Filipina Bangkit Tewaskan Afghanistan

Filipina bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan pasukan ke-157 dunia, Afghanistan dalam aksi persahabatan antarabangsa hari ini. Selepas seri 1-1 dengan Taiwan pada 8 September lepas, anak-anak buah Michael Weiss perlu menang bagi mengelak dipintas Malaysia yang kini di tangga ke-136 FIFA. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut mencipta peluang jaringan. Peluang terbaik tuan rumah hadir […]

PSM Makassar Minta Ubah Aksi Liga Gara-Gara Piala AFC

Kelab Liga 1 Indonesia, PSM Makassar memohon jasa baik liga untuk meminda tiga tarikh perlawanan kerana bertembung dengan Piala AFC. Tiga perlawanan yang diharap mendapat kelulusan pengendali liga, PT Liga Indonesia Baru (LIB) ialah Borneo FC (24 September), PSIS Semarang (29 September) dan Dewa United (12 November). Tiga perlawanan ini didapati terlalu hampir dengan tiga […]

Hong Kong Bedil Brunei 10-0

Skuad senior Brunei mengalami nasib sama seperti skuad B-23 mereka selepas tumbang 10-0 kepada Hong Kong dalam aksi persahabatan antarabangsa hari ini. Selepas tunduk 3-1 kepada Sabah dalam aksi persahabatan pada 6 Mac lalu, Sang Tebuan berharap dapat melakar keputusan lebih baik menentang The Dragons. Malangnya, apa yang diingini jurulatih Mario Rivera tidak berlaku. Babak […]

Vietnam Cemerlang Tewaskan Palestin

Skuad senior Vietnam mengekalkan rekod tanpa kalah di bawah bimbingan Philippe Troussier dengan menewaskan Palestin 2-0 di Stadium Thien Truong hari ini. Selepas menundukkan Syria dan Hong Kong dalam aksi persahabatan antarabangsa pada Jun lalu, kini Palestin pula menjadi sasaran. Dari segi ranking, kedua-dua pasukan dipisahkan satu tangga dengan Vietnam di tangga ke-95 dan Palestin […]

Pertahanan Thailand Minta Rakan Sepasukan Hati-Hati Dengan Malaysia

Pemain pertahanan Thailand, Pongsakorn Trisat berharap rakan-rakan sepasukannya berwaspada dengan ancaman skuad B-23 Malaysia. Biarpun skuad Gajah Perang berjaya mengatasi Harimau Muda dua kali dalam aksi Sukan SEA 2023 dan Piala AFF B-23 2023, mereka perlu mengelak daripada terlalu yakin. Dengan skuad negara juga memburu slot kelayakan ke Piala Asia B-23 2024, Pongsakorn percaya Malaysia […]

Indonesia Bakal Memiliki Pemain Naturalisasi Brazil

Skuad B-17 Indonesia bakal diperkuatkan dengan seorang pemain naturalisasi Brazil menjelang kempen Piala Dunia B-17. Ini selepas pemain Sao Paulo, Welber Jardim kini sah memiliki pasport Indonesia. Perkara ini disahkan oleh jurulatih skuad B-17 Indonesia, Bima Sakti dalam akaun Instagramnya dua hari lalu. “Alhamdulillah, untuk Indonesia. Terima kasih pemerintah, PSSI, dan Kedutaan Besar Republik Indonesia […]

Mano Polking Yakin Hasrat Thailand Ke Piala Dunia Masih Cerah

Jurulatih Thailand, Mano Polking percaya negara itu masih memiliki peluang cerah layak ke Piala Dunia 2026. Ini selepas skuad Gajah Perang menunjukkan persembahan hebat menentang Iraq pada aksi final Thai King’s Cup 2023 semalam. Biarpun tewas 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti, keupayaan Thailand mengikat Lions of Mesopotamia 2-2 dalam tempoh 90 minit patut mendapat pujian. […]

Tanpa Faisal Halim, ‘Siuu’ Tetap Bergema Buat Selangor

Selangor FC meneruskan aksi persahabatan di Indonesia apabila menentang kelab Liga 1 Indonesia, PSIS Semarang. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Jatidiri, Kota Semarang semalam berakhir dengan keputusan seri 3-3. Penjaring gol buat pasukan Selangor adalah Danial Asri (minit ke-37), Rauf Salifu (minit ke-53) dan Ayron Del Valle (minit ke-73). Manakala penjaring gol buat PSIS adalah […]

King’s Cup: Iraq Juara Benam Thailand

Hasrat Thailand menjulang Thai King’s Cup buat kali pertama sejak 2017 gagal apabila tewas kepada Iraq dalam aksi final hari ini. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas masing-masing menewaskan Lubnan dan India dalam aksi pertama kejohanan pada Khamis lepas. Aksi final yang sepatutnya bermula pada jam 9.30 waktu Malaysia terpaksa dilewatkan untuk seketika susulan hujan […]

Skuad Muda Thailand Tempang Berdepan Malaysia

Skuad B-23 Thailand menerima tamparan hebat apabila Anan Yodsangwal terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan. Perkara ini disahkan sendiri oleh jurulatih Gajah Perang, Issara Sritaro. Ini bermakna Anan tidak dapat diturunkan apabila Thailand bertemu Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan H pada 12 September ini. Penyerang berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan patah tulang rusuk dalam aksi […]

Jurulatih Singapura Kecewa Pasukannya Tak Mampu Melawan Guam

Jurulatih skuad B-23 Singapura, Nazri Nasir merasa kecewa selepas anak-anak buahnya tidak berupaya mengatasi cabaran pasukan kerdil, Guam dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024. Aksi kedua Kumpulan C menyaksikan Singapura sekadar seri 1-1 dengan The Nobleman di Stadium Viet Tri semalam. The Young Lions mendahului menerusi sepakan penalti Farhan Zulkifli pada minit ke-63. Biarpun […]

Kelayakan Piala Asia U23: Indonesia Bantai Taiwan 9-0

Skuad B-23 Indonesia memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan bergaya apabila membelasah Taiwan 9-0 dalam aksi kedua Kumpulan K di Stadium Manahan, Surakarta hari ini. Hadir sebagai naib juara Piala AFF B-23 2023, Timnas Indonesia yang dibimbing Shin Tae-yong tampil garang pada babak pertama. Pemain tengah KMSK Deinze, Marselino Ferdinan membuka tirai jaringan […]

Jurulatih Singapura Janji Takkan Lari

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Singapura, Takayuki Nishigaya menerima kecaman hebat daripada segelintir penyokong bola sepak Singapura selepas menyaksikan mereka tewas 0-2 kepada Tajikistan dalam perlawanan persahabatan FIFA di Stadium Bishan pada Jumaat. Selepas dikritik hebat, Nishigaya tetap tenang dan menerima segala kritikan tersebut. Fokus utama Nishigaya ketika ini adalah untuk membawa Singapura melepasi pusingan pertama […]

Gol Berkelas Dunia Pastikan Indonesia ‘Titik’ Turkmenistan

Indonesia melakukan satu lagi kejutan berdepan pasukan yang lebih baik rankingnya apabila mencatatakan kemenangan tipis 1-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Gomo itu menyaksikan percaturan ketua jurulatih, Shin Tae-yong menurunkan barisan terbaik mencuri perhatian. Aksi ini juga menjadi debut buat pemain warisan Indonesia, Sandy Walsh membuat kemunculan bersama pasukan kebangsaan. Turkmenistan dilihat bergelut […]

Singapura Tewas Tipis Berdepan Tajikistan

Singapura terus tercari-cari kemenangan kedua dalam kalendar antarabangsa FIFA apabila mereka tewas 2-0 kepada Tajikistan dalam aksi persahabatan di Stadium Bishan hari ini. The Lions yang diketuai kapten, Hariss Harun tahu mereka berdepan cabaran sukar menentang Tajikistan. Dari segi ranking FIFA, The Crowns berada pada kedudukan ke-110 dunia berbanding Singapura (ke-158). Kelebihan ini dimanfaatkan pasukan […]

Teerasil Dangda Tak Henti Meledak Untuk Thailand

Tua namun masih berbisa, itulah ungkapan yang tepat buat Teerasil Dangda ketika ini apabila masih mampu meledak gol buat pasukan kebangsaan Thailand sewaktu menentang Lubnan. Teerasil Dangda berjaya menjaringkan gol kedua buat Thailand menerusi tandukan jarak dekat pada minit ke-85 perlawanan. Lebih manis, jaringan tersebut merupakan jaringan kemenangan dan membawa Thailand ke peringkat akhir Piala […]