Dua Pemain Terkemuka Kongsi Pengalaman Berbeza Liga Malaysia & Indonesia

Dua bekas pemain Liga Super iaitu Levy Madinda dan Christian Rontini berkongsi pegalaman yang berbeza antara Liga Malaysia dan Indonesia. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Makanbola Indonesia sebelum ini, bekas pemain Kelantan, Christian Rontini menyatakan bahawa Liga Indonesia lebih tersusun dan teratur. Beliau yang kini beraksi bersama Persita Tangerang menganggap semua pasukan di Indonesia adalah […]

Skuad Muda Persib Bandung Bakal Bertemu Borussia Dortmund

Skuad remaja Persib Bandung bakal berentap dengan beberapa kelab terkemuka dunia kelab Bundesliga, Borussia Dortmund untuk satu kejohanan remaja antarabangsa. Ini selepas ASEAN Football mendedahkan Kejohanan Bola Sepak B-15 Antarabangsa Fujian 2023 bakal diadakan di Fujian, China. Selain Persib Bandung, rantau Asia Tenggara bakal diwakili kelab Vietnam iaitu Hanoi. Sementara China bakal diwakili Zhejiang, China […]

Tindakan Pemain Indonesia Pijak Lawan Jadi Perhatian

Pemain pertahanan Indonesia, Marckho Sandy menimbulkan kemarahan penyokong selepas didapati memijak pemain lawan. Insiden ini berlaku pada minit ke-73 perlawanan Liga 1 Indonesia membabitkan Persis Solo dan RANS Nusantara. Menurut MakanBola Indonesia, pada ketika itu, Persis sedang mendahului 2-1. Perlawanan mula panas apabila Marckho didapati melanggar pemain Persis, Muhammad Faqih Maulana sehingga terjatuh. Beliau yang […]

Liga 1: Dewa United Dihampakan Persita Tangerang

Bek tengah negara, Junior Eldstal kecewa selepas melihat kelab Liga 1 Indonesia, Dewa United tewas 1-0 kepada Persita Tangerang dalam aksi terbaru liga hari ini. Dewa United berharap kemenangan hari ini mampu mendekatkan mereka kepada pasukan di tangga kelima Liga 1, Barito Putera. Begitupun, separuh masa pertama menyaksikan Laskar Dewa berdepan kesukaran menembusi pertahanan tuan […]

Bintang Indonesia Dilamar Beraksi Di Liga Utama Korea

Bintang muda Indonesia, Asnawi Mangkualam akui telah dilamar untuk beraksi di liga utama bola sepak Korea Selatan. Dalam satu temu bual Asnawi di segmen Podcast Sport77, beliau mendedahkan bahawa ada menerima tawaran dari salah sebuah kelab yang beraksi di K League 1 yang ingin mendapatkan khidmatnya. Pemain Jeonnam Dragon ini bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara tersebut […]

Terengganu Berdepan Lawan Bukan Calang-Calang Di AFC

Terengganu kini bakal menerima tentangan sengit dipentas Asia setelah diletakkan dalam kumpulan G bersama-sama pasukan hebat dari Indonesia, Australia dan Filipina. Terengganu bakal memulakan aksi pertama Piala AFC menentang Bali United, kelab dari Indonesia. Bali United yang ditubuhkan pada 2015 pantas menampilkan prestasi memukau dalam saingan liga Indonesia apabila muncul juara Liga 1 Indonesia pada […]

Persiapan Hougang United Bertemu Sabah Terjejas

Prestasi semasa yang serba tidak kena buat Hougang United seakan-akan menjejaskan persiapan mereka untuk aksi pertama Piala AFC khamis ini menentang Sabah FC. Kelab Singapura tersebut baru sahaja dibelasah pendahulu liga, Albirex Niigata dengan jaringan 5-0. Malah ketika ini Hougang gagal meraih sebarang kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir liga setelah merekodkan 2 kekalahan dan 1 […]

Indonesia Hampiri Kedudukan Malaysia

Pasukan kebangsaan Indonesia terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan apabila menunjukkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA ketika ini. Skuad Garuda yang dikendalikan oleh Shin Tae-yong terus berada pada kemuncak prestasi selepas mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Turkmenistan dalam satu aksi persahabatan FIFA September ini. Kemenangan itu menyaksikan Indonesia yang menghuni kedudukan ke-150 dunia telah mencatatkan […]

Akademi JDT Belasah Barcelona

Akademi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperagakan persembahan cemerlang apabila membelasah Barcelona. Kejohanan Puma Youth Champions League B-14 itu menyaksikan skuad muda Harimau Selatan terus memperagakan aksi cemerlang setiap kali turun beraksi. Sungguhpun skuad muda JDT tunduk dengan keputusan 3-0 kepada Island City pada aksi pembukaan, para pemain tetap memperagakan aksi cemerlang […]

Dion Cools Jadi ‘Kereta Kebal’ Buriram United

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools bertukar menjadi kereta kebal buat Buriram United apabila membantu pasukannya daripada dibolosi dalam kemenangan 4-0 ke atas Trat FC. Dion Cools yang bermain sebagai pertahanan tengah buat Buriram United menampilkan aksi cemerlang dibahagian pertahanan apabila diberi penilaian 7.2 dalam perlawanan tersebut menurut laman sofascore. Malah Dion Cools mencatatkan 88% ketepatan […]

Lawan Terengganu Di AFC Terima Tamparan Hebat

Seteru Terengganu dalam kumpulan G Piala AFC, Bali United kini menerima tamparan hebat apabila gawang gol mereka kerap dibolosi. Musim lalu, Bali United menjadi pasukan paling banyak dibolosi setelah merekodkan 53 bolos dalam 34 perlawanan. Lebih teruk, musim ini Bali United sekali lagi menjadi pasukan yang kerap dibolosi dengan 18 gol bolos hanya dalam 12 […]

Pesaing Sabah Di AFC Hadapi Saat Sukar

Pesaing Sabah FC di Piala AFC 2023 menghadapi saat sukar apabila diuji dengan pelbagai masalah. Pasukan yang menjadi juara Liga 1 Indonesia tahun 2022, PSM Makassar kini menghadapi krisis terutamanya staf dan barisan pemain yang kini tidak menerima gaji. Terdapat beberapa luahan yang telah dimuat naik oleh para pemain ke media sosial berikutan masalah yang […]

Shin Tae-yong Dikesan Jalani 3 Tugas Berbeza Bersama Indonesia

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong kini meraih pujian penyokong bola sepak Indonesia apabila berjaya membimbing Indonesia layak ke 3 kejohanan berbeza Piala Asia iaitu Piala Asia 2023, Piala Asia B-20 2023 dan Piala Asia B-23 2024. Pengendali berusia 52 tahun itu menyertai pasukan Indonesia pada Disember 2019 dan membimbing Indonesia dari kedudukan 173 dunia hingga […]

Vietnam Pilih Bekas Pegawai Keselamatan Jadi Penjaga Gol Utama Negara

Beberapa tahun yang lalu, penjaga gol ini masih menjadi pengawal keselamatan di sebuah syarikat minyak dan gas. Tetapi kemudian titik perubahan hadir dalam kariernya, dan pada usia 32 tahun, dia membuat penampilan pertamanya untuk pasukan kebangsaan Vietnam. Pemain yang dimaksudkan adalah Nguyen Dinh Trieu. Penjaga gol yang beraksi untuk kelab Hai Phong itu diberikan tanggungjawab […]

Kelayakan Piala Asia U23: Singapura Cipta Kejutan Ikat Vietnam

Hasrat Singapura untuk mencipta kejutan dalam aksi menentang Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia U23 menjadi kenyataan apabila mereka berjaya mengikat tuan rumah dengan keputusan 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Viet Tri sebentar tadi. Walaupun sudah melayakkan diri ke Piala Asia U23 2024, ianya bukanlah tiket untuk pemain Vietnam beraksi sambil lewa menentang Singapura. […]

Kelayakan Piala Asia U23: Indonesia Mara Ke Piala Asia, Tewaskan Turkmenistan

Skuad B-23 Indonesia berjaya layak ke Piala Asia B-23 2024 sebagai juara Kumpulan K selepas menewaskan Turkmenistan hari ini. Selepas mengalahkan Taiwan 9-0 beberapa hari lepas, Indonesia berpeluang cerah ke Piala Asia B-23 2024 dengan syarat mereka perlu mengatasi cabaran Turkmenistan. Tuan rumah yang beraksi di Stadium Manahan, Surakarta mendapat sokongan padu penyokong termasuk Presiden […]