Filipina Layak Ke Piala Dunia Buat Kali Pertama Dalam Sejarah

Setelah memperagakan aksi yang cukup memberangsangkan dalam tiga perlawanan Piala Asia Wanita 2022, pasukan bola sepak wanita buat pertama kalinya dalam sejarah telah pun mengesahkan tempat ke dalam pusingan akhir Piala Dunia Wanita yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2023. Diundi dalam kumpulan B bersama tiga lagi pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu Australia, Thailand dan […]
Saigon FC Hantar Pemain Ke Liga J2 & J3

Pembangunan akar umbi terus menjadi keutamaan kelab-kelab Liga Vietnam terutama dengan menghantar mereka beraksi di luar negara. Mereka berharap dengan pendedahan beraksi di liga asing, ia dapat memantapkan kemahiran bola sepak dan mematangkan mentaliti mereka sebagai pemain. Antara kelab yang berbuat demikian ialah Saigon FC. Dua pemain berusia 22 tahun iaitu Pham Van Luan dan […]
‘Au revoir, Bafe’: Al-Hilal Lepaskan Bafetimbi Gomis

Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC, Al-Hilal memutuskan untuk melepaskan bekas penyerang Perancis Bafetimbi Gomis. Ini selepas kelab Arab Saudi bimbingan Leonardo Jardim itu tidak memperbaharui kontrak bekas penyerang Swansea itu. Gomis menjadi pujaan penyokong Al-Hilal selepas menyertai kelab itu dari Galatasaray pada Ogos 2018. Dalam tempoh tiga tahun setengah bersama kelab, beliau telah menjaringkan 108 […]
Shin Tae-yong Berang, PSSI & Kerajaan Lambat Selesaikan Masalah Pemain Warisan

Jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong dilihat kecewa dengan tindakkan PSSI & Kerajaan yang masih menangguh proses untuk selesaikan masalah pemain warisan ini. Shin tae-yong menjelaskan dokumen yang diperlukan untuk menjadi pemain warisan sudahpun lengkap namun perkara ini belum ada keputusan rasmi oleh PSSI sejak dua bulan lepas lagi. Sementara itu, nama pemain warisan yang belum […]
Hwang Ui-jo Penjaring Ligue 1 Terbanyak Asia

Semalam, kelab Girodins Bordeaux menamatkan rekod tiga kekalahan berturut-turut mereka dalam liga dengan menewaskan RC Strasbourg di Matmut Atlantique. Lebih manis, dalam perlawanan berkesudahan 4-3 itu, penyerang Korea Hwang Ui-jo menjaringkan tiga gol untuk kelabnya. Ini menjadikan beliau sebagai penjaring Ligue 1 terbanyak dari benua Asia. Dengan 27 gol, ini membolehkan Ui-jo memintas rekod 25 […]
Cerezo Osaka Lanjut Kontrak Dang Van Lam

Penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam berpeluang meneruskan kariernya di Liga J1 Jepun. Ini selepas Cerezo Osaka memutuskan untuk melanjutkan kontraknya selama setahun lagi. Kontrak beliau yang sepatutnya tamat Januari ini akan luput pada 31 Januari 2023. Sejak menyertai Osaka pada Januari tahun lepas, Lam hanya sempat membuat dua penampilan. Pertama, dalam saingan Liga Juara-Juara […]
Jodoh Rajagopal & Skuad Kebangsaan Brunei Berakhir

Dalam satu perkembangan, jurulatih berpengalaman Datuk K. Rajagopal dimaklumkan telah menamatkan khidmatnya sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak Brunei. Perkara itu diputuskan setelah kedua-dua pihak mencapai kata sepakat. Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD) dan Datuk K. Rajagobal telah bersutuju untuk menamatkan kontrak pada akhir Januari 2022. Situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika […]
Hak-bum, Constantine Intai Peluang Kemudi Singapura

Selepas Tatsuma Yoshida mengundur diri sebagai jurulatih Singapura beberapa minggu sebelumnya, masa semakin mencemburui Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). Dengan tempoh rehat antarabangsa bermula pada 21 Mac, FAS sudah pasti mahukan jurulatih baru bersedia mengemudi pasukan negara itu di peringkat antarabangsa. Di sebalik kedudukan mereka ke-160 mengikut rangking FIFA, masih ramai jurulatih yang mengintai peluang […]
Ikhsan Fandi Mula Digeruni Di Liga Thailand

Selepas menabur bakti bersama kelab Norway FK Jerv selama tiga tahun, Ikhsan Fandi kembali ke saingan liga ASEAN dengan menyertai kelab Liga Thailand, BG Pathum United. Risiko yang diambil ternyata berbaloi. Dalam tiga perlawanan, anak legenda Singapura Fandi Ahmad itu telah menyumbat tiga gol untuk BG Pathum. Ikhsan yang memeterai kontrak 2 1/2 tahun bersama […]
Tampines Rovers Perbaharui Kontrak Kyoga Nakamura Lima Tahun

Selalunya di mana-mana liga ASEAN, jarang kita dengar pasukan beri kontrak jangka panjang kepada pemain, baik pemain tempatan atau pemain import. Kontrak selalunya selama setahun atau paling panjang dua tahun. Tetapi kelab Tampines Rovers membuat kejutan dengan melanjutkan kontrak pemain tengah Jepun Kyoga Nakamura selama lima tahun lagi! Dengan memeterai kontrak tersebut, Nakamura dijangka akan […]
Polking: Liga Thailand Liga Terbaik Asia Tenggara

Isu pembayaran gaji pemain sentiasa membayangi liga-liga negara Asia Tenggara dari Malaysia hingga Vietnam. Isu ini secara tidak langsung menjejaskan kualiti profesionalisme liga-liga berkenaan. Mungkin ada yang terasa tetapi itu hakikat yang dinyatakan oleh jurulatih Thailand, Alexandre Polking. Polking yang turut dikenali sebagai Mano menyifatkan pengurusan liga negara-negara ASEAN sebagai kurang baik. Ini kerana ada […]
Kawasaki Frontale Sambar Chanathip Songkrasin

Segar daripada kejuaraan Piala AFF bersama Thailand, kapten pasukan Chanathip Songkrasin kini bertukar kelab pula. Ini selepas juara Liga J1 Kawasaki Frontale bersetuju membeli pemain tengah Gajah Perang itu daripada kelab lamanya, Consadole Sapporo. Songkrasin, 28, beraksi bersama Consadole selama empat setengah tahun selepas menabur bakti bersama pasukan Muangthong United. Semasa di Consadole, beliau membantu […]
Kuda Tua Kazuyoshi ‘King Kazu’ Miura Sertai Suzuka Point Getters

Walaupun usianya sudah mencecah 54 tahun, Kazuyoshi Miura terus aktif bermain bola sepak. Selepas hanya membuat penampilan selama seminit di Yokohama FC musim lepas, beliau memilih untuk turun ke divisyen empat Jepun dan menyertai kelab Suzuka Point Getters. Pengumuman penyertaan beliau dalam pasukan itu dibuat pada hari ini (11 Januari) pada jam 11.11 pagi. Miura […]
Tatsuma Yoshida Kembali Sertai Ventforet Kofu

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Singapura, Tatsuma Yoshida diumumkan sebagai pengurus untuk sebuah kelab Jepun yang beraksi di J League 2, Ventforet Kofu. Beliau sebelum ini melepaskan jawatan di Ventforet Kofu dan menyertai skuad kebangsaan Singapura pada tahun 2019 dengan misi membawa pulang kejuaraan Piala AFF ke bumi Singapura. Namun selepas tewas kepada Indonesia di […]
Egy Maulana Buktikan Dalam Kelas Tersendiri Dengan Jaringan Berkelas Dunia

Bintang sensasi Indonesia, Egy Maulana berjaya mencatat nama selaku penjaring dalam perlawanan akhir kedua, Piala AFF Suzuki 2020 semalam. Walaupun Indonesia meraih gelaran naib juara bagi edisi kali ini, namun rata-rata peminat bola sepak Asean memuji prestasi para pemain muda Indonesia. Egy Maulana Vikri adalah pemain Indonesia yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak. […]
Ricky Kambuaya Raih Pujian, Sedia Sahut Cabaran Shin Tae-Yong Kembangkan Karier Ke Luar Negara

Bintang sensasi Indonesia, Ricky Kambuaya menyatakan minat dan keinginannya untuk beraksi di luar Indonesia. Pemain yang berusia 25 tahun itu sedia untuk menyahut cabaran jurulatih kebangsaannya, Shin Tae-Yong. Prestasi memukau dan persembahan luar biasa Ricky Kambuaya pada edisi Piala AFF kali ini wajar sekali dipuji. Pemain ini bermain dengan sangat baik ketika diturunkan dan beliaulah […]