Dion Cools Terselamat Dari Hukuman Berat

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools terselamat daripada hukuman berat yang dikenakan oleh Konferderasi Bola Sepak Asia (AFC). Pemain berusia 27 tahun itu beraksi ketika pasukan Thailand itu berdepan wakil China, Zheijang ketika tewas tipis 3-2. Aksi tersebut bagaimanapun diserikan dengan insiden besar yang melibatkan pergaduhan antara Cools dan pemain Zheijang yang kelihatan berada dalam […]
BG Pathum Bermain Dalam Fikiran Tano Solari

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tano Solari mengakui tidak boleh bergembira terlalu lama selepas pasukannya bakal menghadapi saingan sengit daripada kelab Thailand, BG Pathuk United. Pengendali kelahiran Argentina itu menikmati musim cemerlang apabila membantu Harimau Selatan meraih 4 trofi bagi musim 2023 dengan kemenangan berdepan Terengganu melengkapkan koleksi trofi musim ini. Sungguhpun berpuas […]
AFC Gantung 3 Pemain Buriram United

Susulan pergaduhan yang tercetus dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) membabitkan Zhejiang dan Buriram United beberapa minggu lepas, tindakan disiplin telah dikenakan kepada semua individu yang terlibat. ASEAN Football melaporkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan penggantungan buat tiga pemain Thunder Castle. Penyerang Azerbaijan, Ramil Sheydayev dikenakan penggantungan lapan perlawanan. Sementara dua lagi rakan sepasukannya, […]
Ikhsan Fandi & BG Pathum Mengganas, Beri Petanda Besar Kepada JDT

Kelibat penyerang berbisa BG Pathum United, Ikhsan Fandi kembali penuh bergaya apabila beliau meledak dalam penampilan pertamanya musim 2023 sebelum berdepan JDT. BG Pathum melayan kunjungan Ratchaburi FC dengan dua jaringan daripada penyerang berbisa pasukan iaitu Igor Sargeev dan Ikhsan Fandi memastikan 3 mata buat pasukan. Pasukan bimbingan Thongchai Sukkoki kini berada dalam momentum terbaik […]
Hanoi Pecah Rekod Kelab ASEAN berdepan Urawa Reds

Selepas mencipta kemenangan 2-1 ke atas Urawa Reds semalam, Hanoi FC telah mencipta sejarah tersendiri. ASEAN Football melaporkan mereka menjadi pasukan dari rantau Asia Tenggara pertama berjaya mengalahkan pasukan itu dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) dalam tempoh 16 tahun. Sebelum ini, Urawa memiliki rekod baik ke atas pasukan-pasukan ASEAN dalam kejohanan itu dengan 10 kemenangan […]
ACL: Jaguh Korea Selatan, Pohang Steelers Diikat Wuhan Three Town

Hasrat juara Korean FA Cup, Pohang Steelers menamatkan kempen Kumpulan J Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan rekod tanpa kalah hari ini berjaya dicapai. Ini selepas mereka bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih keputusan seri 1-1 dengan Wuhan Three Town di Pusat Sukan Wuhan. Wuhan yang sudah tersingkir melihat perlawanan hari ini sebagai medan menebus maruah mereka […]
ACL: Hanoi Pastikan Juara Bertahan, Urawa Reds Tersingkir Awal

Perlawanan ke-6 peringkat kumpulan antara juara bertahan, Urawa Reds dan juga Hanoi FC menyaksikan aksi berakhir dengan kemenangan buat Hanoi. Perlawanan yang berlangsung di gelanggang kelab Vietnam itu ternyata memberi kelebihan buat mereka untuk memperagakan aksi terbaik. Urawa Reds memperoleh peluang awal apabila dihadiahkan sepakan penalti hasil kealpaan lawan namun rembatan Alexander Shclolz mudah ditempis […]
ACL: Barisan Kedua Al-Nassr Nyaris Dimalukan Istiklol

Kelab Tajikistan, Istiklol mencipta kejutan dengan mengikat kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E awal pagi tadi. Dengan Al-Alami sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik, Luiz Castro menggunakan peluang ini untuk merehatkan ramai pemain bintang termasuk Cristiano Ronaldo. Bagaimanapun, percaturan itu hampir memakan diri apabila mereka ketinggalan menerusi gol […]
Kempen Mumbai City Di ACL Tamat, Gagal Catat Sebarang Kemenangan

Kelab India, Mumbai City menamatkan kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan kekecewaan selepas tewas di tangan kelab Uzbekistan, Navbahor semalam. Dengan The Mariners sudah tersingkir dari ACL, aksi terakhir Kumpulan D dilihat medan menebus maruah buat pasukan satelit Manchester City itu. Pada awalnya, hajat mereka disangka menjadi kenyataan apabila Nasser El Khayati menyumbat gol pada […]
3 Kelab Jepun Raih Slot ACLE Musim Hadapan

Jepun akan menghantar sebanyak tiga wakil untuk bertanding di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada musim hadapan. Tiga kelab yang bakal membawa cabaran negara Matahari Terbit tersebut merupakan Vissel Kobe, Yokohama F. Marinos dan juara Piala Emperor 2023 di antara Kawasaki Frontale atau Kashiwa Reysol. Vissel Kobe yang dinobatkan sebagai Juara Liga 1 Jepun 2023 […]
JDT Ada Pencabar Baru Di ASEAN

Pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki pesaing baharu di rantau Asia Tenggara apabila kebangkitan kelab Thailand, Bangkok United dilihat perlu diberi perhatian. Kedua-dua pasukan ini beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim ini dengan Bangkok United memiliki rekod yang amat baik. Sungguhpun berdepan lawan yang amat hebat seperti Jeonbuk Hyundai […]
Gwangju Bakal Ke ACLE Musim Depan

Selepas juara K-League 1, Ulsan Hyundai dan Pohang Steelers, satu lagi wakil Korea iaitu Gwangju FC mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim depan. Kejayaan itu dicapai selepas mereka menamatkan kumpulan kejuaraan K-League 1 di tempat ketiga menerusi keputusan seri tanpa jaringan dengan Pohang hari ini. Gwangju tahu mereka perlu seri jika mahu […]
Penyokong China Masih Marah, Dakwa Dion Cools Lupa Asal Usul

Penyokong China dilihat masih menyimpan perasaan marah terhadap Dion Cools selepas membuat keputusan untuk tidak mewakili pasukan kebangsaan China selepas memilih untuk bersama Malaysia. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi duri dalam daging buat China apabila membantu Harimau Malaya mengikat pasukan ke-79 dunia itu dengan keputusan 1-1 pada bulan September lalu. Skuad bimbingan Aleksandar Janković […]
JDT & Selangor Terima ‘Habuan’ RM4.3 Juta

Kejayaan dua pasukan Liga Super 2023, JDT dan Selangor FC untuk mara ke pentas Asia musim hadapan diserikan dengan habuan berjumlah RM4.3 Juta buat kedua-dua pasukan. Skuad Harimau Selatan muncul selaku pemenang Liga Super kali ke-10 berturut-turut dan mengesahkan slot ke pertandingan Tier 1 di Asia iaitu AFC Champions League Elite (ACLE). Sebanyak 12 pasukan […]
Brendan Gan Buktikan Usia Bukan Halangan, Pacu Selangor Ke ACL2

Kapten Selangor FC, Brendan Gan menjadi watak penting pasukan ketika menjulang skuad Merah Kuning mara ke pentas Asia mewarnai saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim depan. Selangor secara sah meraih slot ke Asia selepas mencatat kemenagan dalam aksi Liga Super bertemu Kedah malam semalam. Gergasi Merah Kuning ini layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 […]
Selangor Ucap Selamat Datang Ke Asia

Selepas sekian lama, Selangor FC akhirnya kembali mewarnai saingan peringkat Asia pada musim hadapan. Kejayaan ini diraih selepas skuad Merah Kuning meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hari ini. Dengan kemenangan tersebut, kedudukan Selangor sebagai penghuni tempat kedua Liga Super musim ini sukar dicabar dengan 58 mata, lima mata […]