Perlawanan Qatar & Uzbekistan Penuh Kontroversi

Aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Qatar dan Uzbekistan dilihat panas dan penuh dengan kontroversi. Qatar meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas The White Wolves dalam aksi yang berlangsung di Stadium Jassim bin Hamad, Al-Rayyan. Almoez Ali meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi dua gol pada separuh masa pertama. Uzbekistan kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi dua […]

Thailand & Lubnan Sama Kuat

Skuad kebangsaan Thailand turun menentang pasukan Lubnan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 hari ini. Di babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan. Skuad kendalian Masatada Ishii dilihat lebih mendominasi permainan selepas mencatat empat percubaan tepat bagaimanapun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol. Di separuh masa kedua, Thailand bermula dengan lebih garang […]

Arab Saudi & Australia Sama Liat

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 kumpulan C menyaksikan Arab Saudi berjaya mengikat Australia pada Khamis. Setelah berjaya mengikat Jepun 1-1 dalam aksi terakhir pada Oktober lalu, Australia kembali ke Melbourne untuk berdepan Arab Saudi yang kembali mendapat sentuhan Herve Renard. Jurulatih Australia, Tony Popovic melakukan satu pertukaran berbanding aksi sebelum ini dengan membawa masuk Aiden […]

Tajikistan Kenduri Gol Tewaskan Nepal

Kemarau kemenangan Tajikistan dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa berakhir apabila pasukan itu membelasah Nepal 4-0. The Crowns terdesak mendapatkan kemenangan selepas kali terakhir melakukannya ke atas Pakistan pada 11 Jun lalu. Manakala Nepal turut memburu matlamat sama selepas menewaskan Laos pada 17 Oktober 2023. Pengendali Tajikistan, Gela Shekiladze menurunkan barisan terkuat diketuai bekas pemain tengah […]

Umarbek Eshmurodov Mahu Bawa Uzbekistan Ke Piala Dunia

Bek tengah Selangor FC, Umarbek Eshmurodov berhasrat membawa Uzbekistan layak ke Piala Dunia 2026. Selepas meraih kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada 31 Ogos 1991, negara itu belum pernah layak ke Piala Dunia. The White Wolves hampir layak ke pusingan playoff antara benua untuk Piala Dunia 2014 tetapi tewas kepada Jordan menerusi sepakan penalti. Kini, pasukan […]

ACLE: Gwangju Lega Padang Teruk Sudah Pulih

Kelab Korea Selatan, Gwangju FC kini menghela nafas lega kerana dapat beraksi di Stadium Piala Dunia Gwangju untuk aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Sebelum ini, ramai pemain dan jurulatih pihak lawan menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kualiti padang stadium berkenaan bila menentang Gwangju. Antara jurulatih yang berang dengan keadaan padang Stadium Piala Dunia […]

Safee Sali: Saya Faham Apa Bergson Rasa

Bekas tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali dapat memahami perasaan penyerang utama JDT, Bergson Da Silva. Tonggak berusia 33 tahun itu dimasukkan selaku pemain gantian berdepan juara K-League 1, Ulsan HD dan menjaringkan gol ketiga perlawanan. Reaksi beliau mencuri tumpuan apabila lensa kamera menunjukkan pemain kelahiran Brazil itu menitiskan air mata selepas menjaringkan gol […]

Eddy Israfilov Dalam Kesebelasan Terbaik ACLE Minggu 4

Tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Eddy Israfilov tersenarai dalam kesebelasan terbaik saingan AFC Champions League Elite (ACLE) bagi minggu ke-4. JDT turun melayani kunjungan juara K-League, Ulsan HD bagi aksi minggu keempat ACLE di Stadium Sultan Ibrahim minggu lalu. Hector Bidoglio menampilkan kesebelasan utama terbaik diketuai oleh pemain tengah, Natxo Insa sambil Eddy Israfilov diberi […]

Jurulatih India Anggap Malaysia Lawan Yang Serupa

Jurulatih skuad kebangsaan India, Manolo Marquez melihat pasukan Malaysia merupakan lawan yang kini berdepan misi yang serupa. India dan Malaysia bakal berentap dalam aksi persahabatan Tier 1 pada Jendela Antarabangsa FIFA bulan November ini dengan kedua-dua negara ketika ini berada dalam keadaan yang sama. Pasukan India kini berada di ranking ke-125 dunia sementara skuad Harimau […]

Neymar Seronok Jika Sertai Bekas Kelab Bergson

Bintang Al-Hilal, Neymar mengakui akan menjadi keseronokan untuk kembali ke Brazil dan menyertai kelab yang pernah disertai penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson iaitu kelab Fortaleza. Sebelum ini, MakanBola melaporkan Neymar terpaksa pulang ke Brazil untuk tujuan perubatan selepas mengalami kecederaan peha yang memaksa pemain berusia 32 tahun itu berehat sehingga tamat tahun 2024 ini. […]

Sabah Pintas Ranking Al-Nasr

Jaguh Liga Super Malaysia, Sabah FC berjaya memintas kedudukan Al-Nasr dalam ranking kelab di Asia. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya menemui prestasi sebenar pasukan selepas melonjak ke kedudukan ketiga Liga Super. The Rhinos berjaya melakar empat kemenangan besar dalam empat aksi terakhir menentang Perak (4-2), Penang (4-0), Kedah Darul Aman (5-2) dan Kelantan […]

Timnas Indonesia Terima 3 Hukuman Dari FIFA

Skuad kebangsaan Indonesia menerima tiga hukuman daripada Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) baru-baru ini. Tiga hukuman ini dijatuhkan menjelang aksi kelima pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 antara Tim Garuda dan Jepun di Gelora Bung Karno pada 14 November ini. Tiga hukuman tersebut ialah pertama, Indonesia didenda 10,000 Swiss Franc (RM50,000). Denda tersebut dikenakan […]

Amaran Awal Muangthong United Kepada Selangor

Jaguh Thailand, Muangthong United memberi amaran awal kepada Selangor FC. Skuad kendalian Abdi Hassan tewas kali pertama dalam kancah Liga Juara-Juara AFC Two (ACL2) menentang wakil Korea, Jeonbuk Hyindai tempoh hari. Muangthong United pula berbisa selepas membelasah DH Cebu dengan keputusan 9-2 di tempat lawan. Saingan peringkat kumpulan terus hangat berlangsung selepas Jeonbuk Hyundai memungut […]

ACL2: RMS Semarakkan Perjuangan Selangor Di Korea

Perjuangan Selangor FC untuk mendapatkan mata dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) di Korea Selatan mendapat suntikan semangat DYTM Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah. Ini selepas baginda dilihat berada di Stadium Piala Dunia Jeonju untuk aksi Kumpulan H antara Merah Kuning dan Jeonbuk Hyundai Motors pada 7 November lalu. Baginda turut diiringi […]

“Kim Pan-gon Ibarat Jurgen Klopp”

Pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon telah disamakan dengan impak yang diberikan oleh bekas Ketua Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp. Perkara ini diakui oleh lagenda bola sepak negara, Safee Sali terhadap impak yang dibawa oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu setiap kali bersama pasukan. Katanya, Pan-gon tahu untuk menerapkan mentaliti kemenangan bersama sesebuah pasukan yang dikendalikannya termasuklah […]

Nasib Jeonbuk Hyundai Di Hujung Tanduk

Kedudukan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors dalam saingan K-League 1 kini dalam bahaya. Ini kerana pasukan itu berdepan kemungkinan tersingkir ke saingan K-League 2 musim 2025. Ketika ini, Jeonbuk menghuni kedudukan ke-11 pusingan playoff penyingkiran dengan 38 mata. Pasukan tercorot liga akan terus tersingkir ke saingan K-League 2 musim hadapan. Situasi ini terpakai kepada […]