”Ini Bukan JDT Yang Sebenar” – Tano Solari

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengakui anak-anak buahnya tidak bermain seperti yang diharapkan ketika tunduk di tangan wakil Jepun, Kawasaki Frontale. Menurut laporan oleh Astro Arena, beliau merasakan pada perlawanan ini, gaya permainan anak-anak buahnya agak berbeza dari kebiasaannya dan bermain tidak seperti yang diharapkan olehnya. “Bagi kami (perlawanan) malam ini agak berbeza, […]
Dion Cools Tunjuk Sikap Kepimpinan Tinggi, Pertahan Rakan Sepasukan Di ACL

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools terus membuktikan mengapa beliau menjadi tonggak utama Buriram United dalam semua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Cools muncul wira apabila tampil mempertahankan rakan-rakan sepasukannya yang diserang pemain dan staf pasukan Zhejiang FC semalam. Insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan ini tercetus selepas tamat perlawanan Zhejiang-Buriram. Ramai percaya insiden tersebut […]
3 Pasukan Sah Mara Ke Pusingan Kalah Mati ACL

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-24 menyaksikan tiga pasukan dari Zon Timur mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik. Footy Rankings mendedahkan tiga pasukan tersebut ialah Kawasaki Frontale, Bangkok United dan Pohang Steelers. Frontale sudah dijangka layak ke pusingan seterusnya selepas mengekalkan rekod 100% kemenangan dalam Kumpulan I. Ini termasuk kejayaan mengalahkan Johor Darul […]
Pergaduhan Pemain Cemari Aksi Zhejiang Dan Buriram

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dicemari dengan insiden pergaduhan membabitkan pemain dan staf Zhejiang FC dan Buriram United semalam. Pergaduhan kedua-dua pasukan ini tercetus selepas tamat perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu. Akaun X FourFive Wonton percaya insiden pergaduhan ini tercetus gara-gara perang mulut yang tercetus antara pemain kedua-dua pasukan di tengah padang. Pandangan ini dibuat […]
ACL: Bangkok United Kekal Kebal Di Asia Selepas Benam Lion City Sailors

Hasrat Bangkok United untuk terus mencatat kemenangan di pentas asia menjadi kenyataan apabila berjaya menewaskan Lion City Sailors dalam aksi di Stadium Thammasat sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan menyaksikan Bangkok United mula mengasak kubu Lion City Sailors di awal permaianan. Peluang terbaik Bangkok United hadir pada minit ke-14 melalui rembatan leret Willen Mota namun berjaya […]
ACL: Dion Cools Gagal Sekat Zhejiang Kalahkan Buriram

Dion Cools tidak berupaya membantu Buriram United daripada ditewaskan Zhejiang FC dalam aksi kelima Kumpulan H hari ini. Selepas terikat 0-0 dengan Ratchaburi pada minggu lepas, Thunder Castle berharap dapat mengutip satu lagi kemenangan dalam saingan Kumpulan H ACL. Sementara The Green Giants berharap dapat meraih kemenangan bagi menceriakan penyokong yang bimbang dengan masa depan […]
ACL: Urawa Reds Bangkit Tewaskan Wuhan Three Town

Aksi ke-5 Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan Urawa Reds mencatatkan kemenangan dengan keputusan 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Saitama menyaksikan anak buah Rafał Janas turun dengan kesebelasan terbaik untuk mengesahkan slot tempat kedua terbaik kejohanan. Aksi babak pertama bermula dengan baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan. Urawa Reds memperoleh peluang terbaik namun dinafikan […]
Pemain Kawasaki Frontale Pamer Sikap Terpuji, Tunduk Hormat Kepada Penyokong JDT

Selepas meraih kemenangan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam semalam, para pemain Kawasaki Frontale menunjukkan sikap terpuji di hadapan para penyokong pasukan pelawat. Anak buah kendalian Toru Oniki beramai-ramai menuju ke bahagian tempat duduk penyokong JDT dan memberi tunduk hormat. Menurut perkongsian daripada penyokong Johor Darul Ta’zim, Juan Bapakaw […]
Biarpun Menang Besar, Yu Kobayashi Anggap JDT Lawan Yang Sukar

Pemain sayap Kawasaki Frontale, Yu Kobayashi menganggap aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam semalam sebagai satu perlawanan yang sukar. Mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-69 permainan, pemain berusia 36 tahun ini gembira dapat membantu pasukan mengutip tiga mata penting. Beliau juga teruja dapat menjaringkan gol cantik apabila […]
Jorge Pereyra Diaz & Mumbai City Jadi Belasahan Di ACL

Impak yang diharapkan mampu dijelmakan oleh ayam tambatan Mumbai City, Jorge Pereyra Diaz tidak muncul dengan pasukan tersebut menjadi belasahan di Liga Juara-Juara Asia (ACL). Wakil India itu gagal mengekang cabaran hebat tiga lawan berbisa seperti Al-Hilal, Nassaji dan juga Navbahor. Mumbai City di bawah kendalian Des Buckingham tidak mampu menandingi kekuatan lawan apabila menjadi […]
Penilaian Terhadap Hong Wan Mengejutkan Ramai Pihak

Aksi jeneral tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan mengejutkan ramai pihak sungguhpun beraksi dengan cukup baik ketika berdepan jaguh Jepun, Kawasaki Frontale. Pemain muda berusia 22 tahun itu digandingkan bersama Afiq Fazail dan Heberty untuk mengemudi jentera tengah pasukan namun menerima cabaran hebat daripada jentera tengah lawan. Skuad Harimau Selatan bolos seawal minit […]
Toru Oniki Bangga Menang Besar Ke Atas JDT

Jaguh Jepun, Kawasaki Frontale menyerlah belang mereka yang sebenar dalam saingan Liga Juara-Juara AFC apabila berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 5-0 dalam aksi di Stadium Olahraga Todoroki semalam. Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki bangga dengan para pemainnya yang beraksi dengan cemerlang serta berjaya mencetak banyak gol. “Saya fikir […]
Jordi Amat Akui JDT Sudah Mencuba Sehabis Baik

Kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat mengakui pasukan itu telah melakukan yang terbaik semasa turun menentang Kawasaki Frontale. Aksi kelima Kumpulan I itu menyaksikan Harimau Selatan tunduk 5-0 kepada tuan rumah semalam. Keputusan itu menyaksikan JDT tersingkir dari peringkat kumpulan ACL. Ini sekaligus menjadikan perlawanan menentang BG Pathum United pada 12 Disember […]
JDT Ucap Selamat Tinggal Kepada ACL Lebih Awal

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa melupakan hasrat untuk bersaing di pentas tertinggi Asia tersebut. Pasukan bimbingan Tano Solari mencatatkan satu lagi kekalahan apabila tewas besar kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 5-0. Sungguhpun bermula baik apabila ketinggalan hanya 1-0 pada babak pertama namun Kawasaki Frontale menambah empat jaringan […]
Jordi Amat Terima Penilaian Terburuk Berdepan Kawasaki Frontale

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat melalui detik sukar berdepan Kawasaki Frontale apabila menjadi pemain import terburuk dalam perlawanan tersebut. Pemain kebangsaan Indonesia ini melalui detik kurang baik dalam beberapa perlawanan termasuklah ketika bersama Sang Garuda di Kelayakan Piala Dunia 2026. Beliau yang direhatkan berdepan Kuching City tempoh hari membentuk gandingan bersama […]
ACL: Ulsan Hyundai ‘Sekolahkan’ BG Pathum

Hasrat BG Pathum United untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam ACL tidak kesampaian apabila tunduk kepada Ulsan Hyundai dalam aksi kelima Kumpulan I. The Rabbits yang sudah tersingkir kini menggunakan dua baki perlawanan Kumpulan I sebagai aksi menebus maruah bermula dengan Ulsan hari ini. Sementara The Tigers pula memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka memperkukuh cengkaman […]