Safawi Rasid Berpeluang Lepas Rindu Lawan Kelab Malaysia

Pemain baharu Ratchaburi FC, Safawi Rasid berpeluang bertemu semula dengan kelab Malaysia tidak lama lagi. Hal ini susulan Selangor FC bakal hadir ke Thailand dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari ini di Bangkok dan bakal berdepan Ratchaburi FC. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Datuk Johan Kamal, beliau mengesahkan […]

Liga Singapura Lulus Ujian FIFA, Sedia Guna VAR Musim 2023

Teknologi Video Pembantu Pengadil (VAR) akan mula diimplementasikan buat pertama kali dalam sejarah Liga Singapura bermula musim 2023. Liga Perdana Singapura (SPL) akan memanfaatkan penggunaan teknologi ini selepas mendapat kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) baru-baru ini. Penggunaan VAR akhirnya lulus penilaian akhir yang dilakukan oleh FIFA yang datang selepas proses pelaksanaan bermula pada […]

Jurulatih Al-Nassr Anggap Ronaldo Punca Kekalahan

Ketua jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia menganggap bahawa bintang baharu pasukan, Cristiano Ronaldo menjadi punca kekalahan pasukan semalam. Pemain berusia 38 tahun itu turun selaku kapten pasukan semalam ketika berdepan Al-Ittifaq menyaksikan pasukannya tewas dengan keputusan 3-1. Dalam satu kenyataan sidang media selepas perlawanan, beliau menganggap kegagalan Ronaldo menyempurnakan peluang terhidang pada babak pertama mengubah keputusan […]

Bakal Bertemu JDT, Zenit Bagi ‘Amaran’ Awal

Pasukan gergasi Rusia, Zenit St Petersburg memberi amaran awal kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan aksi persahabatan pra musim di Dubai. Pasukan yang sedang mendahului Liga Russia ini sedang mempersiapkan pasukan menjelang separuh musim kedua dalam memastikan kedudukan teratas liga kekal hingga penghujung musim. Pasukan yang terkenal dengan jolokan Zenitchiki ini bagaimanapun memberi petanda […]

Rasmi: MFL Perkenal Sepak Mula Waktu Siang

Aksi Liga Super 2023 bakal membawa satu lagi perubahan besar apabila perlawanan akan diadakan bermula waktu petang. Menerusi satu pengumuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), waktu bagi setiap aksi akan terbahagi kepada beberapa kelompok waktu yang telah dibincangkan. Bagi aksi di Semenanjung, perlawanan akan bermula seawal jam 5:15-5:30 petang manakala disusuli dengan aksi pada jam […]

Tano Solari: JDT Ada Standard Yang Tinggi

Ketua jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari mengakui bahawa pasukannya memiliki standard yang tinggi dalam pentas bola sepak. Pengendali kelahiran Argentina itu baru sahaja tiba bagi mengisi jawatan daripada Hector Bidoglio yang kini bergelar Pengarah Teknikal. Dalam satu kenyataan, jurulatih muda berusia 44 tahun itu berpuas hati dengan persiapan pasukan selama dua minggu […]

“Referee Kayu” – Son Heung-min Belajar Bahasa Melayu

Pemain sayap kelahiran Korea Selatan, Son Heung Min begitu teruja ketika akhirnya dapat mempelajari bahasa Melayu. Bintang sensasi yang berkelana di Eropah bersama Tottenham Hotspurs itu merupakan antara pemain sensasi pasukan ketika ini. Beliau telah berjaya kekal konsisten sehingga menempatkan diri antara salah seorang penjaring terbaik di EPL sejak beberapa musim lalu. Walau bagaimanapun, kelibat […]

Dulu Park Hang-seo Sanggup Tinggalkan Vietnam Untuk Malaysia

Bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan pernah menawarkan diri kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi skuad kebangsaan Malaysia. Pengendali berusia 65 tahun itu telah bersama pasukan kebangsaan Vietnam hampir 5 tahun dan membawa era kegemilangan kepada bola sepak di sana. Namun begitu, beliau difahamkan amat berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pengendali Harimau Malaya […]

Rasmi: Thailand Tidak Sertai Pestabola Merdeka

Juara Piala AFF 2022, Thailand difahamkan tidak akan menyertai kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan September ini. Hal ini telah pun disahkan oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) setelah difahamkan terdapat perbincangan antara pihak Thailand dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Setiausaha FAT, Patit Suphaphongs sekaligus menyaksikan lawan tradisi Malaysia […]

Irfan Fandi Hadir Saksikan Latihan Sri Pahang

Pertahanan tengah pasukan kebangsaan Singapura, Irfan Fandi menjadi bualan hangat para peminat susulan kelibatnya dikesan dalam latihan Sri Pahang. Pemain berusia 25 tahun itu kini berkelana di Liga 1 Thai bersama penyandang juara, BG Pathum United dan menjadi tonggak utama pasukan di sana. Beliau yang juga merupakan anak kepada lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad […]

Gol Safawi Rasid Dibatalkan VAR

Hasrat bintang baharu pasukan Ratchaburi FC, Safawi Rasid untuk mencatat jaringan pertamanya terbatal apabila gol saat akhirnya dibatalkan oleh VAR. Pemain berusia 25 tahun itu masuk selaku pemain gantian pada babak kedua untuk menajamkan lagi jentera serangan The Dragons dalam aksi ini. Beliau memainkan peranan yang cukup penting setelah menggantikan Anon Amornlertsak ketika perlawanan masih […]

Rasmi: India Sertai Pestabola Merdeka

Pasukan kebangsaan India telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan September tahun ini. Baru-baru ini telah tular isu apabila pihak Persatuan Bolasepak India (AIFF) menyatakan kekecewaan selepas tidak diundang bagi menyertai kejohanan ini. Perkara ini telah pun disahkan oleh setiausaha badan tersebut, Shaji Prabakaran yang memaklumkan bahawa terdapat perbincangan yang diadakan bersama […]

Ratchaburi Kini Ada Dua ‘Pawi’

Pasukan tangga ketiga Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC selesai menandatangani kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid baru-baru ini. Pemain berusia 25 tahun itu kini membawa haluan baharu secara pinjaman selepas berkelana di Johor Darul Ta’zim (JDT) selama beberapa musim. Perpindahan ini jelas amat diperlukan oleh anak jati kelahiran Terengganu ini bagi mengembalikak semula rentak permainannya dan […]

Penjaga Gol Thailand Kongsi Perbualan Ringkas Dengan Safawi Rasid

Penjaga gol Thailand, Kampon Phatomakkakul berkongsi perbualan ringkas antara beliau dan juga kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid dalam sesi temubual bersama SNE Sport. Beliau menyatakan Safawi ada menghantar satu mesej mengucapkan tahniah kepadanya selepas menang menentang Malaysia 3-0 dalam saingan Piala AFF Mitshubishi 2022 yang lepas. Kampon juga menghormati Safawi kerana masih bersama pasukan […]

Stadium Paroi Bakal Gunakan Rumput Zeon Zoysia

Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi difahamkan akan menaik taraf rumput kepada Zeon Zoysia seperti yang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani, kerja menaik taraf akan dimulakan pada Mac ini selepas proses menukar tempat duduk penonton selesai. Jelasnya, […]

TMJ Peruntukkan Alatan Kecergasan Kepada Skuad Harimau Malaya

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah memperuntukkan peralatan kepada pasukan kebangsaan. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers hari ini, mereka mengumumkan bakal menandatangani kerjasama dengan salah sebuah jenama kecergasan antarabangsa. Perjanjian ini juga difahamkan akan dimetrai dalam beberapa bulan akan datang selepas perbincangan kini berada pada tahap akhir. Baginta Tunku […]