4 Aksi Penting, Elak Kalah Lagi

Selepas tewas 4-1 kepada Uzbekistan semalam, Kyrgyzstan perlu mengelak tewas lagi dalam tiga lagi aksi pemanas badan pra-Piala Asia 2023. The White Falcons sebelum ini sudah mengatur empat aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi Piala Asia 2023. Empat lawan tersebut ialah Uzbekistan (25 Disember), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (30 Disember), Iraq (5 Januari 2024) dan Vietnam […]

CEO Selangor Sahkan Venue Rasmi Pasukan Di ACL2

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Selangor FC, Datuk Johan Kamal Hamidon mengesahkan Stadium MBPJ sebagai laman rasmi bagi pasukan di kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan. Selepas skuad kendalian Tan Cheng Hoe muncul Naib Juara Liga Super 2023, Selangor secara sah diumum ke pentas Asia menjadi wakil dari Malaysia yang bakal beraksi di kejohanan […]

Uzbekistan Tunjuk Taring Belasah Kyrgyzstan

Persediaan Kyrgyzstan untuk Piala Asia 2023 bermula dengan langkah kiri apabila mereka dibelasah 4-1 oleh kuasa bola sepak rantau Asia Tengah, Uzbekistan dalam aksi persahabatan semalam. Aksi persahabatan secara tertutup ini turut menjadikan kedua-dua pasukan sebagai pasukan pertama mengadakan aksi pemanas badan sebelum Piala Asia 2023 bermula. Dari segi ranking FIFA, Uzbekistan menjanjikan ujian getir […]

Indonesia Jadi Pasukan Terawal Turun Latihan Demi Piala Asia

Indonesia dilihat benar-benar serius untuk mencipta kejutan dalam kempen Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan apabila salah satu pasukan terawal yang memulakan latihan. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Asean Football dalam satu hantaran di laman X yang menyaksikan beberapa foto pemain Indonesia yang sedang menjalani latihan turut dimuat naik. Seramai 29 pemain yang dipilih jurulatih, […]

4 Pemain Utama Korea Selatan ‘Meletup-Letup’ Di Eropah

Pasukan ketiga terbaik Asia, Korea Selatan kini sibuk mengatur persiapan ke Piala Asia 2023. Persiapan pasukan yang dibimbing Jurgen Klinsmann itu mendapat suntikan semangat apabila empat tonggak utama mereka cemerlang dengan pasukan masing-masing di Eropah. Empat pemain yang dimaksudkan ialah Kim Min-jae (Bayern Munich), Lee Kang-in (Paris Saint-Germain), Hong Hyun-seok (KAA Gent) dan kapten, Son […]

Man United Tawarkan Gaji 7 Kali Ganda Buat Takefusa Kubo

Ketumpulan serangan Man United terutama di bahagian sayap bakal jadi fokus Erik ten Hag dalam tetingkap perpindahan Januari. Ini disebabkan pemain-pemain sayap seperti Antony dan Alejandro Garnacho gagal mencipta peluang buat penyerang utama mereka dari Denmark, Kasper Hojlund. Ini turut disokong statistik yang disediakan rancangan Match of the Day terbitan BBC. Mengikut statistik, Antony dan […]

Jalil Elias Ketuai Skuad Syria Lawan Malaysia

Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias menjadi pilihan pasukan kebangsaan Syria apabila tersenarai dalam skuad bagi aksi berdepan Malaysia. Pasukan bimbingan Hector Cuper bakal mengharungi dua aksi persahabatan berdepan Kyrgyzstan dan juga Harimau Malaya sebagai persediaan untuk ke Piala Asia 2023. Syria yang menghuni tangga ke-91 dunia membuat beberapa keputusan mengejutkan untuk menggugurkan […]

JDT Kumpul Mata Lebih Tinggi Berbanding Man United Dalam Ranking Kelab FIFA

Selepas menggondol trofi demi trofi dalam tempoh sedekad, nama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semakin disegani sebagai pasukan gergasi tanah air. Malah, nama pasukan dari selatan Malaysia itu semakin menyerlah di pentas Asia berdasarkan kedudukan terkini kelayakan kelab Asia ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025. Ketika ini, JDT berada di tangga ke-11 ranking kelayakan […]

JDT Berpeluang Buat Kemunculan Di Piala Kelab Dunia FIFA 2025

Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang untuk meraih slot untuk beraksi di pentas Piala Kelab Dunia FIFA tahun 2025. Menerusi satu kenyataan oleh FIFA, Majlis FIFA telah bermesyuarat menjelang separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2023 di Jeddah, Arab Saudi, dan mengambil keputusan penting berhubung […]

China Singkirkan Pemain Naturalisasi Dari Skuad Piala Asia

Piala Asia 2023 menyaksikan China bakal turun tanpa kelibat pemain-pemain naturalisasi mereka. Ini berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak China (CFA) baru-baru ini. Pemain naturalisasi seperti Elkesen sekali lagi disisihkan Aleksandar Jankovic untuk skuad kali ini selepas tidak dipilih untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026. Ini menunjukkan China mula memberi penekanan kepada […]

Korea Selatan Bawa Skuad Ampuh Berdepan Malaysia

Dengan Malaysia berada dalam kumpulan Piala Asia 2023 yang sama dengan Korea Selatan, pasukan itu dijangka menurunkan skuad terkuat mereka untuk kejohanan itu. Meskipun pengumuman skuad Piala Asia itu bakal dibuat pada 28 Disember ini, ramai penyokong Korea Selatan boleh meneka siapa yang bakal dibawa oleh Jurgen Klinsmann. Pemain-pemain Korea Selatan yang berpangkalan di luar […]

China Berdepan Krisis Besar, Jurulatih & Pemain Tak Sehaluan

Persiapan China menghadapi Piala Asia 2023 dilanda krisis susulan perselisihan membabitkan jurulatih, Aleksandar Jankovic dan pemain tengah Beijing Guoan, Nico Yennaris. China Sports Vision 2050 melaporkan Yennaris atau nama lainnya, Li Ke digugurkan oleh Jankovic daripada skuad awal Piala Asia 2023 China atas sebab lewat menghadiri sesi latihan. Sebelum ini, media China termasuk portal sama […]

Tiga Nama Dalam Radar Jaguh Eropah

Kelab gergasi Eropah kini mula memantau aksi pemain yang beraksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL) untuk dibawa ke Eropah. Tiga nama pemain bintang Asia mula dikaitkan dengan perpindahan ke liga yang lebih berprestij setelah berjaya mempamerkan aksi yang cukup memukau di Asia. Hal ini termasuklah persembahan yang dipamerkan dalam kancah domestik sekaligus bakal menyaksikan beberapa […]

Hampir 68,000 Penyokong Bakal Hangatkan Aksi Jepun & Thailand

Aksi persahabatan antarabangsa membabitkan Jepun dan Thailand pada 1 Januari 2024 amat dinantikan oleh peminat bola sepak kedua-dua negara. Ini terbukti apabila Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerima maklumat daripada Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) bahawa jualan tiket untuk perlawanan di Stadium Nasional Jepun di Tokyo sudah habis dijual. Pengumuman ini dibuat di laman media […]