Bintang Korea Selatan, Kim Min-jae Sudah Tak Berminat Wakili Negaranya

Bintang Korea Selatan, Kim Min-jae mengeluarkan satu kenyataan dimana beliau selepas ini mahu fokus pada kelabnya berbanding sertai pasukan kebanggsaan. Kenyataan itu dibuat selepas tamat perlawanan persahabatan Korea Selatan menentang Uruguay yang berkesudahan dengan kekalahan 1-2. Pemain berusia 26 tahun ini turut beraksi ketika menentang Colombia yang berkesudahan seri 2-2 turut dalam aksi persahabatan antarabangsa […]
Seorang Lagi Pemain Malaysia Bakal Ikut Kogileswaran Ke Korea Selatan?

Seorang lagi pemain Malaysia dikhabarkan bakal mengikut jejak langkah Kogileswaran Raj untuk beraksi di Korea Selatan. Senario bola sepak negara dikejutkan apabila bekas pemain PJ City FC itu membuat keputusan untuk terbang beraksi di Korea sungguhpun menerima beberapa tawaran daripada kelab Liga Singapura dan Thailand. Namun begitu, keadaan ini semakin menarik alabila seorang lagi pemain […]
JDT Jadi Penanda Aras Terhadap Kualiti Pemain Tempatan Bersaing Di Asia

Penglibatan secara kompetitif oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kancah bola sepak Asia telah membawa satu dimensi baharu dalam usaha mengetengahkan lebih ramai bakat tempatan di Asia. Skuad Harimau Selatan jelas menjadi penanda aras yang cukup signifikan buat setiap kelab dalam Liga Malaysia tentang kemampuan sebenar apabila beraksi dalam kejohanan besar […]
Arif Aiman Dirisik Kelab J1 League, Kashiwa Reysol?

Pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilihat telah berjaya menarik perhatian sebuah kelab J1 League, Kashiwa Reysol yang tampil cemerlang sejak musim lalu. Pemain berusia 20 tahun itu merupakan pemain utama bersama Harimau Selatan telah beraksi dengan cukup cemerlang ketika membantu JDT di pentas ACL. Menerusi beberapa laporan daripada media tempatan […]
Bapa Messi Minta Al-Hilal RM2.8 Bilion Bawa Anaknya Ke Arab Saudi

Bapa kepada bintang sensasi dunia, Lionel Messi iaitu Jorge Messi meminta Al-Hilal sejumlah 600 Juta Euro sekiranya mahu mendapatkan khidmat anaknya di Arab Saudi. Lionel Messi berkemungkinan akan meninggalkan Eropah untuk beraksi di Timur Tengah dengan bermain menentang musuh lama, Cristiano Ronaldo yang juga beraksi bersama Al-Nassr. Menerusi beberapa laporan awal dari El Chiringuito mengatakan […]
Dua Pengadil Malaysia Cemerlang Adili Final Piala Asia U20

Adalah menjadi satu kebanggaan buat negara apabila pengadil, Nazmi Nasaruddin terpilih menjadi pengadil pada aksi final Piala Asia B-20 yang menemukan Iraq dan Uzbekistan. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Uzbekistan selepas menumpaskan Iraq 1-0. Selain Nazmi, seorang lagi pengadil dari Malaysia iaitu Zairul Khalil Tan juga turut terpilh menjadi penjaga garisan. Turut terlibat dalam […]
“Pemain Malaysia Berpeluang Beraksi Di Liga Jepun, Korea & Arab Saudi” – Hamidin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa Malaysia bakal menghantar pemain berpotensi beraksi di luar negara bakal jadi kenyataan. Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan bahawa terdapat pelbagai usaha yang sedang digembleng bagi memacu kemajuan bola sepak Malaysia. Beliau yang kini ke Kigali, Rwanda bagi membincangkan tiga elemen utama dalam […]
Presiden Pau: Kami Bawa Masuk Quang Hai Hanya Untuk Buat Duit

Presiden Pau FC, Bernard Laporte-Fray mengakui kemasukan Nguyen Quang Hai hanyalah untuk tujuan pemasaran. Sejak berkelana di Perancis bersama Pau FC, pemain berusia 25 tahun itu bergelut untuk mencari rentak dan minit permainanan apabila hanya berjaya menjaringkan satu gol daripada 13 penampilan. Presiden Pau mahu Quang Hai untuk menjadi seperti bintang dunia, Lionel Messi. Namun, […]
Cristiano Ronaldo Dihukum Saat Al-Nassr Layak Ke Separuh Akhir

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dihukum saat membantu pasukannya untuk mara ke pentas separuh akhir King Cup of Champions. Pemain berusia 38 tahun itu turun sekali lagi untuk mengetuai cabaran pasukannya jelas bermula garang apabila memperoleh gol pembukaan seawal minit pertama menerusi Al-Najei pada minit pertama. Anak didik Rudi Garcia terus cemerlang menambah gol kedua […]
Cristiano Ronaldo ‘Hilang’ Saat Al-Nassr Dikejutkan Al-Ittihad

Penyerang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan apabila pasukannya tewas 0-1 kepada Al-Ittihad. Pemain berusia 38 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan dalam aksi penting malam semalam. Kapten pasukan kebangsaan Portugal itu jelas bergelut tatkala rakan sepasukannya tidak menampilkan persembahan yang diharapkan. Ronaldo mendapat peluang terbaik pada […]
Lionel Messi Akan Tiba Di Arab Saudi Seawal Mac Ini

Pemenang Piala Dunia Qatar 2022, Lionel Messi difahamkan akan tiba di Arab Saudi tidak lama lagi selepas cabaran bersama PSG dalam saingan Liga Juara-Juara berakhir. Pemain berusia 35 tahun itu dikatakan ‘hilang’ dalam perlawanan tersebut sekaligus ditunjukkan jalan keluar oleh Bayern Munich. Walau bagaimanapun, menerusi satu kenyataan oleh Menteri Pelancongan Arab Saudi, Ahmed al-Khateeb mengumumkan […]
Chanathip Songkrasin Kembali Ditagih Kawasaki Frontale

Selepas disisihkan dalam beberapa perlawanan, khidmat Chanathip Songkrasin kembali ditagih kelab J-League, Kawasaki Frontale. Ini selepas Frontale menyenaraikannya dalam kesebelasan utama untuk perlawanan J-League Cup menentang Shimizu S-Pulse hari ini. Sebelum ini, ketiadaan Chanathip dalam beberapa perlawanan awal J-League menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak Thailand. Bagaimanapun, Frontale menegaskan Chanathip masih sebahagian daripada […]
Penyokong Malaysia Masih Menanti Kelibat R. Kogileswaran Di Korea

Para penyokong setia Malaysia dilihat terus mengikuti rapat bintang baharu Chungbuk Cheongju FC, R.Kogileswaran yang masih belum diturunkan sehingga kini. Bekas bintang Petaling Jaya City FC ini telah membuat keputusan untuk berpindah ke luar negara bagi mengembangkan kariernya. Beliau difahamkan telah menerima dua tawaran daripada Korea namun memilik untuk menyertai kelab divisyen 2 tersebut. Namun […]
Cubaan Penjaga Gol Al-Batin Tipu Cristiano Ronaldo Hampir Memakan Diri

Tindakan berani penjaga gol Al-Batin yang meninggalkan gawang gol hampir memakan diri tatkala penyerang berbisa Al-Nassr, Cristiano Ronaldo nyaris memanfaatkan peluang tersebut. Aksi yang melibatkan pertembungan antara Al-Nassr menentang Al-Batin menyaksikan anak didik Rudi Garcia mahu terus melebarkan kedudukan selaku pendahulu liga. Sungguhpun mereka dikejutkan dengan jaringan awal, Al-Nassr tetap berjuang sehingga wisel penamat yang […]
Al-Nassr Tewaskan Al-Batin Menggunakan Masa Kecederaan

12 minit masa kecederaan dalam aksi Liga Saudi antara pasukan Al-Nassr dan Al-Batin menjadi penyelamat buat pasukan tuan rumah. Al-Nassr berjaya mencatat kemenangan bergaya mengatasi Al-Batin dengan keputusan 3-1. Tiga gol pada babak akhir permainan memastikan pasukan diwakili bintang dunia, Cristiano Ronaldo itu mengutip tiga mata berharga. Mendominasi permainan sepanjang perlawanan, Al-Nassr gagal mencetak sebarang […]
JDT Mungkin Perlu Berbelanja RM500 Ribu Setiap Bulan Untuk Khidmat Falcao

Berita mengenai perpindahan sensasi penyerang kebangsaan Colombia, Radamel Falcao ke Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah hangat diperkatakan di Malaysia dan juga Eropah. Pemain berusia 37 tahun itu kini beraksi bersama Rayo Vellecano di La Liga, Sepanyol berhasrat untuk membawa haluan baharu dalam kariernya. Bekas bintang Atletico Madrid ini difahamkan telah pun ditawarkan kontrak untuk menyertai […]