Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Beri Kejutan Tumbangkan UAE

Pertembungan antara Malaysia dan juga Emeriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan pasukan muda negara menang dengan keputusan 3-2. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dalam usaha untuk tidak mensia-siakan 3 mata yang boleh diraih. Anak didik Osmera Omaro jelas beraksi dengan kemampuan sebenar untuk terus memberikan masalah buat pasukan lawan sejak awal permainan. Malah, keputusan seri bertemu […]
Paolo Josue Berpeluang Rangkul Kasut Emas Piala AFC

Pemain import pasukan Kuala Lumpur City FC, Paolo Josue berpeluang untuk merangkul kasut emas dalam kejohanan Piala AFC 2022. Kapten pasukan The City Boys ini menjadi watak penting tatkala memacu harapan pasukan untuk menjulang piala berprestij di Asia tersebut. Bintang kelahiran Brazil ini telah pun diturunkan sebanyak 6 kali dalam kejohanan ini dan memainkan peranan […]
Piala AFC: KL City Cipta Sejarah Mara Ke Final Tewaskan Sogdiana

Wakil Malaysia, Kuala Lumpur City FC (KL City) meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Piala AFC apabila mara ke perlawanan akhir selepas berjaya mengejutkan kelab Uzbekistan, FC Sogdiana Jizzakh melalui penentuan sepakan penalti dalam pusingan akhir antara zon yang berlangsung di Stadium Sogdiana, Uzbekistan sebentar tadi. KL City turun ke padang tanpa penyerang tulen dalam perlawanan […]
FIFA Mahu Hamidin

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) menunjukkan minat yang mendalam terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. Hamidin yang meneraju tampuk FAM telah pun dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa badan induk tersebut bagi pemilihan ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) penggal 2023-2027. Katanya, beliau menyambut baik pencalonan ini sungguhpun masih berada pada peringkat awal. […]
“Kemasukan Sharul Nazeem Bukan Sebab Taktikal” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon akhirnya menjelaskan sebab membawa masuk pertahanan Selangor, Shahrul Nazeem untuk beraksi pada posisi tengah menentang Tajikistan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menegaskan bahawa keputusan itu dilakukan bukan disebabkan oleh percaturan taktikal pasukan. Menentang lawan yang berada pada kedudukan yang lebih baik, beliau mahu membawa elemen fizikal yang lebih bagi […]
Petar Šegrt: Saya Sukakan Sumareh

Ketua jurulatih Tajikisan, Petar Šegrt mengakui beliau sebenarnya sudah jatuh hati dengan aksi pemain sayap Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh. Pengendali berusia 64 tahun itu mengakui bahawa beliau menghadapi tugas yang sukar untuk berdepan dengan anak buah Kim Pan-gon. Katanya, Malaysia telah membawa cabaran yang amat sukar sungguhpun kedudukan Tajikistan jauh lebih baik berbanding skuad kebangsaan […]
King’s Cup: Tajikistan Juara Tewaskan Malaysia

Pertembungan antara pasukan Malaysia menetang Tajikistan berkesudahan dengan kemenangan milik Tajikistan menerusi sepakan penalti. Kim Pan-gon telah membuat pertukaran dalam kesebelasan utama terutamanya pada bahagian serangan pasukan. Peluang terbaik buat Harimau Malaya hadir menerusi satu serangan balas namun rembatan Akhyar Rashid berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Tajikistan, Rustam Yatimov. Anak didik Petar Segrt memiliki […]
King’s Cup: Thailand Sahkan Tempat Ke-3 Atasi Trinidad

Pertembungan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 antara pasukan tuan rumah, Thailand menentang Trinidad & Tobago berkesudahan dengan keputusan 2-1. Ketua jurulatih Gajah Perang, Mano Polking menurunkan kesebelasan terbaik sungguhpun terpaksa melupakan khidmat pasukan, Chanatip Songkrasin. Trinidad yang dibimbing oleh Angus Eve turut menampilkan aksi yang amat bertenaga untuk mengasak gawang yang dikawal oleh Kampol Pathum-attakul. […]
Final King’s Cup Dalam Suasana Hujan?

Pertembungan antara dua pemenang separuh akhir, Malaysia dan juga Tajikistan berkemungkinan bakal diadakan dalam suasana hujan. Keadaan terkini di Chiang Mai, Thailand sudah berada dalam keadaan hujan sejak dua tiga hari kebelakangan ini. Oleh uanh demikian, perlawanan ini berkemungkinan berlangsung dalam keadaan hujan selepas cuaca pada petang Ahad, 25 September hujan lebat. Namun begitu, keadaan […]
Petar Šegrt: Malaysia Ada Segalanya

Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Šegrt mengakui bahawa Malaysia memiliki segala-galanya untuk mencipta kejutan pad a perlawanan akhir. Beliau yang berjaya membawa pasukannya menewaskan Trinidad & Tobago dengan keputusan 2-1 itu turut terkejut dengan kemampuan anak didik Kim Pan-gon untuk membenam Thailand di hadapan puluhan ribu penyokong mereka. Katanya, perkara itu juga membuktikan bahawa Malaysia semenangnya […]
Semua Pemain Berkualiti, Kim Pan-gon Tak Takut Buat Perubahan Hadapi Tajikistan

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi bayangan bahawa beliau akan melakukan perubahan menentang Tajikistan pada final King’s Cup esok. Pengendali berusia 53 tahun itu memuji kualiti yang dimiliki oleh anak didiknya yang sentiasa bersedia tatkala diberikan peluang untuk beraksi. Katanya, pemain Harimau Malaya memiliki mentaliti yang amat baik dan kemampuan yang mampu memberikan sesuatu […]
Chanatip: Saya Pentingkan Diri

Kapten pasukan kebangsaan Thailand, Chanatip Songkrasin mengakui beliau agak pentingkan diri tatkala pasukannya tewas kepada Malaysia semalam. Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan namun terpaksa dikeluarkan pada minit ke-13 akibat kecederaan. Dalam satu temubual, bintang yang berkelana di Jepun ini memaklumkan bahawa beliau sememangnya beraksi dalam keadaan cedera. Namun begitu, azam […]
Polking Sedih Dengan Situasi Chanatip Songkrasin

Ketua jurulatih pasukan Thailand, Mano Polking sedih dengan situasi yang melanda kapten pasukannya, Chanatip Songkrasin. Pemain berusia 28 tahun itu turun untuk mengemudi jentera tengah pasukan namun terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-13 permainan. Mengulas lanjut, Polking mengakui ketiadaan bintang yang berkelana di Jepun itu memberi tamparan yang cukup hebat buat Thailand. Katanya, kualiti yang dimiliki […]
Syihan Hazmi Buktikan Kemampuan Sebagai Penjaga Gol No.1 Malaysia

Penjaga gol pasukan negara, Ahmad Syihan Hazmi membuktikan kalibernya untuk mengemudi benteng terakhir pasukan menerusi satu persembahan yang cukup memberangsangkan ketika menewaskan Thailand semalam. Pemain berusia 26 tahun itu diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mengemudi gawang gol Harimau Malaya ketika berkunjung ke Chiang Mai. Beliau tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki dengan ketangkasannya menjadi faktor Malaysia layak […]
Polking Sudah Jumpa Permata Baru Thailand

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Mano Polking menemui ‘sesuatu’ selepas tewas kepada Malaysia sebentar tadi. Beliau menjelaskan bahawa sungguhpun pasukannya tidak mampu menandingi kehebatan Harimau Malaya yang beraksi dengan cukup baik namun beliau kekal berpuas hati dengan usaha para pemainnya. Katanya, perubahan taktikal yang berlaku pada babak kedua menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak melakukan […]
King’s Cup: Malaysia Ke Final Hampakan Thailand

Aksi separuh akhir yang melibatkan pasukan Harimau Malaya yang turun menentang pasukan tuan rumah, Thailand berkesudahan dengan kemenangan bermakna milik Malaysia. Malaysia turun dengan barisan terbaik dengan nama seperti Brendan Gan dan juga Safawi Rasid kembali dalam kesebelasan utama pasukan jelas mampu memberi impak yang cukup luar biasa. Menentang jaguh yang beraksi di laman sendiri, […]