Indonesia Rancang Lawan Portugal

Selepas menampilkan aksi terpuji menentang Argentina, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mahu melihat Indonesia terus diuji oleh pasukan-pasukan handalan. Terbaru, PSSI merancang mengatur aksi persahabatan membabitkan Tim Garuda dengan Portugal. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Umum PSSI, Zainudin Amali. PSSI sedang berhubung dengan Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) agar perlawanan tersebut dapat diatur […]
Kemalangan Bas Ragut Nyawa Pemain Muda Vietnam

Keceriaan kelab divisyen dua Vietnam, Quang Nam Youth yang meraih kemenangan 5-0 ke atas lawan mereka, Hai Nam diragut semalam. Ini selepas bas yang dinaiki pasukan itu mengalami kemalangan dengan seorang pemain dilaporkan terbunuh dan tujuh lagi dilaporkan cedera. Menurut laporan TheThao247, bas tersebut sedang membawa para pemain,staf dan penyokong pulang semasa melalui kawasan Genting […]
Quang Hai Kembali Ke Vietnam, Sertai Hanoi Police FC

Bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai sah kembali beraksi di V-League bersama pasukan Hanoi Police FC. Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab di laman Facebook dimana pemain berusia 26 tahun ini akan menandatangani kontrak selama setahun setengah. Sebelum ini, ejen Quang Hai, Michelle Fersini mengesahkan bahawa pemain sayap itu telah menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama kelab […]
Chanathip Songkrasin Sah Menyertai BG Pathum

Susulan kempen Thai League 1 yang kurang memberangsangkan musim lepas, BG Pathum United berharap dapat memperbaiki pencapaian menerusi perpindahan terbaru mereka hari ini. The Rabbits secara rasmi mengumumkan perpindahan kapten Thailand, Chanathip Songkrasin dari Kawasaki Frontale. Perpindahan tersebut didedahkan menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi BG Pathum hari ini. Dengan perpindahan ini, Chanathip kembali ke […]
“Perlawanan Ini Sukar Kerana Kami Tidak Turunkan Skuad Utama” – Lionel Scaloni

Perlawanan persahabatan Indonesia-Argentina berakhir dengan kemenangan 2-0 buat juara Piala Dunia 2022 itu. Tetapi bagi jurulatih Albiceleste, Lionel Scaloni, perlawanan menentang Tim Garuda dianggap sukar lebih-lebih lagi tanpa kelibat beberapa bintang utama mereka termasuk Lionel Messi. Sebelum perlawanan ini, Scaloni sudah menyatakan bahawa Messi, Nicolas Otamendi dan Angel Di Maria tidak akan menyertai perlawanan tersebut. […]
Pemain Thailand Dapat Bonus RM133 Ribu Lepas Tewaskan Hong Kong

Selepas diikat 1-1 dengan Taiwan pada 16 Jun lepas, Thailand tahu mereka perlu meraih kemenangan ke atas Hong Kong. Dan selepas berjaya membenam The Dragons 1-0 semalam, barisan pemain Gajah Perang mendapat bonus sejuta baht (RM133,000) sebagai ganjaran kemenangan. Ganjaran ini telah diumumkan oleh pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau Madam Pang sebelum perlawanan. Ini sebagai […]
Bintang Manchester United Dalam Kocek Asnawi Mangkualam

Kapten timnas Indonesia, Asnawi Mangkualam memperkenalkan dirinya dengan cara terbaik kepada bintang Manchester United, Alejandro Garnacho. Pemain berusia 23 tahun itu menjadi pilihan Shin Tae-yong untuk mengemudi bahagian kanan pasukan telah beraksi dengan cukup memberangsangkan. Kelibat pemain Jeonnam Dragons ini jelas memberi masalah kepada jentera serangan La Albiceleste yang datang dari bahagian kanan padang. Beliau […]
Sistem Latihan Bertaraf Dunia Di JDT Bantu Jordi Amat Kekalkan Prestasi Berhadapan Argentina

Penerapan sistem latihan bertaraf dunia di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membantu pertahahan Indonesia, Jordi Amat mengekalkan prestasinya dengan cukup efektif. Pertahanan berusia 31 tahun diturunkan dalam kesebelasan utama Sang Garuda tatkala mereka berhadapan dengan juara dunia, Argentina di Gelora Bung Karno. Bekas bintang Swansea City itu memainkan peranan yang cukup penting untuk […]
Bomoh Hujan Beraksi Di Gelora Bung Karno Persediaan Hadapi Argentina

Dengan perlawanan persahabatan Indonesia-Argentina bakal berlangsung pada malam ini, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mahu memastikan perlawanan hari ini berjalan lancar. Justeru, tidak hairanlah mereka turut memanggil bomoh hujan ke Stadium Gelora Bung Karno hari ini. Menurut laporan Pikiran Rakyat, Raden Roro Istiati Wulandari atau turut dikenali sebagai Rara Pawang Hijau dipanggil selepas hujan lebat […]
Erick Thohir Janjikan Bonus Jika Indonesia Berjaya Kekang Argentina

Aksi persahabatan Indonesia-Argentina bakal menjadi tumpuan ramai penyokong di Gelora Bung Karno esok. Dan bagi membakar semangat anak-anak buah Shin Tae-yong, Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir bersedia memberi bonus kepada mereka jika berjaya mengikat Albiceleste. Erick mengakui mencipta kemenangan ke atas anak-anak buah Lionel Scaloni dianggap satu misi mustahil. Tetapi jika Indonesia […]
JDT FC Mudah Atasi Cabaran Albirex Niigata

Biarpun perlawanan menentang Albirex Niigata Singapura hanya perlawanan persahabatan kelab, ia dipandang serius oleh jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Esteban Solari. Ini dibuktikan apabila mereka membelasah Albirex 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Walaupun ramai pemain JDT FC dipanggil menyertai skuad kebangsaan masing-masing, Solari masih berupaya menurunkan kesebelasan utama yang kuat menentang White […]
Pemain Terkaya Dunia, Faiq Bolkiah Sertai Ratchaburi FC

Selepas meninggalkan Chonburi FC sebagai ejen bebas, ramai menyangka jodoh Faiq Bolkiah dengan Thai League 1 sudah berakhir. Tetapi jodoh pemain terkaya di dunia itu dengan liga berkenaan masih panjang apabila khidmat baginda disambar Ratchaburi FC. Pengumuman perpindahan tersebut dibuat oleh The Dragons menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini. 🦈➡️🐲 DONE DEAL! Ratchaburi […]
Aksi Singapura & Papua New Guinea Terpaksa Ditangguhkan

Hasrat Singapura mengadakan perlawanan persahabatan dengan Papua New Guinea pada 15 Jun ini terpaksa ditangguhkan. Susulan kelewatan Kapuls mendapatkan penerbangan ke Singapura, perlawanan tersebut bakal diadakan pada Jumaat ini sekitar jam 7.30 malam. Menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), keputusan ini dibuat atas permintaan Persatuan Bola Sepak Papua New Guinea (PNGFA). Ini selepas rombongan pemain […]
Penyokong Berpeluang Saksikan Aksi JDT & Albirex Niigata Secara Percuma

Perlawanan persahabatan antarabangsa yang melibatkan pertembungan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Albirex Niigata Singapore FC memberi peluang kepada para penyokong untuk hadir ke stadium secara percuma. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada hari Sabtu ini, 17 Jun 2023 jam 6.00 petang memberi peluang kepada penyokong dua negara untuk menyaksikan aksi penting […]
Lionel Messi Tidak Akan Beraksi Menentang Indonesia

Bintang Argentina, Lionel Messi dikhabarkan mungkin tidak akan beraksi bagi perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada 19 Jun ini. Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang media daripada Argentina, yang menyatakan bahawa Messi tidak akan terbang ke Indonesia, sebaliknya akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Australia. “Beliau hanya akan bermain perlawanan pertama menentang Australia, yang mana dia […]
Zamsaham Sah Lepaskan PSPS Riau

Dengan Kelantan FC berdepan pelbagai isu, tidak hairanlah pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mahu fokus kepada pasukan tersebut. Ini selepas hari ini beliau mengesahkan telah menjual kelab Liga 2 Indonesia, PSPS Riau. Zamsaham melihat kelab kini di tangan individu berkelayakan yang berupaya merealisasikan kepulangan Askar Bertuah ke Liga 1 Indonesia. “Saya Norizam Tukiman, dengan […]