Andik Vermansyah Gaduh Besar, Muka Lawan Jadi ‘Mangsa’

Gelagat bekas pemain sayap Selangor FC, Andik Vermansyah mencuri tumpuan peminat bola sepak Indonesia baru-baru ini. Andik yang kini beraksi untuk kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh dikesan menolak muka pemain PSPS Pekanbaru, Ilham Fato sehingga terjatuh. Insiden ini berlaku dalam aksi terbaru liga membabitkan Persiraja dan PSPS di Stadium Harapan Bangsa pada 13 […]

Jurulatih Singapura Akui Sebenarnya Boleh Kalah 20-0

Pengendali Singapura, Tsutomu Ogura mengakui pasukannya bernasib baik kerana tidak mengalami kekalahan lebih besar di tangan Yokohama F. Marinos. Aksi terakhir jelajah Singapura di Jepun menyaksikan pasukan itu berhadapan dengan finalis Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023/24 itu. Meskipun menurunkan barisan pemain simpanan, Marinos mendahului 5-0 pada separuh masa pertama. Kota Mizunuma, Kenta Inoue, Riku […]

Thailand Terima Durian Runtuh RM645,000

Skuad kebangsaan Thailand menerima durian runtuh sebanyak lima juta baht (RM645,000) susulan kejayaan bergelar juara King’s Cup 2024. Pengumuman bonus berkenaan dinyatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau Madam Pang. Thailand muncul juara King’s Cup dengan mengalahkan Syria 2-1 di pentas final. Ekanit Panya dan Chanathip Songkrasin menyumbat gol kemenangan […]

Singapura Jadi ‘Lauk’ Yokohama F. Marinos

Singapura menamatkan kempen jelajah mereka di Jepun dengan kekalahan apabila dibelasah Yokohama F. Marinos 7-1. Selepas meraih kemenangan ke atas Tokyo Verdy pada 11 Oktober lalu, anak buah Tsutomu Ogura berharap dapat menutup jelajah Jepun dengan kemenangan. Walau bagaimanapun, hajat The Lions untuk menewaskan Marinos berkecai apabila Riku Yamane membuka tirai jaringan pada minit ke-11. […]

Pasukan Ke-5147 Dunia Minat Lawan JDT

Pasukan ke-5147 dunia berminat untuk berdepan jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Hector Bidoglio cemerlang beraksi musim ini apabila masih tidak tewas dalam mana-mana perlawanan. Kali terakhir pemain Harimau Selatan beraksi adalah pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) di laman sendiri ketika menewaskan Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0. Tempoh berehat panjang bagi […]

Badi Penjaga Gol Vietnam Belum Terhapus

Penjaga gol Vietnam, Filip Nguyen masih belum dapat menghapuskan badi setiap kali diturunkan dalam perlawanan yang melibatkan skuad kebangsaan Vietnam. Pemain berusia 32 tahun itu masih belum merasai kemenangan bersama Vietnam ketika mana beliau diturunkan sebagai penjaga gol utama. Pada aksi persahabatan antarabangsa menentang India yang berlangsung di laman sendiri pada Sabtu, Filip Nguyen diturunkan […]

Singapura Tewaskan Tokyo Verdy

Skuad kebangsaan Singapura akhirnya meraih kemenangan dalam jelajah mereka di Jepun dengan menewaskan Tokyo Verdy 2-1. Selepas dibelasah FC Tokyo 4-0 dalam aksi persahabatan pertama jelajah pada 8 Oktober lalu, The Lions yang dibimbing Tsutomu Ogura berazam untuk bangkit. Tokyo Verdy bukan asing bagi Singapura. Ini kerana kelab J1 League itu telah memeterai kerjasama dengan […]

Malaysia Turut Siarkan Siaran Langsung Bahrain vs Indonesia

Malaysia turut menyiarkan siaran langsung melibatkan pertembungan antara Bahrain vs Indonesia. Skuad kendalian Shin Tae-yong berjuang hebat untuk merebut slot ke pentas Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 setelah mengharungi dua aksi awak dengan cemerlang. Sang Garuda berjaya mengikat Arab Saudi dengan keputusan 1-1 sebelum meraih satu mata penting menentang Australia di laman sendiri. Aksi ketiga […]

Marc Klok Kecewa, Padang & Fasiliti Di Indonesia Teruk

Pemain tengah Indonesia, Marc Klok tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya tentang mutu padang dan kemudahan sukan di Indonesia. Luahan itu dinyatakan pemain tengah berusia 31 tahun itu menerusi satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini. Bekas pemain tengah Ross County itu merasakan mutu padang dan kemudahan sukan di negara itu kurang memuaskan. Hal ini berdasarkan […]

Kelab Jepun, FC Tokyo Malukan Singapura 4-0

Singapura membuka kempen aksi persahabatan di Jepun dengan langkah kiri apabila dimalukan kelab J1 League, FC Tokyo 4-0. Aksi menentang FC Tokyo merupakan sebahagian daripada tiga aksi persahabatan di Jepun yang diatur jurulatih The Lions, Tsutomu Ogura sebagai persiapan menghadapi ASEAN Championship 2024. Malangnya, hajat Ogura melihat anak buahnya meraih kemenangan pertama di Negara Matahari […]

Singapura Asah Taring Di Jepun

Singapura memanfaatkan kalendar antarabangsa FIFA dengan mengadakan tiga aksi persahabatan di Jepun. Ini merupakan sebahagian daripada perancangan jurulatih The Lions, Tsutomu Ogura sebagai persiapan menghadapi ASEAN Championship 2024 pada penghujung tahun ini. Ogura melihat tiga aksi menentang tiga kelab utama J1 League bukan saja peluang untuk menerapkan permainan intensiti tinggi yang dimahukannya. Malah, ini akan […]

Lubnan Bakal Terlepas Aksi Lawan Vietnam?

Naib juara Pestabola Merdeka 2024, Lubnan berpotensi terlepas aksi persahabatan antarabangsa menentang Vietnam pada 15 Oktober ini. ASEAN Football melaporkan Persatuan Bola Sepak Lubnan (LFA) memaklumkan kepada Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) bahawa mereka tidak dapat memenuhi komitmen perlawanan tersebut. Ini berlaku disebabkan tindakan rejim Israel melancarkan serangan ganas ke atas Lubnan dan menceroboh selatan […]

Media Indonesia Percaya Hanya Asnawi Mampu Halang Kelincahan Arif Aiman

Media Indonesia percaya bahawa pertahanan Timnas, Asnawi Mangkualam hanya satu-satunya pemain yang mampu menghalang kelincahan Arif Aiman Hanapi. Baru-baru, kelibat pemain berusia 22 tahun itu menjadi bualan hangat apabila menjadi watak penting Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan ACLE. Beliau berjaya menjaringkan dua gol ketiga bertemu Shanghai Port sebelum menambah koleksi jaringan […]

Bojan Hodak Puji Pengadil Malaysia Di Hadapan Media Indonesia

Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak telah memberikan pujian terhadap prestasi dan keputusan pengadil dari Malaysia yang dijemput mengadili perlawanan Liga 1 Indonesia baru-baru ini. Pengadil dari Malaysia yang dimaksudkan adalah Nazmi Nasaruddin yang merupakan pengadil bertauliah dari FIFA. Lebih manis lagi, pujian Bojan itu diungkapkan di hadapan media Indonesia. Bojan melihat Nazmi sebagai salah seorang […]

Kalahkan Borneo, Ranking KL City Naik 180 Tangga

Wakil Malaysia di Asean Shopee Cup, KL City berjaya melonjak 180 tangga selepas mengalahkan kelab Indonesia, Borneo FC Samarinda. Skuad kendalian Miroslav Kuljanac cemerlang mengekalkan rekod bersih dengan dua kemenangan ke atas Kaya FC IloIlo dan Borneo Samarinda. The City Boys tidak goyah sungguhpun berdepan wakil Indonesia yang baru sahaja menewaskan kelab Singapura, Lion City […]

Van Persie Hairan Mees Hilgers Pilih Indonesia

Legenda Manchester United, Robin Van Persie meluahkan kehairanan dengan keputusan pemain muda berbakat Belanda, Mees Hilgers yang memilih untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Indonesia. Bagi Van Persie, Hilgers perlu lebih bersabar dan tidak mustahil pengendali skuad kebangsaan Belanda, Ronald Koeman akan memberi peluang buat Hilgers menyarung jersi The Oranje. “Saya sedikit tertanya-tanya mengapa dia akhirnya […]