Syria & Palestin Dijangka Sertai Pestabola Merdeka

Dua pasukan dari Timur Tengah dijangka akan menghangatkan lagi saingan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan semula pada tahun ini. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan mengundang dua pesaing terhebat di Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Thailand yang merupakan finalis Piala AFF 2022. Saingan ini difahamkan akan turut diserikan lagi dengan kehadiran dua pasukan besar […]
Papé Diakité Sertai Kelab Vietnam, Berguru Dengan Lagenda Thailand

Bekas pertahanan kebal Terengganu FC, Papé Diakité pulang semula beraksi di Vietnam apabia melengkapkan perpindahan ke kelab Liga 1 iaitu Hoang Anh Gia Lai FC. Pertahanan berusia 30 tahun itu merupakan tonggak utama di bawah kendalian Nafuzi Zain namun tidak mendapat tawaran kontrak baharu dari kelab. Beliau akhirnya memilih untuk membawa haluan baharu apabila memilih […]
Ratchaburi Realisasikan Impian Safawi Rasid 10 Tahun Lalu

Pemain baharu Ratchaburi FC, Safawi Rasid bersyukur kerana kelab tersebut akhirnya dapat merealisasikan impian yang telah disimpannya sejak 10 tahun lalu. Kapten Harimau Malaya itu secara rasmi telah melengkapkan perpindahan ke kelab Liga 1 Thailand itu secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim. Beliau yang baru sahaja diperkenalkan dalam satu sesi sidang media […]
Park Hang-seo Terima Hadiah Perpisahan Luar Biasa

Bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo telah menerima hadiah perpisahan yang cukup luar biasa. Setelah diumumkan secara sah meninggalkan skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo telah dianugerahkan tiket Business Class seumur hidup daripada Vietnam Airlines. Vietnam Airlines memberikan tajaan seumur hidup tersebut sebagai tanda apresiasi atas khidmat serta sumbangan beliau kepada negara. Sejak mengendalikan Vietnam pada […]
Tiket Aksi Ronaldo & Messi Dijual Pada Harga RM11.5 Juta

Pertembungan antara Ronaldo dan Messi bakal menjadi kenyataan apabila kedua-dua pemain ini dijadualkan bertemu dalam satu aksi persahabatan Khamis ini. Kapten pasukan kebangsaan Portugal berusia 38 tahun itu akan mengetuai pasukan dibarisi pemain kelab Al Hilal dan Al Nassr menentang Messi dan PSG dalam skuad Riyadh ST XI. Impian melihat pertembungan dua bintang bola sepak […]
Safawi Rasid Diperkenalkan Sebagai Pemain Baharu Ratchaburi

Kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan tonggak utama buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak beberapa musim kebelakangan ini. Namun begitu, kecederaan yang melanda dirinya menyebabkan beliau perlukan tempat untuk membantunya mencapai semula prestasi sebenarnya. Pada satu […]
Ketinggian Syihan Hazmi Jadi Pelengkap JDT Hadapi Musim 2023

Kemasukan penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi dilihat telah melengkapkan skuad tersebut bagi menghadapi jadual padat musim 2023. Pemain berusia 27 tahun itu kini sudah mula turun menjalani latihan setelah melengkapkan perpindahan ke Selatan tanah air namun susuk tubuhnya jelas merupakan antara elemen yang diperlukan oleh JDT selama ini. Bekas penjaga […]
Info Siaran Langsung Thailand vs Vietnam | Piala AFF 2022

Aksi yang melibatkan pertembungan bekas juara Piala AFF 2020, Thailand yang bakal melayan kunjungan Vietnam di Stadium Thammasat malam ini. Anak didik Mano Polking membawa bekalan selesa dari Vietnam apabila berjaya mempamerkan corak sebenar untuk seri 2-2 tempoh hari. Skuad gajah Perang sudah tentu mahu mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu apabila tampil dengan […]
JDT Mahu Terus Cipta Kejutan Di ACL

Juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu terus mencipta fenomena dalam pentas bola sepak Asia selepas berjaya melakukan perkara tersebut sebelum ini. JDT telah memberi petanda positif dalam kejohanan tersebut dengan membuktikan mereka sedia berdepan mana-mana pasukan di rantau ini. Pada musim lalu, skuad Harimau Selatan telah membenam cabaran dua pasukan gergasi Asia, […]
FC Zenit Mula Usik Manja JDT Menjelang Aksi Persahabatan

Kelab gergasi dari Russia, FC Zenit Saint Petersburg sudah memulakan perang psikologi terhadap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang aksi persahabatan pada Februari kelak. Harimau Selatan baru-baru ini telah memaklumkan bahawa mereka akan terbang ke bumi Dubai bagi menghadapi 5 siri persahabatan dan JDT bakal berdepan FC Zenit dalam perlawanan persahabatan pra musim disana. FC […]
Info Siaran Langsung Vietnam vs Thailand | Piala AFF 2022

Pertembungan antara pasukan Vietnam vs Thailand pada pentas akhir di Stadium Tamassat malam ini bakal menentukan siapa yang berkelebihan menjelang sepak mula final kedua kelak. Anak didik Mano Polking turun ke tempat lawan dalam momentum terbaik berbekalkan kemenangan yang diraih ke atas Malaysia dengan agregat 3-1. Vietnam sudah tentu ingin menebus kehampaan edisi lalu apabila […]
Al-Hilal Mahukan Lionel Messi, Sedia Tawar Gaji RM553 Juta Lebih Tinggi Daripada Ronaldo

Pencabar terdekat Al-Nassr, Al-Hilal tidak mahu duduk diam apabial difahamkan mahu memancing khidmat pemenang Piala Dunia Qatar 2022, Lionel Messi. Bintang PSG itu merupakan tunjang utama buat negaranya apabila akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 36 tahun Argentina menjulang kejuaraan berprestij tersebut. Kini, berita mengenai perpindahan Cristiano Ronaldo ke kelab Arab Saudi itu kembali hangat apabila […]
Rasmi: R. Kogileswaran Sertai Kelab Korea, Chungbuk Cheongju

Pemain kelahiran Malaysia, R. Kogileswaran secara rasmi mengumumkan penghijrahannya ke kelab divisyen 2 Korea, Chungbuk Cheongju FC. Bintang berusia 24 tahun ini mula hangat diperkatakan selepas beliau memberi bayangan akan berhijrah ke luar negara bagi musim 2023. Sungguhpun pada awalnya, bintang Harimau Malaya ini dikaitkan dengan penyertaan ke kelab Singapura dan juga Thailand, beliau akhirnya […]
Jurulatih Singapura Rungkai Formula ‘Emas’ Kejayaan Bola Sepak Jepun

Ketua jurulatih Geylang FC, Noor Ali merungkai formula yang digunakan oleh Jepun bagi memastikan bola sepak di negara itu berkembang dengan cukup pesat sehingga mampu ke Piala Dunia. Bekas pemain pasukan kebangsaan itu berkongsi berkenaan perbezaan bola sepak terutamanya di negara kelahirannya dan juga negara matahari tersebut. Katanya, antara perbezaan ketara yang boleh dilihat daripada […]
Madame Pang Cadangkan Indonesia & Thailand Jadi Tuan Rumah Piala Dunia

Pengerusi kelab Port FC, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madame Pang bercita-cita untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama Indonesia. Beliau yang memiliki pengalaman yang cukup luas dalam pengurusan bola sepak di Thailand itu berkata, impian besar itu diharap mampu direalisasikan kerana terinspirasi daripada edisi Piala Dunia sebelum ini. Madame Pang juga menaruh harapan […]
Tak Tunggu Lama, Kogileswaran Sertai Pra-Musim Chungbuk Cheongju Di Thailand?

Bekas bintang PJ City FC, R. Kogileswaran memberi bayangan mengenai perpindahannya ke sebuah kelab yang difahamkan terletak di Korea Selatan. Pemain berusia 24 tahun itu merupakan antara prospek terbaik yang dimiliki oleh Malaysia dikhabarkan berjaya menambat hati sebuah kelab divisyen 2 Korea, Chungbuk Cheongju FC. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Storynya, […]