Bekas Tonggak Berbisa JDT Sertai Kelab Thailand

Bekas pemain pasukan Johor Darul ta’zim (JDT), Bienvenido Marañón difahamkan membawa haluan baharu untuk menertai sebuah kelab yang berpangkalan di Thailand. Pemain kelahiran Filipina-Sepanyol itu pernah memperkuat skuad Harimau Selatan pada musim 2021 selepas melengkapkan perpindahan dari kelab liga Filipina, Ceres-Negros FC. Beliau bagaimanapun lebih banyak memainkan peranan selaku pemain di JDT II tatkala persaingan […]

Johor & Singapura Jalin Kerjasama Bangunkan Bola Sepak

Kemeriahan aksi ‘Causeway Derby’ membabitkan pasukan Johor dan Singapura satu ketika dahulu bakal kembali. Ini susulan satu laporan Channel News Asia yang mendedahkan kerjasama bakal dimeterai antara Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). Pemeteraian kerjasama ini bakal disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan […]

Bekas Penyerang Terengganu Tepis Tanggapan Buruk Di Malaysia

Bekas penyerang Terengganu FC, David Da Silva terus mengukuhkan kedudukannya selaku penyerang berbisa di Liga 1 Indonesia. Pemain kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama di barisan serangan Persib Bandung sekaligus menyaksikan mereka melalui musim yang cukup cemerlang apabila menamatkan saingan di tempat ke-3 pada 2022/2023. Kemenjadian penyerang berusia 34 tahun ini berterusan pada musim ini […]

Arif Aiman Jelaskan Faktor Tidak Berkelana Ke Luar Negara

Bintang muda yang kini meningkat naik, Arif Aiman Hanapi memberi penjelasan mengapa beliau tidak berkelana ke luar negara.  Pemain berusia 21 mengakui masih belum bersedia untuk beraksi di luar negara dan beliau berpendapat bahawa dirinya belum cukup hebat untuk beraksi di negara seperti Jepun dan Korea Selatan.  Pemain sayap kebanggsaan itu mahu kekal fokus memperbaiki […]

Syahrian Abimanyu Dedah Sisi Rendah Diri TMJ Yang Ramai Tak Tahu

Pemain tengah Persija Jakarta FC, Syahrian Abimanyu mengucapkan setinggi-tunggi penghargaan kepada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Bintang sensasi Indonesia itu pernah menghangatkan kancah bola sepak Malaysia selepas menyertai pasukan JDT pada tahun 2020. Pemain berusia 24 tahun itu merupakan perancang tengah berbakat yang dimiliki skuad Garuda […]

Pertemuan Indonesia & Argentina Buka Mata Thomas Doll

Indonesia mempamerkan aksi terpuji walaupun tewas 2-0 kepada Argentina dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 19 Jun lepas. Dan aksi tersebut membuka mata ramai pihak termasuk jurulatih Persija Jakarta, Thomas Doll. Ini kerana dari segi ranking, Indonesia bukan tandingan Argentina yang berstatus juara dunia. Tetapi anak-anak buah Shin Tae-yong berjaya mengekang Albiceleste selama 38 minit sebelum […]

Bekas Jurulatih Dortmund Anggap Bakat Indonesia Layak Tembusi Pasaran Jerman

Bekas jurulatih salah sebuah kelab gergasi di Eropah menyatakan bahawa kualiti pemain Indonesia kini layak untuk dipasarkan ke Jerman. Pengendali berusia 57 tahun itu melihat perkembangan positif yang berlaku dalam kancah bola sepak Indonesia sejak ketibaannya tahun lalu. Individu yang mahu dikenali sebagai Thomas Doll itu menyatakan bahawa beliau sememangnya sudah tersalah sangka terhadpa kualiti […]

Somyot Kekal Presiden FA Thailand

Selepas sebelum ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), hari ini Jen. Pol. Dr. Somyot Poompanmoung kekal sebagai pemimpin organisasi itu. Keputusan tersebut diambil oleh Majlis FAT selepas satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu perletakan jawatan beliau. Sebelumnya, Somyot diberitahu permohonan perletakan jawatannya tidak diluluskan oleh majlis tersebut disebabkan mereka tidak […]

Bekas Bintang Kedah Sertai Chonburi

Selepas beberapa minggu meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC secara persetujuan bersama, Willian Lira kini sudah mendapat kelab baru. Ini selepas kelab Thai League 1, Chonburi mengesahkan penyerang Brazil itu sebagai penyerang baru mereka. Perkara sama turut dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Sebelum ini, beliau turut mendedahkan khidmat bekas penyerang Ventforet Kofu itu diintai […]

Safawi Rasid Kini Ada Pesaing Sengit

Ketika ini, ramai melihat gol Safawi Rasid semasa Malaysia menentang Kepulauan Solomon sebagai calon Anugerah Puskas FIFA. Tetapi beberapa hari lepas, pemain Young Lions, Ryu Hardy Yussri menghasilkan gol cantik yang mampu menyaingi gol Safawi untuk anugerah gol tercantik berkenaan. Dalam perlawanan Singapore Premier League (SPL) membabitkan Young Lions dan Albirex Niigata Singapore itu, Young […]

Bekas Bintang JDT, Moussa Sidibe Beri Amaran Awal Di Liga 1 Indonesia

Bekas pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Moussa Sidibe membuktikan sentuhan penyudah ampuhnya apabila menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya di Liga 1 Indonesia. Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan berdepan Persebaya Surabaya di halaman sendiri. Bintang kelahiran Mali ini tidak memerlukan masa yang lama untuk membuktikan sentuhan penyudah ampuhnya bersama […]

Presiden FA Thailand Letak Jawatan

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwon menggesa Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Dr. Somyot Poompanmoung agar meletak jawatan. Dan hari ini, Somyot akur dengan desakan berkenaan dan mengumumkan perletakan jawatannya. Ini sebagai menyahut seruan Prawit yang melihat Somyot patut bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Selain gagal meraih pingat emas dalam temasya berkenaan, final […]

Presiden FA Thailand Digesa Letak Jawatan

Kegagalan skuad bawah 22 tahun Thailand meraih pingat emas acara bola sepak Sukan SEA 2023 pada Mei lepas terus menghantui Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT). Dan akibat kegagalan ini, Presiden FAT, Dr. Somyot Poompanmoung digesa meletak jawatan atas apa yang berlaku. Desakan ini dibuat oleh Pemangku Timbalan Perdana Menteri (TPM) Thailand, Prawit Wongsuwon. Wongsuwon yang […]

“Jangan Kerana Ego, Karier Kamu Musnah” – Justinus Lhaksana

Bekas jurulatih futsal Indonesia, Justinus Lhaksana mengingatkan Saddil Ramdani agar tidak terlalu mengikut ego yang bakal memberi kesan besar kepada karier bola sepaknya. Beliau yang kini bergelar pengulas bebas di Indonesia memberi respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain sayap sensasi Indonesia itu baru-baru ini. Saddil dalam ciapannya di Instagram menyatakan rasa kurang senang dengan […]

“Bermain Di Malaysia Tak Semudah Yang Disangka” – Saddil Ramdani

Pemain sayap sensasi Indonesia, Saddil Ramdani yakin bahawa beraksi di Malaysia tidak semudah yang dirasakan kebanyakan orang. Beliau memberi penjelasan di ruangan Instagram Storynya tatkala keluhannya menggambarkan isi hatinya yang sudah lama terbuku. Pemain berusia 25 tahun itu sudah memasuki tahun ketiganya di Malaysia apabila sebelum ini pernah bersama Sri Pahang sebelum berhijrah ke Sabah […]

Saddil Ramdani Berang Dengan Tuduhan Tidak Beraksi Baik Bersama Timnas Indonesia

Bukan sekali kita mendengar penyokong membandingkan prestasi pemain bila beraksi di kelab mahupun pasukan kebangsaan. Tetapi dalam kes pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani, perbandingan yang dibuat penyokong amat melampau hingga mendorongnya meluahkan perasaan di Instagram hari ini. Pemain sayap Sabah itu merasakan jangkaan segelintir penyokong terhadap pemain-pemain Timnas Indonesia terutama pemain gantian sebagai melampau. Ini […]