Shin Tae-yong Anggap Masa Indonesia Menang Sudah Tiba

Menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara Indonesia dan Iraq, Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menganggap sudah tiba masanya untuk Indonesia menang. Tae-yong yang ditemui di sidang media pra-perlawanan berharap anak buahnya percaya dengan diri sendiri walaupun sedar kekuatan Iraq adalah melebihi apa yang Indonesia miliki ketika ini. “Iraq merupakan pasukan yang bagus. Lebih bagus […]
Selangor Cemerlang Julang Dua Trofi, Amaran Awal Ke Asia

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC cemerlang menjulang dua trofi dalam tempoh singkat sekaligus memberi amaran awal kepada pencabar di Asia. Skuad kendalian Nidzam Jamil berjaya mengekalkan rekod cemerlang sejak awal pra-musim apabila sekali lagi dinobatkan selaku juara. Gergasi Merah muncul pemenang RCTI Sports Premium setelah menundukkan gergasi Indonesia, Persija Jakarta dengan keputusan 1-0. […]
Luqman Hakim Dapat Beraksi 5 Minit, Yokohama SCC Kalah Kali Ke-6

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin kembali dalam skuad Yokohama SCC namun mengalami kekalahan di tangan Tegevajaro Miyazaki. Pemain berusia 22 tahun itu sudah diketepikan dalam beberapa perlawanan setelah pulang daripada tugasan kebangsaan bersama Malaysia B-23. Khidmat beliau bagaimanapun kembali ditagih oleh pasukannya ketika turun berdepan pasukan di tangga ke-19 liga Divisyen tiga Jepun itu. […]
Senarai Penuh Lawan Berpotensi Selangor Di ACL2

Selangor bakal berdepan barisan pencabar yang kuat apabila bersaing di peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Berdasarkan senarai terkini pasukan yang layak ke peringkat kumpulan ACL2 di sebelah timur yang dikeluarkan Footy Rankings, lapan pasukan telah mengesahkan tempat. Selain Selangor, Lion City Sailors, Lee Man dan Sydney FC sudah mengesahkan kelayakan. Manakala Bangkok […]
Cristiano Ronaldo Kekal Bersama Al-Nassr

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo bakal kekal bersama pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Nassr pada musim hadapan. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Nassr, Guido Fienga tidak lama selepas final King’s Cup antara Al-Nassr dengan Al-Hilal. Sebelum ini, timbul khabar angin yang mengaitkan Ronaldo dengan perpindahan ke juara Bundesliga musim 2023/24, Bayer Leverkusen. Khabar angin […]
Kyrgyzstan Hadapi Malaysia Tanpa Tekanan

Kyrgyzstan tidak perlu merasai tekanan berdepan Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang dijadualkan pada 6 Jun di Stadium Spartak. Menurut bekas pemain bola sepak kebangsaan, Asmawi Bakiri, Kyrgyzstan tidak merasai tekanan kerana hanya keputusan seri yang diperlukan mereka untuk mara ke pusingan kelayakan seterusnya. Kyrgyzstan kini mengumpul 9 mata dengan 3 mata berkelebihan […]
Cristiano Ronaldo & Al-Nassr Terus Kempunan Trofi, Tewas Kepada Al-Hilal Di Final

Cristiano Ronaldo dan Al-Nassr terus kempunan trofi bagi musim 2024 ini selepas ditewaskan Al-Hilal pada aksi final Piala Raja Saudi awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat dengan Al-Nassr mempertaruhkan beberapa nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Otavio, Sadio Mane dan Marcelo Brozovic. Aksi dimulakan dengan Al-Hilal terlebih dahulu di hadapan seawal minit ke-8 melalui […]
Undi Arif Aiman Sebagai Bintang Masa Depan Di ACL

Nama bintang muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi sekali lagi menjadi sebutan peminat bola sepak Asia. Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai bintang muda yang layak diangkat sebagai Bintang Masa Depan NEOM Liga Juara-Juara AFC (ACL). Selain Arif, Ali Jasim (Air Force Club), Faisal Al Ghamdi (Al-Ittihad), Zafarmurod Abdirakhmatov (FC Nasaf), […]
Kyrgyzstan Buat Rombakan Skuad Bertemu Malaysia

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Malaysia pada 6 Jun ini, Kyrgyzstan telah membuat rombakan dengan membawa masuk beberapa pemain muda. Rombakan ini merupakan sebahagian daripada aspirasi jangka panjang jurulatih The White Falcons, Stefan Tarkovic untuk membentuk generasi baru pasukan itu. Antara pemain muda yang dipilih Tarkovic untuk skuad kali ini ialah Adilet Kanyebekov, […]
Jordan FA Beri Tekanan Kuat, Minta FIFA Gantung Israel

Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) mula menggerakkan tekanan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menggantung Israel. Sejak konflik Israel-Palestin di Semenanjung Gaza kembali tercetus pada Oktober 2023, konflik itu mengakibatkan lebih 30,000 orang terbunuh termasuk 250 orang pemain bola sepak Palestin. Situasi ini mendorong Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub menggesa keahlian […]
Debut Bintang Indonesia Di Korea Hanya Bertahan 4 Minit

Bintang skuad kebangsaan Indonesia yang kini beraksi bersama Suwon FC, Pratama Arhan mengalami debut yang mengerikan di Korea Selatan apabila hanya sempat beraksi untuk tempoh empat minit sahaja. Arhan yang baru berhijrah dari kelab Jepun, Tokyo Verdy, dibawa masuk pada minit ke-76 ketika Suwon sedang berusaha mencari jaringan penyamaan selepas dibolosi di awal permainan dalam […]
ACL: Al-Ain Julang Piala, Belasah 10 Pemain Yokohama F. Marinos

Saingan AFC Champions League (ACL) 2023/2024 melabuhkan tirainya dengan kejuaraan menjadi milik jaguh UAE, Al-Ain setelah menumbangkan Yokohama F. Marinos dalam aksi final kedua. Yokohama F. Marinos memiliki kelebihan tipis setelah hanya mencatatkan kemenangan 2-1 dalam aksi final pertama beberapa minggu lalu di Stadium Nissan hasil Asaho Uenaka dan Kota Watanabe. Manakala Al-Ain pula menyimpan […]
Australia All-Stars Malukan Newcastle United 8-0

Nama pasukan Australia All-Stars menjadi sebutan apabila pasukan itu membelasah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United 8-0 dalam aksi persahabatan hari ini. Australia All-Stars terdiri daripada bintang-bintang yang mewarnai A-League musim ini. Antara yang dipilih ialah bekas penyerang Fulham, Adam Taggart dan pemain sayap Australia, Mathew Leckie. Sementara Newcastle pula menurunkan barisan pemain muda […]
Xavi Hernandez Tolak Peluang Latih Korea Selatan

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez menolak peluang yang ditawarkan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) untuk menjadi jurulatih Korea Selatan. Akhbar El Mundo Deportivo melaporkan legenda Sepanyol itu menerima tawaran daripada KFA untuk menjadi jurulatih Pahlawan Taeguk yang seterusnya. Sejak memecat Jurgen Klinsmann selepas gagal membawa pasukan itu ke final Piala Asia 2023, Korea Selatan masih […]
Status Selangor Ke Asia Tidak Tergugat

Penyokong Selangor FC menghela nafas lega apabila mengetahui status penyertaan pasukan itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) masih selamat. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi semalam. Sebelum ini, timbul khabar angin bahawa status penyertaan Merah Kuning […]
Korea Selatan ‘Pening Kepala’ Cari Pengganti Jurgen Klinsmann

Korea Selatan masih lagi tercari-cari siapa jurulatih baru yang menggantikan jurulatih sebelumnya, Jurgen Klinsmann. Selepas Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) memecat Klinsmann pada Februari lalu, beberapa jurulatih asing dikaitkan dengan jawatan tersebut. Antara nama yang dicanang ialah Senol Gunes, Steve Bruce, Fabio Cannavaro, Herve Renard dan Jesse Marsch. KFA berharap dapat memuktamadkan perlantikan jurulatih […]