Skuad Muda Laos Bangkit Kalahkan Singapura

Skuad Laos Bawah 16 Tahun (B-16) bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Singapura 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Kejuaraan B-16 ASEAN 2024. Kedua-dua pasukan ini turun di Stadium Manahan, Surakarta dengan misi berbeza. Laos perlu menang untuk meningkatkan peluang bergelar juara Kumpulan A. Sementara Singapura yang dibimbing Angel Toledano pula perlu menang jika ingin menghidupkan […]

Pengarah Teknikal Lion City Puji Pendekatan Malaysia Guna Kepakaran JDT

Pengarah teknikal kelab Lion City Sailors memuji pendekatan yang digunakan oleh Malaysia dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad Malaysia B-16 kini dipimpin oleh Ketua Jurulatih, Javier Jorda Ribera yang juga merupakan Pengarah bagi Akademi JDT. Situasi ini telah membuka mata Pengarah Teknikal kelab Lion City Sailors, Luka Lalic yang […]

Skuad Muda JDT Tewas Aksi Final Kepada Bali United

Skuad muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan perjuangan hebat sebelum tunduk di tangan Bali United B-18 Serdadu di Indonesia. JDT IV memulakan persembahan hebat di Indonesia dalam aksi Bali 7s Tournament 2024 berdepan beberapa wakil terkemuka di Asia Tenggara. JDT mencatatkan 4 kemenangan besar pada peringkat kumpulan menentang Bali United Tridatu (2-0), Kaki Bali […]

Skuad Muda Thailand Buat Australia Hilang Arah

Aksi pembukaan kumpulan C ASEAN U-16 Boys Championship 2024 menyaksikan Australia diikat oleh Thailand pada petang Ahad. Australia yang dibimbing oleh bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Brad Maloney menurunkan barisan terkuat diketuai oleh Jayden Nicovski bagi memburu tiga mata pertama ke atas Thailand yang merupakan naib juara edisi 2019. Aksi di awal babak […]

Skuad Muda Indonesia Tewaskan Singapura Dengan Jaringan Besar

Indonesia memulakan kempen Piala AFF Bawah 16 Tahun dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Singapura sebentar tadi. Indonesia di bawah kendalian Nova Arianto menurunkan barisan terkuat bagi mendapatkan kemenangan pertama di hadapan ribuan penyokong sendiri. Aksi dimulakan dengan penguasaan penuh oleh Indonesia yang lebih selesa mengawal permainan melalui variasi hantaran yang tepat. Peluang pertama buat […]

Skuad Muda JDT Kalahkan 3 Wakil Indonesia Serentak

Skuad muda JDT terus mencipta pencapaian membanggakan apabila merekodkan tiga kemenangan berdepan wakil Indonesia. JDT telah menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa dan kali ini bertanding dalam Bali 7s Tournament 2024. Kejohanan yang berlangsung di Bali, Indonesia ini melibatkan penyertaan kira-kira 200 pasukan yang datang sekitar Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Filipina dan lain-lain. Keputusan bagi aksi […]

Skuad Muda Laos Cipta Kejutan Tewaskan Filipina

Skuad muda Laos mencipta kejutan dengan menewaskan Filipina dalam aksi pembukaan Kumpulan A Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) ASEAN 2024 di Surakarta, Indonesia. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan perlu diraih dalam aksi pertama kumpulan jika ingin layak ke peringkat separuh akhir sebagai juara Kumpulan A. Sebaik perlawanan bermula, Laos yang dibimbing Kanlaya Sysomvang tampil garang memburu […]

Bekas Tonggak JDT Dedah Perbezaan Tahap Liga Malaysia & Indonesia

Bekas pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Levy Madinda melihat ada perbezaan antara Liga 1 Indonesia dengan Liga Malaysia (Liga M). Ini berdasarkan pengalamannya beraksi untuk Sabah FC, JDT, Negeri Sembilan FC dan juara Liga 1 musim 2023/24, Persib Bandung. Meskipun kedua-dua negara merupakan negara serumpun, Madinda melihat kedua-dua liga berbeza dari segi […]

“Liga Malaysia Lebih Mencabar Fizikal Berbanding Liga Thailand” – Alvin Fortes

Tonggak serangan Selangor FC, Alvin Fortes berpendapat liga Malaysia lebih mencabar kekuatan fizikal berbanding liga Thailand menurut pengalamannya. Alvin Fortes memainkan peranan penting dalam kemenangan bergaya 4-0 Selangor ke atas Negeri Sembilan apabila menyumbangkan dua gol dalam perlawanan tersebut. Pemain berusia 30 tahun itu pernah beraksi di liga Thailand untuk pasukan Ratchaburi FC dan Nongbua […]

“Maaf Chanatip Songkrasin, Saya Hanya Melakukan Tugas Saya” – Ikhsan Fandi

Penyerang Singapura, Ikhsan Fandi memohon maaf kepada perancang tengah Thailand, Chanatip Songkrasin selepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Ikhsan dan Chanatip merupakan rakan sepasukan di BG Pathum United yang bersaing dalam Thai League 1, namun kali ini, kedua-duanya bertemu di atas padang bukan sebagai rakan sepasukan apabila masing-masing mewakili negara masing-masing. Chanatip bersama skuad Thailand […]

Thailand Terima Bonus RM1.2 Juta

Meskipun gagal layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, skuad kebangsaan Thailand menerima bonus kewangan berjumlah 10 juta baht (RM1.2 juta). SNE Sports melaporkan bonus ini diterima selepas mereka meraih dua kemenangan dan dua keputusan seri dalam enam perlawanan Kumpulan C. Ini termasuklah kemenangan 3-1 yang dilakar ke atas Singapura di Stadium Rajamangala semalam. […]

Jurulatih Filipina Akui Indonesia Lawan Yang Kuat

Ketua jurulatih Filipina, Tom Saintfiet mengakui Indonesia merupakan lawan yang kuat setelah pasukannya tewas 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno. Jaringan Thom Haye dan Rizky Ridho menyaksikan Indonesia meraih tiga mata penting ke atas Filipina dan berjaya menduduki tangga kedua kumpulan F untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Tom Saintfiet mengucapkan tahniah buat […]

Vietnam Tolak Hajat Park Hang-seo

Federasi Bola Sepak Vietnam (VFF) baru-baru ini telah menolak hajat bekas pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo yang kini menjadi penasihat buat kelab Liga Divisyen 3 Vietnam, Bac Ninh FC. Bac Ninh ialah salah satu pasukan daripada empat pasukan yang bakal menyertai pusingan akhir Divisyen Kedua Vietnam 2024 selepas menjadi pasukan teratas dalam Kumpulan A […]

Ikhsan Fandi Jadi Hero Orang China

Penyerang berbisa pasukan Singapura, Ikhsan Fandi kini muncul hero buat China layak ke pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan bimbingan Masatada Ishii memerlukan kemenangan besar ke atas Singapura untuk menghidupkan peluang ke pusingan ketiga. Skuad Gajah Perang tidak mahu bolos untuk memastikan kelebihan perbezaan jaringan dapat membantu pasukan untuk layak. Situasi itu bagaimanapun tidak menjadi […]

Theerathon Bunmathan: Ini Mungkin Kelayakan Piala Dunia Terakhir Saya

Kapten Thailand, Theerathon Bunmathan mengakui perlawanan menentang Singapura semalam berpotensi sebagai kempen kelayakan Piala Dunia terakhirnya. Thailand terlepas peluang layak ke pusingan ketiga kelayakan meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas The Lions dalam aksi terakhir Kumpulan C. Ini kerana China memiliki rekod pertemuan lebih baik daripada skuad Gajah Perang di peringkat kumpulan. Ini selepas kedua-dua […]

Indonesia Berpeluang Pintas Malaysia Sekali Lagi

Skuad kebangsaan Indonesia berpeluang untuk mengatasi kedudukan ranking Malaysia menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia bakal turun berdepan Chinese Taipei dalam misi besar untuk menyalakan harapan seluruh rakyat Malaysia bagi menyaksikan kejayaan pasukan mara ke pusingan seterusnya. Harimau Malaya memerlukan sekurang-kurangnya 7 jaringan ke atas Chinese Taipei sambil mengharapkan pasukan ke-77 dunia, […]