Chanatip Songkrasin & Kawasaki Frontale Bakal Buat JDT Tunjuk Kemampuan Sebenar

Pemain tengah pasukan Kawasaki Frontale, Chanatip Songkrasin bakal menjadi taruhan terbaik buat pasukannya menjelang saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak lama lagi. Pasukan pendahulu liga Jepun itu kini sedang menikmati musim yang cukup cemerlang apabila telah mengumpul 20 mata selepas 10 perlawanan. Kapten pasukan kebangsaan Thailand itu menjadi nadi utama di bahagian tengah pasukan Kawasaki […]
Remaja 19 Tahun Dipenjara Kerana Hina Rashford

Seorang remaja berusia 19 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 minggu kerana telah menghina penyerang Manchester United, Marcos Rashford. Sebelum ini, Marcus Rashford antara punca utama kegagalan pasukan England menewaskan pasukan Itali dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir EURO 2020 musim lepas. Justin Lee Price, menyerang Rashford di laman twitter dengan menghantar mesej […]
Van Gaal Tuduh FIFA Pentingkan Duit Pilih Qatar Jadi Tuan Rumah

Pengendali pasukan Belanda, Louis Van Gaal secara terbuka meluahkan bahawa pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia dilihat sebagai satu tindakan yang hanya bersifat komersial dan mahukan wang oleh badan induk FIFA. Jurulatih berusia 70 tahun itu menegaskan bahawa pemilihan negara di timur tengah itu hanyalah satu rancangan oleh FIFA disebabkan negara tersebut mampu untuk […]
Pertembungan ‘Darah Muda’ Luqman Hakim Dan Ikhsan Fandi Hangatkan Perlawanan Malaysia & Singapura

Pertembungan dua bintang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsudin dan juga Ikhsan Fandi dijangka bakal menghangatkan lagi perlawanan antara Malaysia menentang Singapura nanti. Ikhsan yang baru sahaja berusia 22 tahun itu sedang menikmati perjalanan musim yang cukup baik ketika ini setelah perpindahannya ke BG Pathum United melonjakkan lagi namanya. Bukan itu sahaja, ketajaman penyudahnya di hadapan […]
Supachai Jaided Buktikan Bisa Anak Thailand Lebih Menyengat Dari Bisa Penyerang Import

Agak jarang untuk kita lihat seorang anak tempatan menjadi penjaring terbanyak liga. Lebih-lebih lagi jika liga tersebut masih rendah tarafnya seperti liga-liga di Asia Tenggara. Bagi liga di Asia Tenggara, kebanyakan penjaring terbanyak pastinya dikuasai oleh ‘awang import’. Perkara sebegini adalah satu perkara yang biasa terjadi kerana sudah pastikualiti pemain import lebih baik dari pemain […]
Bekas Wonderkid Barcelona Bakal Sertai RANS Cilegon FC?

Pasukan Liga 2 Indonesia, RANS Cilegon FC kini dikhabarkan sedang berusaha untuk membawa masuk bekas bintang Barcelona selepas sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa nama besar di Eropah bagi menguatkan pasukan. Setelah nama-nama seperti Mesut Ozil pernah dikaitkan dengan pasukan milik Rafi Ahmad ini, kini nama bekas pemain AC Milan ini menjadi bualan hangat di […]
Shin Tae-yong Perkenalkan Latihan Ala Askar, Fokus Tingkatkan Tahap Fizikal Pemain

Pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong yakin prestasi pemain bawah 19 tahun Indonesia akan terus meningkat setelah berkampung hampir sebulan di Korea Selatan. Menurut Shin Tae-yong, pemainnya pastu akan menimba ilmu ketika menentang pasukan-pasukan yang kuat. Shin Tae-yong meramalkan pada peringkat awal, para pemain akan menganggap penerapan latihan dan perlawanan disana adalah sukar namun itu […]
Andres Iniesta Dan Vissel Kobe Di Ambang Penyingkiran

Pasukan gergasi Jepun, Vissel Kobe kini berkemungkinan bakal tersingkir daripada liga utama Jepun disebabkan prestasi yang terumbang-ambing ketika ini. Vissel Kobe yang dibimbing oleh jurulatih A. Miura masih tidak mencatatkan sebarang kemenangan setakat ini. Setelah beraksi sebanyak 6 perlawanan, pasukan tersebut hanya berjaya merekodkan 3 seri selain tumpas juga sebanyak 3 kali musim ini. Prestasi […]
Hantaran Elit Chanatip Songkrasin Buat Pertahanan Nagoya Grampus ‘Terduduk’

Perancang tengah berpengalaman Thailand, Chanatip Songkrasin terus gah mencipta nama di pentas bola sepak Jepun apabila menjadi watak penting buat Kawasaki Frontale ketika mencatat kemenangan ke atas pasukan Nagoya Grampus. Pemain berusia 28 tahun itu memulakan aksi dalam kesebelasan utama pasukan dan beraksi di posisi tengah bermula dengan cukup baik. Beliau tenang mengawal jentera tengah […]
Indonesia Kekal ‘Darah Muda’ Di Kelayakan Piala Asia

Pasukan kebangsaan Indonesia dijangka bakal terus mempertaruhkan bakat muda di Kelayakan Piala Asia yang bakal berlangsung Jun ini. Hal ini disebabkan, 80 peratus daripada skuad yang bakal tampil di kejohanan tersebut terdiri daripada pemain yang beraksi di sukan SEA 2021. Menurut penjelasan jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong, beliau mahu mempersiapkan pasukan kebangsaan dengan senarai pemain […]
Shin Tae-yong Risau, Kini Buru Pemain Warisan Dari Eropah

Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) PSSI, Hasani Abdulgani menyatakan bahawa Jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong mula risau sekaligus menyarakannya mencari pemain yang berturunan Eropah jika ada. Hasani menjelaskan PSSI kini dalam proses untuk memiliki 2 pemain warisan dari Eropah, antaranya adalah Sandy Walsh dan Jordi Amat. Dalam pada itu, Hasani juga melihat Tijjani Reijnders adalah salah […]
Perpindahan Pratama Arhan Lonjak Jumlah Pengikut Instagram Tokyo Verdy

Pemain pertahanan Indonesia, Pratama Arhan telah melengkapkan perpindahan ke sebuah pasukan yang berpangkalan di Jepun iaitu Tokyo Verdy. Pemain yang berusia 21 tahun itu telah diumumkan secara rasmi oleh kelab barunya di laman Instagram pada semalam. Kehadiran Arhan ke kelab tersebut telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan peminat bola sepak di Asia. Setelah poster […]
Sydney FC Rekrut Bekas Pemain Sayap Swansea Luciano Narsingh

Kisah bekas pemain Swansea City mendominasi tajuk media kebelakangan ini. Selepas Jordi Amat bakal menjadi pemain naturalisasi Indonesia, rakan sepasukan lamanya dari Belanda Luciano Narsingh pula berkelana ke Australia. Ini selepas bekas pemain PSV Eindhoven itu berpindah secara percuma dari Feyenoord ke Sydney FC. Narsingh, 31, dijangka bukan saja membawa kelajuan kepada jentera serangan kelab […]
Mousa Dembele Bersara Selepas Kontrak Guangzhou City Berakhir

Selepas membuat kemunculan pertama bersama Germinal Beerschot 18 tahun yang lalu, bekas jeneral tengah Tottenham Mousa Dembele mengumumkan rancangan persaraanya hari ini. Beliau akan menggantung but selepas kontraknya dengan Guangzhou City berakhir tahun ini. Kenyataan ini dikeluarkan susulan berita mengatakan Dembele bakal menggantung but. Dalam kenyataan ringkasnya di Instagram, beliau masih mempunyai baki kontrak setahun […]
Muka Sama Suramkan Kelayakan Piala Dunia Peringkat Asia

Dengan saingan kelayakan Piala Dunia 2022 semakin di penghujung, beberapa negara sudah mengesahkan tempat ke saingan akhir di Qatar. Tetapi di peringkat Asia, muka sama yang muncul merebut slot automatik kelayakan: Arab Saudi, Australia, Iran, Jepun dan Korea Selatan. Hanya Korea Utara yang mencuba memecah dominasi kuintet ini pada 2010. Perkataan mudah di sini ialah […]
Baihakki Khaizan Umumkan Persaraan

Pemain kebangsaan Singapura, Baihakki Bin Khaizan hari ini telah mengumumkan persaraannya daripada pentas bola sepak. Selepas hampir 18 tahun berkecimpung dalam dunia bola sepak, lagenda Singapura ini berjaya menamatkan kariernya dengan pencapaian terbaik. Sinonim dengan panggilan ‘Bai’ pemain yang berusia 38 tahun ini telah banyak berjasa kepada bola sepak terutamanya di peringkat Asia Tenggara. Mencatat […]