Legenda Korea Selatan Perkuat Barisan Kejurulatihan Vietnam

Legenda bola sepak Korea Selatan, Lee Woon-jae sah menyertai barisan kejurulatihan Vietnam sebagai jurulatih penjaga gol. Perkara ini didedahkan sendiri bekas pemenang Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2001/02 itu kepada portal Sisa Journal baru-baru ini. Keadaan ini menyaksikan Woon-jae kembali bekerjasama dengan jurulatih Pahlawan Bintang Emas, Kim Sang-sik. Ini bukan kali pertama kedua-duanya bekerjasama dalam satu […]

Hanoi Mahu Bina Stadium Kapasiti 60,000, Cecah RM19 Bilion

Kelab gergasi Vietnam, Hanoi FC merancang untuk membina sebuah stadium baru berkapasiti 60,000 orang dengan kos AS$4.5 bilion (RM19 bilion). ASEAN Football melaporkan usaha ini terhasil pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara pemilik kelab, T&T Group dengan entiti pelaburan Qatar, JTA Group. Pemeteraian ini dibuat semasa lawatan tiga Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh ke Qatar […]

Tunku Ismail Puji Erick Thohir Kemudi Bola Sepak Indonesia

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memuji impak Erick Thohir kepada bola sepak Indonesia sejak dilantik sebagai Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI). Pujian itu dinyatakan baginda apabila melihat kemajuan yang ditunjukkan negara seberang itu jika dibandingkan dengan bola sepak Malaysia ketika ini. “Contoh, Erick Thohir ada duit, pengetahuan, kenalan antarabangsa dan semangat. Itu […]

Shin Tae-yong Bawa Pemain Muda Ke Piala ASEAN Mitsubishi Electric

Indonesia bakal menghantar skuad B-22 bagi menghadapi aksi Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurulatih, Shin Tae-yong pada sesi perkenalan bersama Asean United di Indonesia baru-baru ini. “Ya, saya akan membawa pemain B-22 ke Piala AFF. Jadi, kemampuan pasukan akan berkurang berbanding pasukan lain. “Kami akan berusaha semaksimum mungkin dan berazam […]

Vietnam Sasar ‘Takluk’ ASEAN

Pengendali Vietnam, Kim Sang-sik yakin dapat merealisasikan sasaran pasukan itu layak ke final ASEAN Championship 2024. Harapan tersebut dinyatakan beliau apabila ditemu bual portal Vietnam, Tuoi Tre Online baru-baru ini. Berdasarkan empat edisi ASEAN Championship yang lalu, Vietnam telah layak ke final sebanyak dua kali. Ini termasuk kejayaan bergelar juara pada edisi 2018 dengan menewaskan […]

Kaki Dion Cools Kembali Meledak Di Thailand

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools menjadi wira Buriram United aksi pusingan pertama Thai League Cup 2024/25 baru-baru ini. Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu membantu Thunder Castle menewaskan kelab Thai League 2, Lampang FC. Buriram sebelum itu dikejutkan dengan gol pendahuluan tuan rumah yang dijaringkan Mehti Sarakham pada minit ke-35. Ini gol kedua graduan akademi […]

Tonggak Jepun Kini Pemain Naturalisasi Baharu Singapura

Singapura kini diperkuatkan dengan kehadiran pemain naturalisasi baru dari Jepun, Kyoga Nakamura. Ini selepas pemain tengah BG Tampines Rovers berusia 28 tahun itu sah bergelar warga Singapura pada 25 Oktober lalu. Dengan status berkenaan, Nakamura tidak berdepan masalah untuk mewakili The Lions di pentas antarabangsa. Anak jati Funabashi, Chiba itu mengakui merasa gementar bila mengangkat […]

Wakil Indonesia, TSI Selection Tewaskan Skuad Muda JDT

Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) Bawah 14 Tahun (B-14) terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Indonesia, TSI Selection dalam saingan Asiana Cup. Asiana Cup merupakan sebuah kejohanan bola sepak akar umbi yang dianjurkan Asiana Soccer School yang berpangkalan di Indonesia. Kejohanan ini menyaksikan penyertaan pasukan akademi kelab-kelab antarabangsa termasuk dari Indonesia. Asiana Cup edisi […]

Brunei Asah Taji Dengan Pasukan Ke-34 Dunia

Nama Brunei menjadi sebutan peminat bola sepak Asia Tenggara apabila menerima jemputan Russia untuk aksi persahabatan antarabangsa. Hebahan aksi ini dikongsikan di platform media sosial rasmi pasukan bola sepak Russia, Team Russia baru-baru ini. “Krasnodar, temui pasukan kebangsaan (anda)! Kita akan menentang Brunei di sini. Perlawanan pertama untuk kem latihan November akan berlangsung pada 15 […]

Thailand Pilih Pasukan Ke-187 Dunia Asah Taring

Thailand bakal dicabar negara serantau yang juga pasukan ke-187 dunia, Laos untuk aksi persahabatan antarabangsa pada November ini. ASEAN Football melaporkan skuad Gajah Perang yang dibimbing Masatada Ishii sudah memuktamadkan siapa lawan yang bakal dihadapi pada November. Thailand bakal menentang Laos pada 17 November ini di Stadium Thammasat, Pathum Thani. Sementara satu lagi aksi persahabatan […]

Buriram United ‘Pintas’ JDT

Kelab Liga 1 Thailand, Buriram United memintas JDT sebagai kelab paling bernilai di Asia Tenggara. Skuad kendalian Hector Bidoglio memulakan kempen di AFC Champions League Elite (ACLE) dengan begitu baik apabila meraih 4 mata daripada dua perlawanan. Buriram United pula melakar rekod sama sekaligus terikat dengan kedudukan skuad Harimau Selatan dengan 4 mata. Kehadiran beberapa […]

Harimau Malaya Hadapi Tentangan Thailand Disember Ini

Harimau Malaya bakal berdepan tentangan Thailand pada satu aksi bulan Disember ini. Skuad kendalian Pau Marti memulakan langkah dengan cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 menundukkan Lubnan di Bukit Jalil. Pasukan negara turut merakamkan kemenangan menentang wakil Asia Tenggara, Filipina pada satu aksi separuh akhir sebelum ini. Prestasi baik tidak dapat diteruskan apabila tewas […]

Nilai Liga Super Malaysia RM250 Juta, Ke-3 Paling Bernilai Di ASEAN

Nilai Liga Super Malaysia mencecah 53.34 Juta Euro (RM250 Juta) dan kini menghuni tangga ketiga Asia Tenggara. Kemajuan yang ditunjukkan oleh Liga Malaysia ini susulan persembahan cemerlang pasukan di Asia. Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan wakil tunggal Malaysia di AFC Champions League Elite (ACLE) manakala Selangor di AFC Champions League Two […]

“Selangkah Ke Piala Dunia” Netizen Indonesia Akui Hanya Seorang Pemain Tempatan Mampu Bersaing Di Pusingan 3

Seorang penyokong Indonesia berpandangan hanya Rizky Ridho Ramadhani yang mampu bersaing dalam pasukan itu untuk aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Pandangan ini dilontarkan penyokong bernama Maz Nari selepas melihat Indonesia tewas 2-1 kepada China di Qingdao pada 15 Oktober lalu. Selepas berjaya mengikat tiga pasukan dalam Kumpulan C, ramai penyokong menjangkakan anak buah […]

Vietnam Asah Taji Di Korea Selatan

Vietnam mengikut jejak negara serantau, Singapura dengan memilih mengadakan kem latihan di luar negara. Tidak seperti Singapura yang memilih Jepun sebagai negara pilihan, Pahlawan Bintang Emas pula memilih Korea Selatan sebagai destinasi pilihan. ASEAN Football melaporkan anak buah Kim Sang-sik bakal menjadikan Busan, Korea Selatan sebagai kem pusat mereka dari 21 November hingga awal Disember […]

AFC ‘Tak Layan’ Aduan Indonesia

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dilaporkan telah menolak aduan atau protes daripada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) di atas mutu pengadilan yang dianggap kurang baik pada Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Bahrain tempoh hari. Perkara tersebut telah disahkan oleh pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia, Sumardji baru-baru ini. Aduan yang dibuat PSSI itu bukan sahaja dihantar […]