Malaysia & Thailand Dihimpit Ujian Sama Saat Akhir

Perjuangan dua pasukan Asia Tenggara, Malaysia dan Thailand dihimpit dengan ujian yang sama saat akhir di Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal mengharungi aksi terakhir menentang Chinese Taipei sementara Thailand melayan kunjungan Singapura. Persiapan kedua-dua pasukan berlangsung lebih kurang sama dengan beberapa tonggak terpaksa disisihkan akibat kecederaan. Harimau Malaya merekodkan keputusan seri […]

Penyerang Tottenham Hotspur Bakal Hadiri Aksi Thailand & Singapura

Penyokong Thailand berpeluang melihat kelibat penyerang Tottenham Hotspur, Jude Soonsup-Bell di Stadium Rajamangala pada malam ini. Ini selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau Madame Pang memaklumkan penyerang itu bakal menonton perlawanan terakhir Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia antara Thailand dengan Singapura. Sebelum ini, beliau berkesempatan mengadakan pertemuan dengan penyerang berusia 20 […]

Piala Sultan Selangor Terima Tajaan Lumayan Cecah RM1.8 Juta

Piala Sultan Selangor (TSSC) 2024 menerima suntikan kewangan yang besar menerusi tajaan yang mencecah RM1.8 juta. Secara ringkas, TSSC merupakan satu kejohanan yang diasaskan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun 2001. Kejohanan ini bertujuan bukan saja mengukuhkan hubungan antara pasukan bola sepak Selangor dan Singapura. Malah, ini dilihat […]

Shin Tae-Yong: Indonesia Akan Berjuang Habis-Habisan Bertemu Filipina

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-Yong menuntut agar para pemain Indonesia memberikan segalanya dalam aksi menentang Filipina. Indonesia wajib menewaskan cabaran Filipina sekiranya ingin melayakkan diri ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2026. Sang Garuda kini menghuni tangga kedua kumpulan F dengan mengumpul 7 mata manakala Vietnam berada di tangga ketiga dengan 6 mata. Situasi semasa […]

Padang Baru Stadium Rajamangala Menanti Thailand & Singapura

Thailand dan Singapura berpeluang memperagakan aksi bola sepak berkualiti menjelang aksi terakhir Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 esok. Ini kerana padang rumput baru telah dipasang di stadium keramat pasukan yang diberi jolokan Gajah Perang itu, Stadium Rajamangala. Menurut kontraktor yang bertanggungjawab menyelia proses pemasangan padang, Punta Turf Care, kini yang tinggal ialah kerja-kerja merapikan […]

Thailand Rekrut Jurulatih Bertaraf Dunia

Staf kejurulatihan Thailand diketuai Masatada Ishii mendapat sokongan tambahan menerusi perlantikan jurulatih kecergasan bertaraf dunia dari Jepun, Masaya Sakihana. Perlantikan ini diumumkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerusi platform media sosial pasukan kebangsaan Thailand, Changsuek semalam. Sakihana memiliki pengalaman sebagai jurulatih kecergasan untuk beberapa pasukan seperti Jerman, Amerika Syarikat, Vissel Kobe dan Kashima Antlers. “Selamat […]

Kualiti Padang Berlopak Air Di Indonesia Jejas Aksi Dua Pasukan

Isu padang berlopak air di Indonesia menyukarkan usaha dua pasukan Liga 3, Adhyaksa Farmel dan Persibo Bojonegoro bermain semalam. Kedua-dua pasukan pasukan beraksi di Stadium Mini Cibinong, Bogor bagi menentukan juara liga untuk musim 2023/24. Padang stadium mula berlopak pada masa tambahan disebabkan hujan lebat yang berlaku pada ketika itu. Ini menyukarkan kedua-dua pasukan memburu […]

Filipina Ajak Vietnam Bersatu Hati Tewaskan Indonesia

Pengendali Filipina, Tom Saintfiet mengharapkan sokongan penyokong Vietnam apabila turun menentang Indonesia nanti. Selepas lima perlawanan, slot kelayakan kedua Kumpulan F masih lagi terbuka membabitkan Indonesia dan Golden Star Warriors. Vietnam menghidupkan kembali peluang untuk layak selepas menewaskan Filipina 3-2 di Stadium Nasional My Dinh pada Khamis lepas. Situasi mereka turut dibantu dengan kejayaan Iraq […]

Skuad Muda Thailand Terima Sentuhan Jurulatih Brazil

Pengendali Buriram United, Emerson Pereira diumumkan sebagai pengendali skuad Thailand Bawah 20 Tahun (B-20). ASEAN Football melaporkan Pereira dibawa masuk menggantikan jurulatih sebelumnya dari Jepun iaitu Yuki Richard Stalph. Menurut wartawan sukan Thailand, Ta Lao, sejak pasukan Thailand B-20 dipadankan dengan Buriram United untuk pengurusan pasukan, pasukan itu telah melalui perlantikan empat jurulatih. Selain Pereira […]

Vietnam Beri Harapan Palsu Sebelum Bangkit Tewaskan Filipina

Vietnam berjaya menewaskan cabaran Filipina dengan jaringan 3-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bagi kumpulan F. Vietnam turun dengan formasi 3-4-3 di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Kim Sang-sik yang mempertaruhkan trio serangan Nguyen Quang Hai, Nguyen Tien Linh dan Nguyen Van Toan. Filipina pula tampil bermain formasi 4-2-3-1 dengan Patrick Reichelt mengetuai jentera […]

Tan Cheng Hoe Tidak Ditawar Kontrak Lanjutan Di Police Tero

Jodoh Tan Cheng Hoe bersama kelab Thai League 1, Police Tero dilaporkan sudah berakhir. Sejak menerima tawaran The Silver Shield Dragon pada akhir Februari lalu, magis Cheng Hoe diharap dapat membantu pasukan itu keluar dari zon penyingkiran liga. Malangnya, itu tidak berlaku dengan Police Tero, Trat dan Chonburi tersingkir ke saingan Thai League 2 musim […]

Pengendali Singapura Yakin Mampu Kejutkan Korea Selatan

Ketua jurulatih skuad Singapura, Tsutomu Ogura mensasarkan bahwa pasukannya mampu cipta kemenangan sulung bagi saingan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua hari ini. Pasukan Singapura akan bertemu Korea Selatan bagi aksi ke-5 peringkat kumpulan C pada malam ini.  Pengendali Singapura ini menegaskan bahwa anak buahnya perlu mempamerkan aksi yang terbaik bagi melakar kejutan ke atas pasukan terbaik […]

Pusat Latihan Berkelas Dunia Indonesia Hampir Siap, Guna Dana FIFA Sebaik Mungkin

Usaha Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) merealisasikan pusat latihan bola sepak baru dengan bantuan dana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semakin menjadi kenyataan. Ini selepas FIFA memuat naik beberapa gambar terbaru Pusat Latihan PSSI di ibu negara baru Indonesia, Nusantara Capital City (IKN) dalam satu kenyataan semalam. PSSI amat berterima kasih kepada FIFA kerana menerusi […]

Singapura Jadikan Malaysia Inspirasi

Bek tengah Singapura, Safuwan Baharudin melihat Malaysia sebagai inspirasi pasukan itu terutama menjelang aksi menentang Korea Selatan pada malam ini. Sejak skuad negara dibimbing oleh jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon pada 2022, Malaysia mempamerkan peningkatan dari segi prestasi. Selain berjaya mara secara merit ke Piala Asia 2023, skuad negara turut mencipta kejutan ke atas pasukan-pasukan […]

Indonesia, Thailand & Filipina Ke Eropah Kenal Pasti Pemain Warisan

Tiga negara Asia Tenggara, Indonesia, Thailand dan Malaysia melakukan usaha gigih untuk mengenal pasti pemain warisan di Eropah. Usaha tiga negara ini seiring dengan prestasi dan pencapaian pasukan kebangsaan masing-masing terutamanya Indonesia yang menunjukkan kemajuan mendadak. Sang Garuda kini diperkuatkan dengan kehadiran 11 pemain kacukan Eropah dalam skuad semasa bagi menghadapi tentangan Iraq dan Filipina […]

Posisi Pratama Arhan Hilang Di Tangan 3 Pemain Kacukan Eropah

Posisi dua pemain muda berbakat Indonesia, Asnawi Mangkualam dan juga Pratama Arhan bakal hilang di tangan pemain warisan Eropah. Usaha Persatuan Sepakbola Indonesia (PSSI) untuk mengambil lebih ramai pemain warisan daripada Eropah telah menguntungkan Sang Garuda dalam tempoh singkat. Kemasukan ramai pemain kacukan terutamanya di Belanda telah mencabar posisi beberapa pemain utama yang telah membawa […]