Neymar Kembali Ke Brazil

Pemain sayap Al-Hilal, Neymar telah kembali ke Brazil selepas dirinya sekali lagi mengalami kecederaan yang memaksa beliau berehat untuk beberapa minggu. Kecederaan yang dialami itu memaksa Neymar pulang ke Brazil bagi menjalani proses pemulihan bersama pakar perubatan di sana. Menerusi laman Goal, aksi Neymar mungkin tidak akan dapat dilihat sehingga tahun 2025 dan khidmat Neymar […]
Jepun Terima Tamparan Hebat Hadapi Indonesia

Jepun mengalami tamparan hebat menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 dalam Kumpulan C. Ini selepas portal Soccer King melaporkan Shogo Taniguchi mengalami kecederaan tendon Achilles dalam aksi terbaru Belgian Pro League (BPL) antara Sint-Truiden dan KV Mechelen. Taniguchi hanya sempat beraksi selama 14 minit sebelum dikeluarkan akibat kecederaan tersebut. Susulan itu, Zineddine Belaid masuk […]
JDT Pintas Ranking Kelab Ligue 1, AS Saint-Étienne

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila memintas kedudukan kelab Ligue 1, AS Saint-Étienne. Skuad kendalian Hector Bidoglio merakamkan kemenangan kedua dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) apabila menundukkan juara K-League 1, Ulsan HD dengan keputusan 3-0. Kemenangan berharga itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengukuhkan kedudukan selaku pasukan ke-5 terbaik […]
Kenny Pallraj Tekan Satu Elemen Penting Selangor Di Asia

Bek tengah KL City FC, Kenny Pallraj melihat elemen perpaduan sebagai elemen penting buat Selangor untuk mara lebih jauh ke peringkat Asia. Pemain pertahanan berusia 31 tahun itu bukan asing dengan saingan bola sepak Asia. Ini kerana beliau pernah beraksi dalam saingan Piala AFC bersama The City Boys pada tahun 2022. Tahun tersebut menyaksikan KL […]
FA Korea Berpotensi Besar Digantung

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) berpotensi dikenakan penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Ini selepas Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan (MCST) selesai menjalankan audit khas ke atas badan induk bola sepak Korea Selatan itu. Hasil audit mereka mendapati wujud 27 kes kesalahan undang-undang dan amalan perniagaan yang tidak sah membabitkan KFA. […]
AFC MA Ranking: JDT Menang, Malaysia Pintas Australia

Kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Asia membantu Malaysia memintas Australia bagi kedudukan AFC MA Ranking. Skuad kendalian Hector Bidoglio merakamkan kemenangan kedua dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) apabila menewaskan juara K1 League, Ulsan HD dengan keputusan 3-0. Kejayaan itu membolehkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak tinggi berdasarkan kemas kini yang dikeluarkan […]
ACL2: Persib Bandung Padam Kemenangan Lion City Di Minit Akhir

Wakil dari Indonesia, Persib Bandung mencatat kemenangan bergaya mengatasi kelab dari Singapura, Lion City Sailors dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2). Dua gol pendahuluan dari Lion City Sailors di babak pertama perlawanan seawal minit keenam menerusi Shawal Anuar dan jaringan Maxime Lestienne tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat pasukan di laman sendiri. Kebangkitan yang […]
Penjaring Jeonbuk vs Selangor, Tiago Orobo Dulu Penjual Roti

Kisah unik penjaring gol Jeonbuk vs Selangor iaitu Tiago Orobo yang dulunya merupakan seorang penjual roti. Kisah yang dipetik pada awalnya oleh pengulas Astro Arena, Aiman Roshizam membuka cerita berkenaan perjalanan tonggak berusia 31 tahun itu yang penuh suka dan duka. Tonggak kelahiran Brazil itu muncul wira Jeonbuk Hyundai apabila tandukannya pada minit ke-22 sudah […]
Azim Al-Amin Mahu Selangor Fokus Dua Aksi Terakhir

Penjaga gol Selangor, Azim Al-Amin mahu rakan sepasukan untuk segera melupakan kekalahan kepada Jeonbuk Hyundai dan fokus untuk perlawanan berikutnya. Skuad Gergasi Merah terbang ke Korea Selatan berbekalkan status selaku pendahulu kumpulan H dengan tujuh mata selain turut mencatat kemenangan ke atas Kedah hujung minggu lalu. Walau bagaimanapun, momentum cemerlang itu disekat oleh Jeonbuk Hyundai […]
Jeonbuk Hyundai ‘Tak Puas’ Tewaskan Selangor

Pengendali Jeonbuk Hyundai, Kim Do-heon menganggap kemenangan ke atas Selangor FC dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) seharusnya lebih baik jika berakhir dengan jaringan yang banyak. Ini kerana, Jeonbuk hanya memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal pemain import dari Brazil, Tiago Orobo menerusi tandukan yang menewaskan Azim Al-Amin. Do-heon bagaimanapun biarpun hanya […]
Selangor Akui Kehebatan Jeonbuk Hyundai

Selangor akui dengan kehebatan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai yang beraksi di laman sendiri. Skuad kendalian Abdi Hassan terpaksa akur dengan kekalahan tipis ke atas tuan rumah, Jeonbuk bagi perlawanan keempat kumpulan H dalam saingan AFC 2 (ACL2) 2024. Abdi Hassan kesan penyerang Jeonbuk, Tiago Orobo yang mempunyai kelebihan menerusi tandukan. Beliau juga sudah cuba […]
ACL2: Kedudukan Selangor Selepas Tunduk Kepada Jeonbuk Hyundai

Kedudukan Selangor berubah selepas tunduk di tangan wakil Korea, Jeonbuk Hyundai dengan keputusan 1-0. Skuad kendalian Abdi Hassan mengharungi ujian sukar selepas tunduk 3-0 di tangan JDT pada aksi ke-15 Liga Super musim 2024/25. Perjuangan diteruskan apabila menghadapi Jeonbuk Hyundai dengan menurunkan kesebelasan terbaik ketika beraksi di laman lawan. Skuad Merah Kuning bagaimanapun tidak berupaya […]
ACL2: 11 Gol Warnai Kemenangan Muangthong United Ke Atas DH Cebu

Aksi keempat peringkat kumpulan H AFC Champions League 2 (ACL2) pada Khamis menyaksikan Muangthong United berpesta jaringan membelasah DH Cebu di Manila. Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi setelah terikat seri dalam perlawanan sebelum ini di Bangkok dengan gol lewat oleh Rintaro Hama membuatkan Muangthong dan DH Cebu berkongsi mata. Senarai pemain Muangthong dibarisi nama-nama seperti […]
ACL2: Jeonbuk Hyundai Leburkan Rekod Kebal Selangor Di Asia

Selangor FC mempamerkan semangat juang tinggi sebelum kecundang 1-0 kepada Jeonbuk Hyundai Motors dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Jeonbuk yang juga bekas juara ACL berharap dapat menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan. Sementara Selangor mahu meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 1-0. Nana Boateng, Tiago dan Lee Seung-woo […]
ACL2: Jeonbuk Hyundai Tinggalkan Selangor Babak Pertama

Aksi keempat AFC Champions League Two (ACL2) menyaksikan Selangor ketinggalan berdepan Jeonbuk Hyundai pada babak pertama. Skuad kendalian Abdi Hassan turun tanpa empat watak hebat iaitu Yohandry Orozco, Safuwan Baharudin, Noor Al-Rawabdeh dan juga Shahrul Nazeem. Gergasi Merah mengharungi tentangan getir daripada skuad lawan yang selesa beraksi di laman sendiri. Selangor turun dengan motivasi terbaik […]
Jepun Bawa 22 Pemain Eropah, Mitoma & Minamino Tersenarai Hadapi Indonesia

Jepun bakal mengharapkan kudrat pemain-pemain yang berpangkalan di Eropah untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 untuk November ini. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil jurulatih Samurai Biru, Hajime Moriyasu. Daripada 26 pemain yang dipanggil, 22 pemain beraksi untuk kelab-kelab Eropah. Manakala empat lagi beraksi dalam saingan J1 […]