Aksi Bintang Jordan Hanya Bertahan 5 Saat Sebelum Dibuang Padang

Perlawanan Piala AFC U-20 membabitkan Jordan dan Tajikistan semalam mencipta sejarah tersendiri dengan rekod antara kad merah paling pantas dilayangkan. Ini selepas pemain Jordan, Baker Kamal Kalbouneh dibuang padang baru lima saat separuh masa pertama berlangsung. Sebaik sepak mula, rakan sepasukan Omar Al Osad cuba melambungkan bola ke sebelah atas bagi melancarkan serangan pantas. Bola […]
Park Hang-seo Percaya Van Toan Boleh Berjaya Di K-League 2

Walaupun Seoul E-Land tewas 3-2 kepada Chungbuk Cheongju, penyerang mereka dari Vietnam, Nguyen Van Toan sudah menunjukkan bisanya dengan menjaringkan satu gol. Bagi bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo, beliau percaya bekas anak buahnya itu mampu berjaya di K-League 2. Kenyataan ini keluar selepas wujud cakap-cakap yang mengatakan Van Toan tidak beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut. […]
Aksi Hong Kong Bertemu Malaysia Di Stadium Sultan Ibrahim Berlangsung 28 Mac

Malaysia difahamkan bakal bertemu dengan Hong Kong dalam satu aksi persahabatan di bawah kalendar FIFA pada bulan Mac ini. Aksi anak buah Kim Pan-gon ini bakal menyaksikan pertemuan ulangan setelah Malaysia pernah berdepan dengan pasukan tersebut pada satu aksi persahabatan tahun lalu. Pertemuan ini sudah tentu menjadi tumpuan tatkala ramai pihak yang teruja untuk melihat […]
Pasukan Muda Vietnam Malukan Australia

Pasukan muda Vietnam mula mempamerkan belang dalam kejohanan Piala Asia Bawah 20 tahun apabila menumbangkan Australia dengan keputusan 1-0. Vietnam yang diundi dalam Kumpulan B bersama Qatar, Australia dan juga IR Iran terus membawa prestasi memberangsangkan dalam kejohanan ini. Pasukan yang dibimbing oleh pengendali baharu, Hoang Anh Tuan terus mempamerkan perkembangan yang cukup positif setelah […]
Piala Asia 2023 Berlangsung Seawal Januari Tahun Hadapan

Selepas beberapa lama berteka-teki tentang jadual Piala Asia 2023, tarikh penganjuran kejohanan akhirnya didedahkan hari ini. Piala Asia 2023 bakal berlangsung pada Januari tahun depan atau lebih tepat, 12 Januari hingga 10 Februari 2024. Pengumuman ini dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) hari ini menurut laporan Qatar News Agency. Selain mengumumkan tarikh kejohanan, QFA […]
Cristiano Ronaldo Tapau Pemain Terbaik Liga Saudi

Selepas meledakkan lapan gol dan mencipta dua bantuan gol dalam Liga Pro Saudi baru-baru ini, Cristiano Ronaldo diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Bulan Liga Pro Saudi untuk bulan Februari. Pada awalnya, bergelut selepas berpindah ke Al-Nassr secara percuma, bekas penyerang Manchester United itu kembali bangkit. Pada bulan lepas, lapan golnya membantu Pahlawan Najd merekodkan tiga kemenangan […]
Kawasaki Frontale Masih Perlukan Chanatip Songkrasin

Kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale difahamkan masih memerlukan khidmat bintang Thailand, Chanatip Songkrasin. Memetik laporan daripada Mainstand, Kawasaki Frontale tiada perancangan untuk melepaskan atau menghantar Chanatip ke kelab lain sebagai pemain pinjaman. Sebelum ini, nasib Chanatip mula menjadi tanda tanya apabila pemain berusia 29 tahun itu telah disisihkan dalam skuad utama dalam dua perlawanan awal […]
Projek Mega JDT Bakal Libatkan Syarikat Antarabangsa & Tokoh Terkenal Global

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memulakan satu projek besar bagi mengembangkan lagi perjalanan kelab musim 2023. Projek mega tersebut difahamkan akan melibatkan kolaborasi bersama syarikat antarabangsa dan tokoh-tokoh terkenal dalam industri bola sepak global. Usaha ini dilihat sebagai salah satu langkah yang signifikan bagi memartabatkan lagi jenama Harimau Selatan terutamanya di pasaran Eropah. […]
Ronaldo Berbisa, Catat Hatrik Bersejarah Buat Al-Nassr

Cristiano Ronaldo terus membuktikan impaknya bersama pasukan baru Al-Nassr. Ini selepas legenda Portugal itu meledakkan hatrik bagi membantu Pahlawan Najd menewaskan Damac dalam perlawanan terbaru Liga Pro Arab Saudi. Al-Nassr yang tiba sebagai pasukan pelawat mula mencari ruang untuk gol pembukaan. Pada minit ke-17, wujud kekasaran dalam kotak penalti membabitkan pemain Damac, Farouk Chafai dengan […]
Pemain Jepun Ini Jaringkan Gol Sendiri Paling Cun

Menjaringkan gol sendiri bukanlah sesuatu yang manis untuk dikenang namun ianya mungkin sedikit berbeza apabila gol sendiri tersebut berlaku dengan pergerakan ataupun percubaan yang menarik. Itu yang berlaku kepada pemain Yokohama FC, Takuya Wada yang menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan Liga J1 Jepun menentang pasukan Shonan Bellmare semalam di mana menyaksikan perlawanan berakhir seri 2-2. […]
Chanatip Songkrasin Tak Gembira Di Jepun?

Pemain tengah menyerang pasukan Liga 1 Jepun, Chanatip Songkrasin masih menanti peluangnya untuk beraksi buat Kawasaki Frontale. Bintang bertubuh kecil itu mula menjadi tanda tanya selepas kelibatnya masih tidak kelihatan dalam aksi pembukaan ketika pasukannya tewas kepada Yokohama FM dengan keputusan 2-1. Malah, beliau juga tidak berada dalam senarai skuad kelab tersebut sungguhpun tiada sebarang […]
Bekas Jurulatih USA Jadi Buruan Korea Selatan

Selepas Paulo Bento meletak jawatan sebagai jurulatih Korea Selatan pasca-Piala Dunia 2022, Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) berusaha mengisi kekosongan yang ditinggalkannya. Difahamkan bekas jurulatih Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann dicanang sebagai pengganti Bento. Klinsmann dilihat sebagai pilihan utama KFA untuk mengisi kerusi panas itu. Malah, menurut portal The JoongAng, KFA merancang bakal meneruskan rundingan […]
Morris Pagniello Tak Pernah Jumpa Pemilik Kelab Berjiwa Besar Seperti TMJ

Morris Pagniello yang merupakan seorang ejen FIFA mengakui tidak pernah berjumpa dengan pemilik kelab yang memiliki jiwa yang besar seperti Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ). Beliau dalam satu hantaran di laman Instagramnya menyatakan kekagumannya terhadap usaha TMJ untuk membawa perubahan berskala besar kelab dan juga bola sepak Malaysia. Pagniello juga teruja […]
Skuad Muda Vietnam Kejutkan Arab Saudi

Pasukan gergasi Asia Tenggara, Vietnam telah pun mencipta satu lagi kejutan apabila berjaya menewaskan gergasi Timur Tengah, Arab Saudi. Perlawanan yang melibatkan pasukan muda kedua-dua negara itu berlangsung di Stadium Raja Faisal mengejutkan ramai pihak dengan kemampuan sebenar Vietnam. Setelah dibimbing oleh pengendali baharu, Hoang Anh Tuan, mereka menunjukkan perkembangan yang cukup positif untuk menundukkan […]
Cubaan Pak Arab Sabotaj Cristiano Ronaldo Gagal

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo hampir-hampir mengalami kecederaan sebelum aksi bermula apabila diserang oleh seorang penyokong yang masuk ke dalam kawasan stadium. Pertemuan antara Al-Nassr menentang Al-Taawoun itu menyaksikan kapten pasukan kebangsaan Portugal itu memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu pasukannya melakar kemenangan 2-1. Namun begitu, sebelum perlawanan bermula, terdapat seorang penonton yang meluru ke […]
Chanatip Songkrasin Disisihkan Kawasaki Frontale

Perancang tengah kelab Liga 1 Jepun, Chanatip Songkrasin tidak berada dalam senarai skuad Kawasaki Frontale setelah mereka sudah pun memulakan kempen liga semalam. Pemain berusia 29 tahun itu merupakan antara tunjang utama buat gergasi ACL itu sejak musim lalu dan beraksi dalam sebahagian besar aksi mereka. Kapten pasukan kebangsaan Thailand ini bagaimanapun tidak berada dalam […]