King’s Cup: Tajikistan Bangkit Tumbangkan Trinidad & Tobago Untuk Ke Final

Pertembungan separuh akhir Piala Raja Thailand (King’s Cup) antara pasukan Trinidad & Tobago berkesudahan dengan keputusan 2-1 memihak kepada Tajikistan. Tajikistan yang berada pada kedudukan ke-104 dunia jelas berada dalam kelas tersendiri seawal minit pertama permainan. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan pemain terbaik dengan nama-nama seperti Keston Julien, Levi Garcia dan Judah Garcia dipertaruhkan selain Tajikistan […]

Ini Strategi Buriram United Bina Jenama, Pernah Jana Jualan RM3.37 Juta Untuk 1 Hari!

Percaya atau tidak bahawa kelab tersohor Thai League 1, Buriram United pernah menjual lebih 600,000 helai jersi dalam 1 musim. Buriram United juga berjaya merekodkan jualan berjumlah RM3.37 juta untuk 1 hari perlawanan pada musim 2019! Lebih menarik, untuk musim 2019 itu Buriram United gagal muncul selaku juara saingan Thai League 1 tetapi berjaya mencatatkan […]

AFC U20: Malaysia Benam Sri Lanka

Perlawanan kelayakan Piala Asia B-20 menyaksikan skuad muda negara mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan peringkat kumpulan selepas menundukkan Sri Lanka dengan keputusan 3-0.  Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah dilihat pasukan cuba untuk menguasai permainan. Pada minit ke-30 permainan, Aliff Izwan berjaya menjaringkan gol pembukaan dengan larian bijak melepasi perangkap offsaid pertahanan Sri lanka sekaligus […]

Saddil Ramdani Tinggalkan Sabah?

Legenda pasukan kebangsaan Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto, menasihati Saddil Ramdani supaya segera meninggalkan ASEAN dan melangkah ke peringkat yang lebih tinggi seperti di Eropah.  Kurniawan mengakui bahawa Saddil mempunyai nilai tersendiri yang membolehkan beliau mencari cabaran baharu. Saddil juga layak untuk bersaingan dalam perlawanan yang tahapnya lebih baik daripada ASEAN.  Difahamkan Kurniawan kini merupakan penolong […]

Stadium International Jakarta Sedia Digunakan 5 Tahun Lagi

Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi menyatakan bahawa Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) mungkin sedia digunakan oleh pasukan kebangsaan Indonesia dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi.  Stadium tersebut kini telahpun disiapkan dan dirasmikan. Cuma terdapat beberapa pembangunan infrastruktur sokongan yang masih dijalankan di dalam dan luar stadium dengan kapasiti 82 ribu tempat duduk. “Mungkin dalam tempoh […]

Justin Bieber & Maroon 5 ‘Paksa’ Thailand Ubah Lokasi Perlawanan

Venue keramat pasukan kebangsaan Thailand, Stadium Rajamangala dilaporkan tidak dapat digunakan pada saingan Piala AFF Mitshubishi Electric kali ini. Perkara ini difahamkan ekoran daripada penganjuran konsert yang melibatkan dua artis terkemuka dunia, Justin Bieber dan juga Maroon 5 yang bakal diadakan di stadium tersebut. Stadium kebangsaan pasukan Thailand itu difahamkan bakal menganjurkan dua konsert bertaraf […]

KL City Bakal Uji Kekuatan Sebenar Mohun Bagan

Juara AFC Zon Asean, KL City FC bakal berdepan cabaran kelab dari India, Mohun Bagan pada aksi separuh akhir antara zon Piala AFC. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini telah membatalkan pergantungan terhadap Pesekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF). Ekoran daripada penarikan serta merta ini, India boleh kembali aktif dalam menyertai pertandingan-pertamdingan antarabangsa. […]

ACL: Urawa Reds Bantai BG Pathum

Aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini menyaksikan pertembungan antara wakil dari Jepun, Urawa Red Diamonds melayan kunjungan wakil dari Thailand, BG Pathum United. Aksi separuh masa pertama perlawanan menyaksikan Urawa Reds berjaya mendahului 2-0 dihadapan hasil jaringan daripada David Moberg Karlsson dan Takuya Iwanami. Tidak cukup setakat itu, Urawa Reds terus menambah […]

Hari Bersejarah Buat Trio Fandi

Tiga anak lagenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Irfan, Ikhsan dan Ilhan masing-masing berjaya menempa nama dan mencipta sejarah dalam arena bola sepak pada semalam. Irfan dan Ikhsan yang mewakili kelab gergasi Thailand, BG Pathum United berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir bagi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022. Duo berbakat ini merupakan pemain Singapura […]

JDT Bawa Pulang Hampir RM1.2 Juta Ke Tanah Air

Pasukan gergasi dari Selatan, Johor Darul Ta’zim dianggarkan bakal membawa pulang hadiah kejohanan sebanyak RM1.2 Juta. Hal ini rentetan daripada aksi cemerlang pasukan JDT di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL). Walaupun JDT terpaksa akur dengan kekalahan kepada Urawa Red Diamonds pada aksi Round Of 16 semalam, prestasi yang diperagakan Harimau Selatan sepanjang saingan ACL musim […]

Penyokong Terengganu & Indonesia Turut Hadir Beri Sokongan Kepada JDT Di Jepun

Pertembungan aksi kalah mati dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada semalam menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim JDT terpaksa akur dengan kehebatan wakil dari Jepun, Urawa Red Diamonds. Skuad kendalian Hector Bidoglio mudah dijinakkan Urawa dengan keputusan 5-0. Ia bukanlah satu tugas mudah buat sesebuah pasukan lawan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah. […]

ACL: JDT Tewas Kepada Urawa Reds

Aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) pusingan kalah mati hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Urawa Red Diamonds. Wakil dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim terpaksa melupakan hasrat untuk melangkah ke peringkat lebih jauh apabila tewas kepada pasukan dari Jepun, Urawa Red Diamonds dengan keputusan 5-0. Gol pembukaan hadir seawal minit ke-8 permainan […]

ACL: BG Pathum Gah Ke Suku Akhir Tewaskan Kitchee

Aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) peringkat 16 pasukan akhir hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan BG Pathum United menentang Kitchee SC. Wakil dari Thailand, BG Pathum United melakar kemenangan bergaya menewaskan pasukan dari Hong Kong, Kitchee SC dengan keputusan 4-0. Jaringan pertama perlawanan hadir pada minit ke-34 permainan menerusi pemain sensasi Thailand, Worachit Kanitsribampen. Worachit […]

Jurulatih Urawa Reds Akui Beliau Kenal Pasti Bakat Forestieri 13 Tahun Lalu

13 tahun sudah berlalu namun Ketua Jurulatih Urawa Reds dari Sepanyol, Ricardo Rodríguez tidak dapat melupakan saat beliau mengenal pasti bakat pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri. “Pertama sekali, Forestieri adalah pemain yang saya bawa masuk semasa saya menjadi Pengurus Sukan di Malaga (Kelab Sepanyol). Sejak menentang mereka (JDT) pada 2015 ketika saya […]

Terkini: Benjamin Mora Mula Ikuti Persib Bandung

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) mula dikesan mengikuti perkembangan pasukan yang berpangkalan di Indonesia, Persib Bandung. Pengendali kelahiran Mexico itu telah pun berpisah dengan JDT sebelum ini setelah dilaporkan pulang ke negara asalnya untuk menyelesaikan urusan peribadinya di sana. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, beliau ada memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya dengan […]

Beraksi Di Final, Jurulatih Vietnam B-16 Mahukan Jaminan Keselamatan

Ketua jurulatih Vietnam B-16, Nguyen Quoc Tuan menegaskan kepada PSSI bahawa beliau mahukan jaminan keselamatan terhadap anak buahnya ketika beraksi di final Piala AFF U-16 2022 kelak. Beliau risau perkara ini akan berlaku semula. Malah, beliau meminta perkara ini bukan suka-suka tetapi atas dasar kepentingan dan keselamatan para pemainnya. Sebelum ini, Nguyen menyatakan pernah terjadi […]