Bahrain ‘Digari’ Yaman

Hajat Bahrain mendapatkan kemenangan keempat dalam Kumpulan H Kelayakan Piala Dunia 2026 tidak kesampaian apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Yaman. Dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) layak ke pusingan ketiga kelayakan, Bahrain sedar mereka hanya perlu seri dengan Yaman. Sementara Al-Yaman As-Saeed pula berharap dapat membalas dendam kekalahan 2-0 kepada lawan sama pada November 2023. […]

Malaysia Imbangi Kekuatan Kyrgyzstan

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Kyrgyzstan dan Malaysia.  Malaysia dibawah kendalian Kim Pan-gon tampil dengan beberapa muka baharu seperti Azri Ghani, Safwan Mazlan dan Nooa Laine apabila tiga pemain muda ini diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.  Seawal minit ke-21 permainan, Malaysia mula memberi amaran […]

Dion Cools Galas Tugas Besar Arif Aiman

Kapten pasukan Malaysia, Dion Cools menggalas peranan berbeza dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 ketika Malaysia berdepan Kyrgyzstan di Stadium Spartak Kyrgyzstan hari ini.  Dion Cools diberi kepercayaan oleh pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon untuk beraksi di posisi sayap kanan. Dion Cools bersama Paulo Josue dan Akhyar Rashid menjadi taruhan skuad Malaysia di bahagian serangan.   […]

Asnawi Mangkualam Kritik Keadaan Padang Stadium Gelora Bung Karno

Pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam mengkritik keadaan padang Stadium Gelora Bung Karno (SUGBK) selepas tewas kepada Iraq hari ini. Beliau mengharapkan keadaan padang perlu berada dalam tahap terbaik seperti yang dimaklumkan kepada mereka sebelum ini. Indonesia terpaksa akur tewas di laman sendiri dengan keputusan 0-2 ke atas Iraq selepas beraksi dengan 10 pemain sahaja. Asnawi Mangkualam […]

Thailand Hampir Malukan China

Aksi kelayakan Piala Dunia pusingan kedua menyaksikan pertembungan diantara China dan Thailand yang berkesudahan seri di Stadium Shenyang Sport Centre.  Skuad kendalian Masatada Ishii turun dengan formasi 4-4-3 dan China dengan formasi 4-3-1-2. Thailand terlebih dahulu membuka jaringan pertama pada minit ke-20 permainan menerusi Supachok Sarachart yang menanduk deras ke arah gawang gol selepas menerima […]

Singapura Jadi Mangsa Amukan Korea Selatan

Hasrat Singapura memberi saingan sengit dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan tidak kesampaian apabila dibelasah teruk di gelanggang sendiri. Singapura menurunkan barisan terkuat dengan Ikhsan Fandi diletakkan sebagai penyerang tunggal manakala Korea Selatan turut menurunkan pemain bintang seperti Son Heung-min dan Lee Kang-in. Perlawanan bermula dengan penguasaan penuh pasukan pelawat yang selesa […]

Oman Buat Chinese Taipei ‘Menangis’ Tak Terkata Di Laman Sendiri

Oman telah mengharungi saat indah untuk menundukkan Chinese Taipei dengan keputusan 3-0. Skuad kendalian Jaroslav Silhavy turun dengan kesebelasan terbaik sambil jentera serangan diketuai oleh Omar Al-Malki, Issam Al-Subhi dan juga Zaher Al-Aghbari. Perjalanan perlawanan bagaimanapun terbantut susulan cuaca buruk di laman Chinese Taipei. Aksi babak pertama banyak disia-siakan oleh tuan rumah dengan percubaan tepat […]

Penyokong Indonesia Hanya Mampu Geleng Kepala Lihat Ernardo Ari

Perjuangan hebat Indonesia akhirnya berakhir menentang Iraq apabila tewas dengan keputusan 2-0. Pasukan kendalian Shin Tae-yong beraksi cemerlang pada babak pertama apabila berjaya menamatkan saingan dengan keputusan 0-0. Babak kedua ternyata tidak memihak kepada Sang Garuda apabila satu demi satu kesilapan dilakukan oleh barisan pertahanan Indonesia. Semuanya bermula apabila Justin Hubner memberikan sepakan penalti kepada […]

Ali Jasim Jadi Dalang Kekalahan Indonesia Kepada Iraq

Iraq terus memperkukuh kedudukan dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno. Selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan, Iraq turun tanpa tekanan. Sementara Indonesia pula perlu menang agar dapat mengiringi Singa Mesopotamia ke pusingan seterusnya. Pengendali Iraq, Jesus Casas menurunkan barisan terkuat termasuk bekas bintang muda […]

Jordi Amat Hukum Indonesia Dengan Kad Merah, Penalti Iraq Terbang Ke Bulan

Pertahanan tengah Indonesia, Jordi Amat menghukum pasukan dengan kad merah yang diterimanya pada aksi menentang Iraq. Pasukan bimbingan Shin Tae-yong terdesak untuk mencari kemenangan berdepan lawan yang kini terlalu handal dalam saingan kumpulan. Usaha itu berdepan situasi sukar apabila pada awalnya pertahanan muda, Justin Hubner melakukan kesilapan apabila bola terkena tangan dan memberikan lawan sepakan […]

Ranking JDT Naik Lagi, Kini Muncul Kelab Ke-13 Terbaik Di Asia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus merekodkan pencapaian membanggakan apabila kini muncul kelab ke-13 terbaik di Asia. Kemas kini terbaru oleh laman Opta Analyst menunjukkan peningkatan mendadak kedudukan Harimau Selatan berbanding kemas kini terakhir tempoh hari. Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan kini mengumpul 75.3 […]

Gary White Pilih Skuad Berbeza Lawan Oman

Pengendali Chinese Taipei, Gary White melihat skuad kali ini mampu memberi saingan kepada pasukan dari Asia Barat, Oman dalam aksi kelima Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026. Sebelum ini, pengendali England itu terpaksa memanggil ramai pemain muda untuk membarisi Chinese Taipei untuk dua aksi kelayakan menentang Kyrgyzstan pada Mac lalu. Keadaan ini menyebabkan The Blue […]

Jurulatih Oman Sedar Chinese Taipei Bukan Calang-Calang Pasukan

Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy sedar dengan kemampuan pasukan lawan iaitu Chinese Taipei menjelang aksi peringkat kumpulan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada esok. Ketika sidang media pra-perlawanan antara Oman dan Chinese Taipei sebentar tadi, jurulatih asal Czech Republik itu sedar dengan kemampuan pemain lawan. Beliau menganggap Chinese Taipei sebagai sebuah pasukan yang […]

Masatada Ishii Sasar Thailand Raih 6 Mata Bertemu China & Singapura

Ketua jurulatih Thailand, Masatada Ishii mahu anak buahnya meraih 6 mata dalam baki dua perlawanan menentang China dan juga Singapura. Dua kemenangan tersebut penting untuk pasukan Thailand mengesahkan diri ke peringkat seterusnya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026. Thailand ketika ini menghuni tangga ke-3 kumpulan C dengan mengumpul mata 4 setelah meraih 1 kemenangan, 1 […]

Jurulatih Kyrgyzstan Ramal Nasib Lawan Malaysia Sejak 8 Bulan Lalu

Jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic sudah meramalkan laluan sukar berdepan Malaysia bakal diharungi sejak 8 bulan yang lalu. Beliau ketika ditemui pada sesi pra-perlawanan memberitahu bahawa persiapan pasukannya berjalan lancar sebelum bertemu Harimau Malaya. Kelebihan beraksi di laman sendiri mahu dimanfaatkan sepenuhnya sungguhpun terdapat beberapa perubahan dalam skuad yang dipanggil kali ini. Tarkovic mahu membina skuad […]

Pemain Vietnam Simpati Dengan Nasib Pengendali Baru, Kim Sang-sik

Ketua pasukan Vietnam, Do Hung Dung meluahkan rasa simpati terhadap pengendali baharu pasukan kebangsaan, Kim Sang-sik. Ini kerana Sang-sik hanya mempunyai masa lima hari sahaja untuk melatih pasukan Vietnam dalam menghadapi aksi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Filipina esok (6 Jun). “Selepas 4 atau 5 hari latihan, semangat pemain sangat baik. Walaupun masanya singkat […]